Header Ads

ads header

Flash News

Isu Guan Eng, Tommy Thomas bukti bahasa Melayu makin dipinggir


BANGI, 21 Syawal 1439H, Khamis – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa menunjukkan kesungguhan mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

PAS mengingatkan kerajaan supaya tidak memberikan isyarat salah kepada rakyat bahawa Pakatan Harapan telah meruntuhkan tonggak asas bernegara yang dipersetujui semua kaum.

Perkara itu tidak hanya membabitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang pernah mengeluarkan kenyataan menggunakan bahasa Mandarin sebelum ini, malah turut melibatkan Peguam Negara, Tommy Thomas sehingga mencetuskan kekecohan sewaktu sidang medianya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan berkata, Tommy yang mengetuai pasukan Pendakwa Raya ke atas kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, memohon supaya prosiding dijalankan menggunakan bahasa Inggeris.

“Ia barangkali berikutan penguasaan Bahasa Melayu yang lemah oleh beliau.

“Sidang media yang mahu diadakan oleh beliau selepas itu juga turut dibatalkan pada peringkat awal selepas didesak oleh orang ramai supaya beliau menggunakan Bahasa Melayu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, sebagai Peguam Negara, Tommy sepatutnya lebih memahami tunturan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang mahukan segala prosiding dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau Rendah dijalankan menggunakan bahasa Kebangsaan.

Beliau berkata, keadaan itu secara tidak langsung menunjukkan kerajaan PH tidak prihatin terhadap Seksyen 11(2) Akta Profesyen Undang-Undang 1976, sewaktu mencadangkan pelantikan Tommy sebelum ini.

“Ia menyatakan tiada seseorang pun berkelayakan boleh diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara melainkan, sebagai tambahan pada memenuhi kehendak subseksyen (1), dia telah lulus atau dikecualikan daripada Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia.

“Insiden ini jelas merupakan manifestasi bahawa Bahasa Melayu semakin dipinggirkan oleh Pakatan Harapan yang menerajui Kerajaan. Rakyat perlu bangkit menegur kepincangan ini,” katanya.


MR : Dulu tulisan Jawi, kini BM akan makin hari makin hilang 'keupayaannya'....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. tertuduh boleh gunakan hak di sisi undang2 untuk perbicaraan dijalankan dalam bahasa kebangsaan dan bukan lain2 bahasa.

    lazimnya pendakwa guna bahasa kebangsaan dan tertuduh yang tidak faham bahasa kebangsaan yang akan dibekalkan penterjemah.

    situasi pendakwa perlukan penterjemah kerana tertuduh gunakan bahasa kebangsaan, tak pasti pernah terjadi atau tidak.

    **mungkin layak masuk 'guiness book of world record'

    BalasPadam