Header Ads

ads header

Flash News

Kabinet bincang nasib Zakir Naik


Mesyuarat jemaah menteri semalam membincangkan isu berkaitan pendakwah kontroversi India Zakir Naik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Gobind berkata kerajaan komited untuk mengikuti kedaulatan undang-undang dan akan "bertindak sewajarnya" jika kerajaan India mengemukakan kes meyakinkan bagi menghantar pulang Zakir.

"Setakat yang saya ketahui, India mengatakan pihaknya mempunyai kes, sekarang apa yang perlu dilakukan India perlu mengemukakan kesnya.

"Dan tentulah kerajaan, apabila kes itu telah dikemukakan, kes tersebut perlu dipertimbangkan (dan kami akan) membuat keputusan sama ada untuk menghantar beliau pulang atau tidak.

"Perkara ini dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet semalam. Pada saya kita mesti mengikut peruntukan undang-undang, kami perlu mematuhi kedaulatan undang-undang," kata Gobind menjawab soalan pada sidang akhbar di Shah Alam.

Sebelum ini dilaporkan kerajaan India telah membuat permohonan perintah ekstradisi untuk Zakir pada Januari tahun ini. Pendakwah itu mempunyai status pemastautin tetap Malaysia.

Ketika ditanya lanjut, Gobind enggan menafikan atau mengesahkan hal itu dan hanya berkata, "anda patut periksa hal itu."

Malaysiakini sedang menghubungi kerajaan India bagi mendapatkan ulasan.

Terdahulu, Gobind melancarkan Pusat Pemprosesan Bersepadu (IPC) Pos Malaysia.


MR : Kemenangan PH memberi isyarat yang cukup jelas bagaimana sikap orang-orang kafir terhadap agama Islam dan mereka yangg menganut ajaran Islam. Malang ada orang Islam dalam PH masih buta mata dan buta hati....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Mula25 zakir naik, lps tu semua org melayu islam dimsia, kemudian agama islam akn diharamkan dimsia. Pyokong2 melayu islam ph tk bimbang ke? Atau masih seronok dgn kemenagan ph dlm pru14 lalu?

    BalasPadam
  2. kalau kabinet sekarang mengundi, undian sepatutnya berpihak kepada Zakir Naik.

    apakah itu realitinya atau yang banyak2 dalam kabinet dapur itu tak lebih daripada buih2 di lautan

    BalasPadam