Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa Syed Saddiq menyibuk dalam urusan BTN?


KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Biro Tatanegara (BTN) akan dimansuhkan dalam tempoh terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.

"Kita tidak mahu BTN, ia akan dimansuhkan," katanya pada forum bertajuk 'Perubahan Landskap Politik dan Aspirasi Belia' di Sunway University, di sini.

Syed Saddiq berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan untuk menutup BTN yang dikecam pihak tertentu sejak beberapa tahun lepas kerana mendakwa biro itu digunakan untuk memupuk doktrin perkauman serta ketaksuban dan hanya menguntungkan tuan politiknya.

Menyentuh mengenai perkara lain, Anggota Parlimen Muar itu berkata beliau komited terhadap cadangan agar usia layak mengundi diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

"Saya komited untuk menjadikannya suatu kenyataan dalam penggal pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sekarang, "katanya.



MR : Sangat pelik kerajaan PH setiap orang ingin bercakap semua perkara sedangkan kabinet telah dilantik dan ada orang bertanggungjawab urus bahagian masing-masing....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Masing masing mencari populariti dalam ph bercakap tak senada.Kalau 18 tahun boleh mengundi sekolah menjadi medan politik dan mencari pengaruh gangguan kepada pembelajaran.

    BalasPadam
  2. Nampaknya rejim pakatan semakin panik dan terdesak kerana populariti pakatan sedang merundum disebabkan oleh dasar pakatan yang meremehkan Islam kaum Melayu dan kegagalan pakatan melaksanakan semua janji pakatan sehinggakan rejim pakatan ini mahu mengheret budak sekolah @ remaja menjadi pengundi pakatan sedangkan budak sekolah @ remaja sedang mengalami krisis identiti.

    Nampaknya rejim pakatan sedang panik kerana rakyat telah menyedari penipuan dan putar belit pakatan.

    Marilah kita semua undi PAS untuk menggulingkan rejim pakatan dalam PRU15.

    BalasPadam
  3. Sebenarnya pemimpin pakatan ni tak tahu buat kerja. Pengalaman pun tak ada, ilmu memimpin kerajaan ni yg terbaik adalah belajar dari pemimpin lama.

    BalasPadam
  4. apabila diri dah merasa pandai dapat sokongan lagi begini jadinya too smart

    BalasPadam