Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa tanya LGE tanyalah Husam


KUALA LUMPUR: Tidak terdapat sebarang kaedah transaksi kewangan berlaku bagi membuktikan tuduhan kononnya pihak PAS menerima RM90 juta daripada pihak Umno.

Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim berkata, sekiranya perkara tersebut wujud, pasti terdapat transaksi melibatkan pemindahan antara bank atau akaun pemberi dan penerima.

Bahkan, jika berlaku secara tunai pula terangnya, jumlah RM90 juta akan memerlukan satu lori trailer untuk melaksanakannya dengan diiringi pihak keselamatan.

"(Cara) Kedua dengan kaedah cek, ia mempunyai nombor akaun, nombor cek, tarikh dan penerima pembayaran. Boleh tahu kepada siapa dan masuk ke dalam akaun siapa.

"Ketiga, melalui 'Telegraphic Transfer' (TT) juga memerlukan akaun pihak pemberi dan penerima. Di mana transaksi ini dipanggil 'knock off number test code' antara Pengurus Bank kedua-dua akaun.

"Barulah setelah itu boleh dikreditkan masuk ke dalam akaun wang tersebut," jelas beliau yang berpengalaman puluhan tahun sebagai Pegawai Kewangan di sebuah bank.

Menerusi kaedah keempat yakni internet pula terang Awang, transaksi tidak boleh berlaku melebihi USD10,000 serta mesti diketahui Bank Negara yang memantau.

Perkara sama juga dikemukakan beliau sebagai soalan semasa mencelah ucapan membahas Titah DiRaja oleh Ahli Parlimen Kubang Krian pada sesi tersebut hari ini.


MR : Tony Pua minta tanya LGE bila ditanya oleh PAS. Sepatutnya Pua tanya Husam dia ni semasa sebelum PRU-14 hebat bercakap pasal bukti RM90. Husam sanggup jadi pembohong demi untuk menang tapi malangnya dia kalah. Sudahlah kalah dia semacam "sampah buruk" aje....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. Pua kena beritahu dewan:

    1. Dalam nilai 1 ringgit perlukan beberapa trailer.

    2. Dan dalam nilai 1 rupiah perlukan berapa kapal.

    Dari situ bolehlah awam membantu melakukan rondaan darat dan laut.

    BalasPadam
  2. Apek bangsat ni mmg handal di luar parlimen. Tp bila diminta pertjwban dlm parlimen terus kecut telornya. Blh plak main passing baton.

    BalasPadam
  3. Saman saja husam musa, mahfuz onar & anggota pan yg mfitnah PAS..sakit ati btol pru14 teruk PAS kena fitnah dgn geng PH psl rm90 juta ni..mohon PAS jgn biarkn je benda ni tp saman mereka semua

    BalasPadam
  4. Tanya husam yg x ada dlm parliment..apa barang statement ni...

    BalasPadam