Header Ads

ads header

Flash News

Kini Nama BERSATU pun “Halal”


Selepas berdepan dengan pelbagai masalah semasa Malaysia ditadbir BN, kini Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah dibenarkan menggunakan kependekan BERSATU untuk merujuk parti terbabit secara rasmi.

Mengumumkan perkara itu Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudah mengizinkan parti itu menggunakan perkataan berkenaan.

Kata beliau sebelum ini BERSATU tidak dapat berbuat demikian atas kekangan kerajaan terdahulu.

“Kita telah setuju dan terima PPBM akan gunakan BERSATU sebagai nama parti dan slogan (rasmi parti).

"Dulu tak boleh sebab ada arahan dari pihak berkuasa sebelum ini. Sekarang ni kuasa dapat kepada kita dan kita boleh buat perubahan,” katanya.

Dr Mahathir yang juga perdana menteri berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya petang tadi.

ROS menjadi antara penyebab BERSATU berdepan dengan beberapa kekangan apabila mereka meletakkan beberapa syarat ke atas parti terbabit.

Malah ROS pernah mengeluarkan arahan pembubaran sementara BERSATU pada 5 April lalu iaitu ketika semua parti bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum.

Perintah itu dikeluarkan ketua pengarahnya ketika itu ekoran BERSATU didakwa gagal mengemukakan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusatnya.

BERSATU juga gagal menyerahkan penyata kewangan setelah diarah berbuat demikian pada 28 Februari melalui satu notis mengikut Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1966.

Ketua pengarah ROS ketika itu, Surayati Ibrahim, berkata setelah mengeluarkan perintah bahawa BERSATU mempunyai masa 30 hari untuk mengemukakan butiran itu, parti itu akan dibubarkan sekiranya ia gagal berbuat demikian.

Dalam masa 30 hari itu, BERSATU dilarang daripada menggunakan nama dan simbolnya serta menjalankan aktiviti parti.


MR : Begitulah resminya mereka yang ada kuasa akan menggunakan kuasa untuk kepenting diri dan pengikutnya....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Siapa bersatu dengan siapa.

    30% layak dipanggil bersatu

    Atau

    70% lebih layak digelar bersatu

    Wakakaka

    BalasPadam