Header Ads

ads header

Flash News

Manfaat sepenuhnya Anwar terajui PKR


 PARIT BUNTAR - Tidak perlu ada sebarang gerakan atau sokongan berbelah bahagi antara Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pemilihan jawatan Presiden parti itu antara ahli.

Sebaliknya, Ketua Srikandi PKR, Senator Siti Aishah Shaik Ismail menegaskan terdapat kewajaran perlu ada perubahan pucuk kepimpinan tertinggi PKR dengan Anwar harus dimanfaatkan sepenuhnya sebagai tokoh penting bagi memacu kejayaan parti itu kali ini.

Menurutnya, peluang memanfaatkan Anwar yang sebelum ini memainkan peranan penting parti di belakang tabir bagaimanapun tidaklah sehingga menidakkan kebolehan dan pencapaian cemerlang Dr Wan Azizah dalam menguruskan PKR selama ini.

“Terdahulu, terdapat kenyataan Dr Wan Azizah sebelum ini yang sanggup memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar (Ibrahim) untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.

“Jadi secara logik, jika hendak menjadi pemimpin utama negara, Dr Wan Azizah atau Kak Wan pastinya perlu memberi laluan kepada suaminya bagi memimpin PKR pada kali ini.

“Jadi saya fikir tidak perlu ada gerakan atau sokongan berbelah bahagi antara Presiden PKR dengan Ketua Umum PKR dalam memilih siapa Presiden baharu parti pada pemilihan parti nanti,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Siti Aishah turut menegaskan tiada sebarang ketetapan dibuat ahli sayap Srikandi parti dalam memilih siapa yang bakal menjadi presiden baharu PKR pada pemilihan kali ini.

“Suara akar umbi tidak menolak sekiranya Presiden parti sedia ada meneruskan jawatan disandang, namun ada juga orang muda hendak melihat perubahan tampuk kepimpinan parti.

“Mengapa tidak kali ini kita memanfaatkan sepenuhnya Datuk Seri Anwar (Ibrahim) sebagai seorang tokoh penting dalam parti dan berdasarkan suara generasi muda, kita melihat kewajaran perlu ada perubahan kepimpinan di bawah Anwar,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Siti Aishah turut menggesa pucuk kepimpinan parti menyiapkan perancangan alternatif atau Plan B supaya tidak berlaku sebarang permasalahan berbangkit apabila sistem e-voting digunakan pada pemilihan PKR pada masa hadapan.

Menurutnya, berdasarkan satu proses percubaan khas penggunaan sistem e-voting dijalankan di PKR cabang Selayang, Selangor pada 30 Jun lalu, masih terdapat beberapa perkara dibangkitkan kepimpinan PKR Pusat berhubung kelemahan sistem itu.

“Saya difahamkan antara kelemahan diutarakan terhadap sistem itu adalah melibatkan sistem kiraan semula dan ia perlu diperhalusi sedalam-dalamnya bagi mengelakkan berlaku sebarang isu hangat semasa pemilihan parti berlangsung.

“Dalam isu ini, kita masih ada masa dan tidak salah parti mempraktikkan sistem baharu lebih praktikal dengan undi ahli memandangkan tidak semua ahli parti tahu menggunakan aplikasi Android seperti sistem e-voting,” katanya.


MR : Sebelum ini pun Anwar yang terajui PKR....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Nua boleh menjadi ketua parti cap mata tetapi dia belum tentu akan menjadi pm sebab tiada tanda-tanda impian Nua ini akan menjadi kenyataan.

    Bahkan dalam parti Nua sendiri terdapat sekurang-kurang dua puak yang bertentangan.

    BalasPadam
  2. https://liberal-international.org/members/pkr_malaysia/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka terang-terang membantu golongan LGBT. Golongan yang dilaknat Allah.

      Beginilah kaum munafik.

      Mereka bukan Islam. Mereka sudah terkeluar daripada Islam.

      Padam