Header Ads

ads header

Flash News

Mayat bayi ditemui dalam peti sejuk


KUALA LUMPUR 4 Julai - Bayi lelaki Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif yang ditemukan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves dekat sini berkemungkinan akibat tersedak susu.

Menantu kepada tuan rumah tempat suspek menyewa yang enggan dikenali berkata, ibu mertuanya hanya dimaklumkan mengenai kehilangan Adam Rayqal petang semalam namun tidak menyangka bayi tersebut masih berada di dalam rumah.

Ujarnya, pada mulanya, ibu mertuanya yang bimbang akan keselamatan bayi itu terus meminta suspek membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

“Sepatutnya suspek dibawa ke balai membuat laporan polis bersama adik ipar saya namun sepupunya yang kebetulan balik membawanya ke balai.

“Anak angkat suspek yang merupakan kanak-kanak OKU dijaga oleh ibu mertua dan adik ipar saya sementara menunggu suspek membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menantu kepada tuan rumah terbabit memberitahu, kanak-kanak OKU yang dijaga oleh suspek telah diambil oleh ibu suspek malam tadi tetapi tidak tahu dibawa kemana.

“Suspek tinggal di sini sejak dua tahun lalu namun tidak ada meragukan kerana suspek turut menjaga seorang anak angkat yang OKU.

“Keluarga kami terkilan, jika betul bayi itu tersedak susu, kenapa dia tidak maklum kepada kami perkara sebenar petang semalam,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai punca kematian bayi tersebut memandangkan proses bedah siasat masih berjalan.

Semalam, polis menemukan mayat bayi lelaki Adam Rayqal yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki di rumah pengasuhnya malam tadi.

Mayat Adam Rayqal yang berusia lima bulan itu ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian dan berbalut kain napkin serta dimasukkan ke dalam beg berwarna hijau dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah berkenaan.


MR : Makin hari makin pelik cerita masyarakat di Malaysia. Sudahlah politik kita sudah rosak dan binasa, kehidupan masyarakat pula kelam kabut....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan