Header Ads

ads header

Flash News

Meludah kelangit biru


PAS yang hadapi asakan fitnah bertubi-tubi terhadap PAS menjelang PRU 13 lalu menjadi memorial yang patut dilihat dengan matahati dan menjadi ingatan kepada PH betapa tuduhan yang selama ini dileparkan umpama bomerang yang Uturn mencacak kedada sendiri.

Bukan sahaja menjual lelong fitnah terhadap PAS, PAS dianggap semurah-murah perjuangan hingga sanggup jual berita palsu PAS ambil duit 90 juta, PAS nak bergabung dengan Umno, TGHH dan DS Najib pakai sedondon, berucap sepentas, berucap bersama menjadi ulaman hiasan kerabu makanan fitnahnya.

Umno diratah sehabis lahap, DS Najib bagaikan bukan seorang manusia, caci maki, seranah dan apa sahaja yang dilakukan bagaikan semuanya tidak berguna kepada rakyat. Semua kejahatan disinonimkan kepada Najib seperti semua benda yang dijumpai didalam tanah disinonimkan sebagai harta milik Qorun.

PAS jahat, umno jahat, TGHH jahat, DS Najib jahat, yang baiknya adalah ph, semua yang PAS cadangkan dianggap hanya ucapan lebai kampung, apa yang dibuat DS Najib semuanya dianggap bersifat korupsi. Semua yang baik-baik adalah ph, kalau ph dapat memerintah akan lebih baik dari DS Najib memerintah, lambung diri sendiri dengan setinggi-tingginya biar semua orang melihat.

Dialog pemanis bicaranya lebih hebat dari minyak pengasih mati dibunuh, janji manis lavel potong kaki kencing manis setiap hari dihidangkan kepada rakyat. Terngangalah sebahagian rakyat, molopong teruja dengan harapan, sehingga ada kalangan penyokong mereka kata "siapa yang tak mahu minyak turun, barang semakin murah semuanya bodoh".

Manifesto 100 hari jadi umpan lazat, pemancing2 ph setiap hari lemparkan umpan manis ini pada rakyat, "hari ni ph menang esok harga minyak turun, kwsp untuk surirumah, pendidikan percuma, hapus gst barang makin murah, hapuskan PTPTN, kereta berdesup laju kerana tiada lagi sekatan untuk bayar tol dan macam-macam lagi sehingga ada yang menelan umpan ini hingga kekerongkongan, tak mampu nak lepaskan diri walaupun ditipu.

Bila semua janji ternyata palsu,tak mampu nak laksanakan janji yang memangnya tujuan menipu, dialog melepaskan diri mula dinyanyikan, "hutang negara tidak seperti yang dijangkakan", maka bertebaranlah pemimpin ph cari tin milo untuk ditadahkan,  bagi meraih simpati supaya rakyat simpati bahawa negara kita ni sedang susah dan takde duit dan kalau boleh tidak lagi ungkit janji manifesto.

"Hari ni kawin takkan esok dapat anak". Itulah hujahnya, tapi masa berjanji dialah 'super power', esok baru tau yang sebenar pucuknya mati. Kini terkial-kial raba mencari hujah, menipu ni kalau sikit atau jarang2 mungkin orang tak perasan tapi ph ni menipu dan memfitnahnya hampir sama kerap dengan terbitnya matahari dan hampir sama banyaknya dengan bintang dilangit, lahir sahaja kedunia politik terus menipu, semua orang dah tahu sekarang kerana hancingnya tidak dapat ditutup lagi.

PAS dikatakan nak UG dengan Umno akhirnya umno yang dia hina sehina-hinanya jadi isterinya diKedah dan diPerak, diPerlis sedang melantunkan pantun asmara. PAS yang dituduh dia yang buat, senang sebut bahawa bahawa ph ni spesis "kalau dia cerita kejahatan orang sebenarnya dia cerita hal dia sendiri".

Bersambung..

Ahmad Fudail
Anak Muda cinta Malaysia.


MR : Sunah menjadi sunnatullah gerakan Islam sentiasa berada dalam fitnah dan sukar mendapat tempat dihati rakyat sehingga mereka ini hanya bergantung kepada Allah dan Rasulnya semata-mata barulah datangnya pertolongan Allah....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. "sehingga ada yang menelan umpan ini hingga kekerongkongan, tak mampu nak lepaskan diri walaupun ditipu"

    Komen:

    Ikan tidak sedar ditipu dek umpan palsu atau umpan yang cangkuk pada mata kail. Ikan hanya sedar di tipu setelah umpan ditelan dan mata kail tersangkut di kerongkong. Biarpun meronta-ronta untuk lepaskan diri dari kepalsuan atau jeratan, hanya segelintir yang berjaya. Kebanyakan ikan ini gagal melepaskan diri. Yang ini akan disiang dan di goreng dalam kuali. Satu ending yang cukup melankolia. Hanya rasa simpati yang dapat dihulurkan sebagai tanda keperihatinan.

    BalasPadam
  2. SIAPA BODOH, SIAPA CERDIK?

    Sebenarnya 95% puak kafir pimpinan parti kafir harbi biaDAP telah bersatu padu untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Melayu UMNO yang tidak mahu tunduk kepada abang besar biaDAP dan menghapuskan parti Islam PAS kerana PAS berusaha gigih membela agama Islam dan hak umat Islam di negara ini.

    Puak kafir ini tahu mereka adalah golongan minoriti di negara ini maka adalah mustahil untuk puak kafir menumbangkan kerajaan pimpinan Melayu UMNO dan menghapuskan parti Islam PAS tanpa sokongan kaum Melayu.

    Akhirnya impian puak kafir menjadi kenyataan apabila:

    (1) bekas pemimpin parti Melayu dan parti Islam bersekongkol dengan puak kafir yang telah menentang dan menghina agama Islam dan umat Islam,

    (2) puak Melayu sekular dan liberal menyertai puak kafir harbi,

    (3) kaum Melayu dll pula dijanjikan dengan pelbagai janji ( yang akhirnya hanyalah kencing hancing ) oleh pakatan.

    (4) barua-barua dan pemimpin-pemimpin pakatan telah mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah untuk menghasut rakyat membenci UMNO dan PAS.

    Maka tidak hairanlah pemimpin pakatan menentang RUU anti- berita palsu @ fitnah kerana pakatan tidak boleh menang tanpa berita palsu, janji palsu dan fitnah.

    Akhirnya tumbanglah kerajaan UMNO BN dan digantikan oleh rejim pakatan yang terdiri dari ramai MP kafir dan sedikit pemimpin Melayu maka agama Islam dan umat Islam seolah-olah telur di hujung tanduk.

    Alhamdulilah dengan izin Allah prestasi PAS dalam PRU 14 semakin baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puak ph takut pada pas sahaja sebab tu hari2 serang pas umno dap tak takut sebab ramai pemimpin umno lebih keduniaan dari akhirat tu yg sanggup bersama dap dari pas. Pada penyokong umno jika kamu sayangkan islam dan bangsa melayu bersatulah bersama perjuangan islam tinggalkan pemimpin yang merosakan bangsa sendiri. Demi allah islam adalah sebaik2 agama didunia ini bangsa melayu terbela apabila agama diutamakan.

      Padam
    2. Dari dulu lagi puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi mahu melemahkan dan menghapuskan parti Islam PAS yang telah menjadikan AlQuran, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan PAS dan garis panduan perjuangan Islam PAS.

      Memang benar musuh-musuh Islam sangat takut pada parti Islam PAS pimpinan ulama Islam kerana perjuangan Islam PAS untuk menegakkan agama Islam dan membela hak umat Islam sejak penubuhan PAS lagi telah mengagalkan usaha-usaha jahat musuh Islam untuk menjadikan negara ini sebuah negara sekular liberal dan menyesatkan umat Islam.

      Maka kita tidak merasa hairan melihat barua-barua dan pemimpin-pemimpin pakatan mencipta pelbagai dakwaan karut marut @ fitnah terhafap PAS untuk menghasut rakyat yang naif dan jahil membenci PAS.

      Inilah tanda akhir zaman di mana pejuang Islam dan ulama Islam yang ikhlas berjuang dan berdakwah kerana Allah dianggap sebagai orang 'jahat'.

      Sebaliknya kepala bapak penyamun sekular liberal dan kepala bapak musuh Islam dan ulama su' pula dianggap sebagai orang 'baik'.

      Dan sebilangan puak jahil murakkab sedang mengikut puak Kristian dan Yahudi walaupun terpaksa masuk ke lubang biawak.

      Padam
  3. Moga allah memberi pertolongan atas perjuangan umat islam dibumi ini dan kuatkan iman pada pejuang2 agama islam. Ameeen.

    BalasPadam
  4. Kadang2 nak kesian kepada pengundi2 yg telah diputarbelit oleh pemimpin2 mereka yg memfitnah Pas. Tapi kita nak tanya juga, apakah pengundi2 mereka kurang akal memandangkan tidak ada bukti Pas menerima RM90 juta dn Pas brtanding lawan UMNO jadi tiada kemungkinan UG dgn UMNO. Kalau kita kata Melayu bodoh mereka marah tapi hakikatnya beginilah.

    BalasPadam