Header Ads

ads header

Flash News

Najib perli lagi pasal sistem cukai diubah sesuka hati


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau terkejut dengan kenyataan menteri berkaitan harga barang selepas kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) disifarkan awal bulan lalu.

“Terkejut saya pagi ini apabila membaca kenyataan menteri Pakatan Harapan yang mengakui GST bukan sebab utama harga barang naik biarpun itulah modal dan tohmahan digunakan terhadap kerajaan sebelum pilihan raya.

“Pada masa itu, Pakatan Harapan tidak menerima jawapan kita malah mempersendakannya. Kini, Pakatan Harapan terpaksa menelan hakikat di sebalik tuduhan mereka sendiri,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berkongsi pautan berita di Malaysiakini semalam yang melaporkan penurunan rendah harga barangan menyebabkan rakyat belum merasai sepenuhnya pelaksanaan GST berkadar sifar.

Laporan Bernama itu memetik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai berkata harga barangan dilihat kekal kerana penurunan harga hanya bermula dari 0.04 hingga 13 peratus dan melibatkan 70 peratus daripada 417 barangan basah, kering, keperluan bayi dan lain-lain.

Saifuddin juga berkata harga makanan dan minuman turun di premis restoran makanan segera, namun tidak di restoran ‘mamak’, yang malah ada yang menaikkan harga.

Beliau berkata kementerian memberi nasihat dan amaran sebelum tindakan undang-undang diambil.

Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Najib berkata beliau bimbang apabila cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula dan diperluas September nanti, harga barang akan naik lebih tinggi.

Ini, katanya, memandangkan harga barang tidak turun selepas GST disifarkan.

“Inilah bahaya apabila sistem cukai diubah sesuka hati dan BN pernah memberi amaran sebelum PRU14 mengenai ini,” katanya.

Beliau berharap harap kerajaan akan buat sesuatu untuk memastikan kebimbangan itu tidak menjadi kenyataan.


MR : PH tak bersedia untuk jadi kerajaan kerana sebelum ini sekadar manipulasi sahaja. Jadi tak ada banyak perubahan sekadar menukar sahaja, kini rakyat pula menipu diri sendiri untuk mengiyakan PH sama macam dulu dibuatnya kepada BN....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Menurut PPBM, agama tidak sepatutnya ditunggang dan dijadikan modal politik. Padahal setiap parti ada tunggangan masing2. Waima Dap juga secara sedar atau tidak menunggang agama. Tunggangan lebih besar dari agama adalah cukai dan ekonomi yang mempunyai impak lebih besar. Agama tidak membuatkan negara muflis tapi cukai dan ekonomi membuatkan pelabor lari dan ekonomi lingkup.

    BalasPadam