Header Ads

ads header

Flash News

Papagomo tak sindir “orang sakit kronik” dilantik jadi Timbalan


Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris (penulis blog Papagomo) membidas kerajaan Pakatan Harapan yang didakwanya melantik “orang sakit” sebagai menganggotai jemaah menteri sekadar untuk “makan gaji dan elaun duit rakyat”.

Merujuk kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin yang pengsan dalam majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di Putrajaya, semalam, katanya, pemimpin AMANAH itu tidak layak diberikan jawatan.

“Semua tahu Hanipa Maidin ni tak sihat dan sakit stroke, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kolestrol dan lain-lain yang kronik.

“Untuk apa orang sakit kronik dilantik timbalan menteri? Nak berkhimat atau makan gaji dan elaun duit rakyat?” soalnya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Muhammad Azri berkata, beliau bukan bertujuan menghina Hanipa tetapi kerajaan hari ini sepatutnya serius dalam menunaikan janjinya iaitu berkhidmat untuk rakyat.

“Kalau dah orang sakit dilantik timbalan menteri dan asyik cuti sakit macam mana nak bekerja? Ramai lagi anggota parlimen Pakatan Harapan boleh dilantik jadi timbalan menteri ganti Hanipah.

“Jika dikira gaji dan elaun timbalan menteri jumlahnya mencecah RM50 ribu sebulan. Apakah ini yang hendak diberikan kepada Hanipah yang tak layak menjalankan tugas?.

“Jangan kerana tamak kuasa dan fikir tembolok nak makan gaji menteri dan elaun yang cecah RM50 ribu sebulan sampai sanggup letak orang sakit. Ni semua pembaziran yang sepatutnya tak berlaku dalam kerajaan HARAPAN yang hari ini kata kerajaan rakyat,” katanya.


MR : Dalam PH ada macam-macam penyakit dan penyakit paling teruk rasa diri lebih daripada Tuhan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Pemimpin pakatan atau rejim pakatan yang sakit atau kedua-duanya?

    BalasPadam
  2. Paling atas 'bomoh' dan nombor 2 juga 'bomoh' makanya depa lebih tahu tahap kecergasan orang2 di bawah yang dilantik melebihi para bloger. Wakakaka.

    BalasPadam