Header Ads

ads header

Flash News

PAS ada alasan kukuh kenapa keluar dewan


KUALA LUMPUR- Pas menyatakan bahawa tindakan ahli Parlimen mereka bertindak keluar Dewan Rakyat hari ini, berpunca daripada tatacara pemilihan Yang di Pertua Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, Pas berpandangan pemilihan Tuan Yang di Pertua Dewan Rakyat tidak memenuhi Peraturan Mesyuarat 4 (1).

Katanya, peraturan berkenaan jelas mensyaratkan pemberitahuan kepada Setiausaha Dewan Rakyat "dengan bersurat sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum hari mesyuarat".

"Hal ini kerana kenyataan media oleh beberapa pimpinan Pakatan Harapan (Harapan) termasuk menteri-menteri menunjukkan pada dua Julai iaitu 14 hari sebelum sidang hari ini tiada keputusan lagi di pihak kerajaan Harapan untuk menamakan Yang di Pertua Dewan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada persidangan Dewan Rakyat pagi tadi berlaku sedikit ketegangan apabila ahli  Parlimen BN dan Pas keluar Dewan Rakyat sebagai tanda boikot pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu, Datuk Mohd Ariff Md Yusof.

Protes ini tercetus kerana pelantikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat ke-9 pada hari ini menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mengulas lanjut, katanya,  meskipun  Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah ketika berucap menyebut bahawa cadangan sebagai Yang di Pertua Dewan Rakyat telah dihantar secara bertulis pada dua Julai 2018, namun ia tidak disokong oleh fakta-fakta kenyataan Menteri-menteri dalam isu terbabit.

"Pas menegaskan bahawa peraturan mesyuarat Dewan Rakyat perlu dipatuhi apatah lagi melibatkan pemilihan YDP kerana ia melibatkan keabsahan sidang Dewan Rakyat untuk seterusnya," katanya.

Jelasnya, Pakatan Harapan perlu menonjolkan contoh permulaan yang baik di awal sidang Dewan Rakyat sebagai memenuhi tuntutan mereka selama menjadi pembangkang sebelum ini agar kerajaan mengikut segala peraturan mesyuarat.


MR : Kalau kerajaan sendiri tak ikut peraturan bagaimana nak mengharapkan MP ikut peraturan. Sikap kerajaan satu contoh tak baik....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

BANNER IK :

7 ulasan:

  1. KERAjaan pakatan sendiri telah mencabul dan memungkiri semua janji dalam manisfesto pakatan sendiri kecuali yang menguntungkan kaum kafir, maka KERAjaan pakatan adalah KERAjaan yang tidak boleh dipercayai.

    Fakta ini semakin jelas apabila rejim pakatan mengutamakan hak orang kafir sebagai rakyat minoriti dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti !

    "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

    Wahai umat Islam marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRK, PRN dan PRU15 untuk membela agama Islam dan hak umat Islam dan menggulingkan pakatan liberal-kafir harbi.

    BalasPadam
  2. Jawatan penting dalam Dewan perlulah dibahaskan terlebih dahulu. Ini kerana tugas Dewan ialah mengendalikan perbahasan. Adalah melucukan kalau tugas penjaga Dewan tidak dipilih menerusi perbahasan sebaliknya menerusi pilihan sebelah pihak.

    BalasPadam
  3. Ada kera jantan umno tak keluar dewan...umno yang berjiwa pakatan.Heran kera jantan tak dpat jadi presiden terus bertindak macam mp pakatan hancing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcm tau je sapa... juara2

      Padam
    2. KJ frust tak dpt jadi Presiden Umno. Cita2nya dr dulu nak jadi PM pd usia muda. So skrg sibok nak bodek Madey dan Pakatun la tu. Mana tau ada rezki nanti Madey ajak join Bersatu la. Ada chan balik la jadi PM pd usia muda.

      Padam
    3. Dia sendiri tak mampu menarik remaja mengundi BN, konon nak masuk bertanding jadi Presiden UMNO, poorah.

      Padam
  4. mahatir peduli apa the man who knows everthing dan kera jantan itu mungkin ada connection

    BalasPadam