Header Ads

ads header

Flash News

PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa termasuk UMNO - Hadi


Persoalan berkaitan kerjasama Umno-PAS terus timbul, terutamanya selepas mereka sehati sejiwa keluar Dewan Rakyat semalam kerana tidak puas hati dalam isu pelantikan speaker.

Ditanya sekali lagi soalan itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus memberikan jawapan lazimnya.

“Kita kerjasama dengan semua dalam perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat,” katanya kepada media di lobi parliman selepas perasmian serentak Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Hadi bagaimanapun menegaskan kerjasama dimaksudkannya tidaklah sampai ke tahap bergabung dengan Umno.

“Kita tak akan bergabung dengan Umno,” katanya.

Hadi diminta mengulas “kemesraan” kedua-dua parti, terbaru susulan langkah protes terhadap pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yunos sebagai speaker.

Semalam hampir semua wakil BN dan PAS - kecuali Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Anifah Aman – keluar dewan.


MR : Payah juga nak berikan kefahaman kepada mereka yang mengamal politik jumud apa itu BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA (BPMS)....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. KUASA adalah utama. Namun bukan mudah memilikinya. Makanya buatlah apapun asalkan jangan nampak apa yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran atau jangan sampai menang sorak kampung tergadai.

    BalasPadam
  2. Sekarang adalah zaman darurat di mana puak munafik liberal dan puak kafir harbi sedang berkuasa dan mereka telah menipu rakyat dengan memungkiri pelbagai janji pakatan dan mereka sedang menindas agama Islam dan umat Islam di negara umat Islam sendiri.

    Puak munafik liberal dan puak kafir harbi lebih mengutamakan hak puak kafir yang merupakan golongan minoriti dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti. Ini bererti kezaliman dan penindasan ke atas agama Islam dan umat Islam sedang berlaku !

    Dan pemimpin-pemimpin kafir harbi membuat kenyataan terbuka mahu menjadikan negara Islam ini sebagai negara Kristian berdasarkan keazaman mereka seperti Johor for Jesus, KL for Jesus, Subang for Jesus dll. Dan sebilangan pemimpin munafik liberal pula membuat kenyataan seolah-olah menyokong cita-cita puak kafir harbi.

    Untuk menghadapi bahaya besar ini, semua umat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam dan bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRK, PRN dan PRU15 untuk melindungi dan membela agama Islam dan hak umat Islam dan menggulingkan pakatan liberal-kafir harbi.

    BalasPadam