Header Ads

ads header

Flash News

Pemikiran “lubang biawak”


"Alah... Ketua Hakim negara je pun. Mereka tak boleh buat keputusan sendiri. Tertakluk kepada perlembagaan dan undang-undang juga."

Kalau anda boleh terima hujah ini, lepas ini, anda terpaksa juga terima bila Perdana Menteri (PM) daripada orang kafir. Sebab PM pun tertakluk kepada perlembagaan dan undang-undang.

Anda juga perlu akur bila ditakdirkan Agung pun dipilih daripada orang kafir. Kerana agung juga tertakluk kepada perlembagaan.

Ini dipanggil normalisasi. Rakyat sedikit demi sedikit akan menerima kafir sebagai pemimpin. Sehingga hilang sensitiviti terhadap bangsa dan kesedaran terhadap batas agama. Pada ketika itu, bila perlembagaan diubah, kita sudah tidak akan rasa apa-apa lagi.

Rakyat Palestin sudah menerima nasib sebegini awal lagi. Sewaktu British menjajah Syam(Levant), mereka membenarkan Yahudi masuk ke Palestin. Yahudi yang kaya-raya mula membeli tanah penduduk Palestin dengan tawaran harga yang mahal. Pada waktu itu mereka sangat berhajat kepada wang. Dalam masa sama, Uthmaniah berhadapan krisis ekonomi dan politik yang teruk.

Mufti Palestin mengeluarkan fatwa haram menjual tanah kepada Yahudi. Namun penduduk Palestin ingkar. Ada Ulama su' menuduh mufti sebagai macai kerajaan, jumud tidak faham realiti semasa, dan mereka-reka pengharaman yang tiada dalam nas. Ulama su' cuba normalisasi kemahuan rakyat yang sudah dikaburkan dengan material.

Akhirnya bila Yahudi sudah menguasai majoriti tanah di Palestin, mereka melobi PBB untuk mengiktiraf Israel. Palestin dihilangkan dari peta dunia, barulah mereka menyesal namun tiada apa gunanya lagi.

Nabi sudah menggambarkan bagaimana taktik Yahudi supaya orang Islam mengikut telunjuk mereka. Mereka tak akan buat drastik, sebaliknya sedikit demi sedikit, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, perlahan, halus dan konsisten. Ia strategi normalisasi yang ampuh untuk melekakan umat. Sabda Rasulullah SAW:
لَتَتّبِعُنّ سَنَنَ الّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ. شِبْراً بِشِبْرٍ، وَذِرَاعا بِذِرَاعٍ. حَتّىَ لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبَ لاَتّبَعْتُمُوهُمْ" قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللّهِ آلْيَهُودُ وَالنّصَارَىَ؟ قَالَ "فَمَنْ؟
Kamu aka mengikut jalan orang yang terdahulu darimu. Sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hinggalah kalau mereka masuk ke lubang biawak, nescaya kamu akan turut masuk. Sahabat bertanya adakah mereka Yahudi dan Nasrani? Jawab baginda: Siapa lagi kalau bukan mereka?
[HR Bukhari & Muslim]

Alang Ibn Shukrimun
29 Syawal 1439
13 Julai 2018

MR : Orang bukan Islam menjadi makin berkuasa kerana ada orang Islam yang jadi galang ganti....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan