Header Ads

ads header

Flash News

Penafian Rasmi Merakam Dan Menyebarkan Audio


Agak meluas juga fitnah yang tersebar mengatakan rakaman audio suara YB Ustaz Nik Abduh adalah rakaman yang dibuat oleh saya. Bahkan lebih melampau apabila menyatakan bahawa saya yang sebar dan page FB Ana Tahu dibuat oleh saya.

Untuk menghentikan mereka-mereka yang baik dan ikhlas daripada terus berdosa melakukan pendustaan minimum sebagaimana sabda nabi saw: cukuplah seseorang berdusta dengan menyebarkan (perkara buruk) yang dia dengar (tanpa usul periksa) - (Hadis Riwayat Imam Muslim), juga bagi mengelakkan padangan serong mereka-mereka yang ikhlas yang saya hormati, maka dengan ini saya menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan itu bahkan ia adalah satu fitnah yang besar.

Saya meminta mereka yang mendapat riwayat cerita ini menyusur semula dengan meminta bukti daripada pembawa berita palsu ini. Jika dia yakin tanpa bukti dan ianya orang yang berpengaruh dan berjawatan, maka minta dia jumpa saya untuk ber'mubahalah' kerana kita orang Islam yang yakin kepada Allah dan balasan akhirat mempunyai cara mubahalah untuk membuktikan sama ada ia fitnah atau silap faham. (rujuk surah Al-Imran ayat 61).

Bagi yang menambah asam garam dengan menyatakan konon-kononnya saya berbuat demikian kerana inginkan jawatan, maka mereka perlu tahu bahawa saya berhijrah ke Selangor 2003 waktu Terengganu dimenangi oleh PAS dan saya waktu itu menantu Menteri Besar. Saya sebagai pemangku YDP Kawasan telah melantik 3 ahli majlis, pegawai-pegawai kerajaan di Kawasan saya di Subang sewaktu PAS menang di Selangor tahun 2008 sedangkan saya tidak mengambil apa-apa posisi lantikan politik waktu itu sehingga 2018. Saya menolak untuk bertanding 2008 dan 2013 sedangkan peluang menang adalah cerah. Lebih penting, perniagaan saya dan posisi saya sebagai C Level di industri korporat dan professional lebih besar pendapatannya berbanding posisi politik.

Harap dapat hentikan fitnah ini.

Sekian.

Zaharudin Muhammad
FB
10 Julai 2018

Pautan asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1999410080089417&id=312456128784829


MR : Ramai orang Islam yang solat tak tinggal tapi tak percaya kepada Rasulullah s.a.w. tentang hadis muflis diakhirat nanti.. Memang ramai yang suka buat pahala untuk diberikan kepada orang lain.. termasuk kepada Najib dan Rosmah..


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Ibnu Aman:
    ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

    ❝Di akhirat kelak manusia akan menuntut haknya kepada manusia lain. Yang diumpat akan ditayangkan siapa yang mengumpatnya didunia ini. Maka dia boleh menuntut kebaikan orang yang mengumpatnya. Kata Nabi, muflis yang hakiki ialah muflis di hari akhirat.❞

    BalasPadam