Header Ads

ads header

Flash News

Perletakan jawatan pegawai tertinggi syarikat berkaitan kerajaan


1.​Siri perletakan jawatan dan penamatan kontrak pelbagai  Ketua Pegawai  Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) semenjak peralihan kuasa dari Kerajaan Barisan Nasional amat menggusarkan.

2.​Ia kelihatan seolah-olah Pakatan Harapan mengambil pendekatan yang mirip diamalkan oleh Bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush - ‘if you are not with us, you are against us’.

3.​Dalam konteks lain yang lebih ringkas, Kerajaan Pakatan Harapan boleh dianggap mengamalkan pendekatan ‘a zero sum game’ - sebelah pihak menang semua dan sebelah lagi tewas sepenuhnya.

4.​Pendekatan seperti ini gagal mengharmonikan kelebihan dan kekuatan sedia ada yang sepatutnya digunakan sepenuhnya demi mendapat hasil dan manfaat untuk rakyat dan negara. Perkara ini sangat merugikan semua pihak.

5.​Ia bercanggah dan mengkhianati aspirasi membangunkan tanah air ini bersama-sama, dengan memaksimumkan penggunaan bakat terbaik tanpa mengira kecenderungan politik.

6.​Saya berpendapat tindakan menyingkir dan memaksa perletakan jawatan pegawai tinggi GLC, sama ada secara langsung atau tidak langsung, adalah sangat bertentangan dengan semangat dan amalan politik baru yang seharusnya mengembleng semua potensi terbaik Malaysia untuk membangunkan Malaysia Baharu.

7.​Lebih-lebih lagi semua jawatan tertinggi di GLC diisi oleh individu dan tokoh yang mempunyai pengalaman, kepakaran dan percapaian yang terbukti serta kepimpinan yang teruji.

8.​Malah, dan lebih merugikan, tindakan Kerajaan PH untuk menyingkir dan memaksa perletakan jawatan pegawai tinggi ini sangat bersalahan dengan aspirasi membangunkan keupayaan ekonomi bangsa Melayu dengan lebih strategik.

9.​Saya berpendirian bahawa, salah satu strategi untuk membangunkan kebolehsaingan ekonomi orang Melayu dan menjayakan ekonomi Malaysia yang inklusif ialah dengan mengangkat dan mengiktiraf pemimpin korporat serta pengurus ekonomi dan kewangan yang kompeten dan berwibawa.

10.​Tindakan menyingkir atau menyebabkan tersingkirnya, mana-mana bakat terbaik Melayu dari memimpin GLC atas alasan kecenderungan politik tanpa disandarkan kepada faktor kegagalan mengurus dan prestasi yang buruk, adalah satu penganiayaan dan amalan yang wajar dihentikan serta merta.

11.​Saya menyeru dan amat berharap agar Kerajaan PH menghentikan segera tindakan pembersihan tokoh korporat atau ‘corporate figure cleansing’ ini.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin


MR : Pegawai syarikat letak jawatan kerana cara PH yang menyebabkan pelaburan negara makin merosot dan ini tidak membantu mereka untuk kekal ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. 1,2,3

    Khadam dap cepat komen,, ,
    Masih kosong lagi nie, ,

    BalasPadam
  2. Nak digantikan dengan kuncu-kuncu Lim Guan Eng.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah.. takut jg klau2 digantikan dgn org2 cina dap dlm lmbaga pngarah trsebut.
      Alamatnya makin rosaklah ekonomi org islam sbb khazanah ni utk bumiputera dan majoriti bumiputera adalah mlyu islam.

      Padam