Header Ads

ads header

Flash News

Perpaduan parti Melayu gagal kerana persepsi


Perpaduan dua parti Melayu - Umno dan PAS - sebenarnya boleh dilakukan namun terhalang oleh kebimbangan kedua-dua parti terhadap persepsi masyarakat.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Ab Rahman berkata kedua-dua parti itu boleh bekerjasama mengikut keperluan dalam konteks perpaduan kerana ia menguntungkan Melayu.
“Orang Melayu ni, politik dia terlalu didorong oleh persepsi.

"Dia sendiri tak merancang strategi politik berdasarkan fakta, kajian dan keperluan sebenar sebaliknya tindakan mereka berdasarkan politik acuan orang lain.

"Jadi saya rasa orang Melayu kena keluar dari persepsi politik dan bertindak ikut strategik," katanya.
Sebagai contoh, menurut Abdullah Zaik, isu perpaduan PAS dan Umno.

Kedua-dua parti itu, katanya, sepatutnya bekerjasama mengikut keperluan sebenar dan pemimpin perlu berfikiran positif namun gagal kerana dipersepsikan sebaliknya.

Jadi, kata Abdullah Zaik, mereka gagal bergerak ke hadapan kerana dipersepsikan bahawa gabungan itu akan menjadi negatif.

“Jadi mereka sentiasa bertindak tak berasas, bertindak ikut persepsi musuh politik dan bukannya kerana kepentingan masing-masing.

"Pada masa sama memang itulah yang dimahukan musuh politik mereka, iaitu supaya kedua-dua parti berpecah,” katanya.

Dipisahkan kerana persepsi politik

Abdullah Zaik  (gambar) dihubungi bagi mengulas kenyataan anggota Jawatankuasa Pusat PAS Dr Mohd Zuhdi Marsuki yang menggesa supaya orang Melayu bersatu.

Mewajarkan pandangan itu, Mohd Zuhdi berkata penyatuan bangsa itu perlu kerana pada masa sama masyarakat Cina boleh bersatu di negara ini.



Sebagai contoh, bekas calon PAS bagi kerusi parlimen Shah Alam itu menyatakan sekurang-kurangnya 95 pengundi Cina memilih Pakatan Harapan (HARAPAN) pada PRU ke-14 lalu.

Katanya mereka memilih mana-mana calon yang mewakili HARAPAN sama ada calon itu Melayu, Cina, India atau lain-lain.

Selain itu, kata Mohd Zuhdi, pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis akan menjadi kayu pengukur kepada pengundi di kawasan itu.

Menurut Abdullah Zaik lagi, orang Melayu di negara ini memiliki persamaan dari segi kesatuan, agama, mazhab, budaya malah makanan, namun mereka dipisahkan kerana persepsi politik.
“Maknanya (apabila ini terjadi), parti pemerintah boleh gunakan untuk kukuhkan kedudukan mereka," katanya.

Pada masa sama Abdullah Zaik berkata, kerajaan HARAPAN juga merangka dasar atas persepsi sama iaitu kebimbangan sekiranya orang ramai bertindak berdasarkan kaum.

Keadaan itu, katanya menyebabkan orang Melayu rugi.

Lumrah demokrasi

Sementara itu, pemangku presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Sirajuddin Mohd Salleh (gambar) pula melihat Melayu kini sudah pun berpecah.

Bagi menyelesaikan perkara itu, katanya, semua parti berasaskan Melayu dan Islam harus bersatu di bawah satu bumbung.



“Apa salahnya semua pemimpin parti politik Melayu ini duduk bersama?

"Saya harap pemimpin Melayu ini jangan fikir jangka pendek dan kepentingan diri semata-mata, nak fikir kerusi sahaja.

"Kalau boleh letakkan kepentingan Islam dan Melayu di depan. Justeru mereka mesti berkorban, bersatulah di bawah satu parti supaya kita kuat macam sebelum merdeka.

"PAS, Umno, BERSATU, AMANAH buat satu parti,” kata Sirajuddin.

Bagi penganalisis politik Prof Madya Lt Kol Ahmad Ghazali Abu Hassan pula melihat isu berkaitan Melayu perlu bersatu itu sengaja dimainkan pihak tertentu bagi tujuan politik.

“Sebenarnya pada saya Melayu sengaja dipecahkan dan dipanggil untuk bersatu.

"Apabila panggilan bersatu itu dibuat, ia untuk tujuan politik saja," katanya.

Menurut Ahmad Ghazali, dalam mana-mana masyarakat tiada yang bersatu 100 peratus.

Hal itu dapat dilihat di seluruh dunia seperti di Palestin, AS, Jepun malah di kalangan masyarakat Yahudi.

"Isu bersatu 100 peratus tak timbul dan inilah realiti dalam masyarakat kita,” katanya.

Ahmad Ghazali turut berkata pada PRU ke-14 undi bukan Melayu terhadap HARAPAN bukan disebabkan “membantu” sesuatu bangsa sebaliknya kerana rakyat mahu menolak kerajaan tidak digemari.

“Isu perpecahan lumrah masyarakat demokrasi.

“Kita kena lihat dari sudut Malaysia bukan lagi dari sudut bangsa dan agama. Jika (lihat bangsa dan agama) maka itu (isu perpecahan) yang nampak berlaku,” katanya.


MR : Melayu memang susah nak bersatu kerana terlalu menebal sikap dengaki antara satu sama lain.. nanti bila Melayu merempak di nagara sendiri belum tentu Melayu sedar....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

6 ulasan:

  1. Sebilangan orang Melayu jahil murakkab sanggup mengkhianati Islam dan umat Islam dengan menjadi khadam penjajah portugis, Belanda, British dan Jepun dan sekarang menjadi khadam abang besar parti ultra kiasu kafir harbi roket.

    Pengkhianat ini sanggup bertuankan puak kafir harbi yang memusuhi Islam dan umat Islam.

    Apabila umat Islam merempat di negara sendiri, kita yakin cucu dan cicit pengkhianat akan meludah kubur datuk nenek dan moyang mereka sendiri.

    BalasPadam
  2. org islam kena bersatu..x kira apa bangsa dia..klu kita utamakan islam maka kita akan nampak keutamaan kesatuan org2 islam dlm sesebuah negara tu amat penting & akan mendiamkan musuh2 islam.

    BalasPadam
  3. Katakanlah antara sebab utama 30% Melayu beralih arah pada PRU 14 ialah kerana 1. bimbang dengan situasi pra PRU14 dan 2. mahukan masa depan lebih baik sebagaimana yang dimanijanjikan oleh parti yang menang.

    Maka apabila parti yang dipangkah oleh 30% Melayu itu menang, ketidaktentuan ke atas situasi pra PRU 14 dengan sendirinya lenyap dan grup 30% tadi akan dengan itu otomatik terhutang BUDI pada pihak yang menang (PH) dan hutang itu secara metaforanya akan dibawa ke MATI.

    Hutang BUDI yang dibawa MATI, adalah satu perasaan keberhutangan yang kuat dan perasaan hormat yang sangat mendalam pada pemberi BUDI. Oleh itu hutang BUDI perlu dibayar atau diberikan balasan yang setimpal.

    Justeru kalau ada seruan untuk kumpulan 30% ini untuk berada dalam satu saf dengan kumpulan 70% bagi apa jua kepentingan, ia ibarat mencurah seruan ke daun keladi. Ini adalah kerana adanya perasaan malu alah pada kumpulan 30%.

    Adalah berat untuk pemalu (blok 30%) yang terhutang budi untuk tidak melunaskan hutang budi meskipun imej pemiutang (PH) telah rosak teruk dek berbohong dll, namun dek terkena malu alah, hutang budi akan tetap dibayar budi.

    Dalam kata lain, sebanyak manapun janji tidak dilaksanakan, sebanyak manapun terasa diperbebaikan...geng 30% ini akan terus berdiri dibelakang saf pemberi budi (PH) sama ada rela/relapaksa, atas satu sebab iaitu: MALU ALAH.

    BalasPadam
  4. Cakap byk pon x guna.
    Pmimpin mlyu islam byk yg ego. Takut hilg undi ats kerjasama islam.
    Apa yg diulas oleh presiden ikatan mmg 100% benar. Masing2 takut dgn persepsi. Jika anda bekerja krana Allah,mengapa anda takut pd persepsi manusia?
    Di hujungnya Allah yg decide pengakhiran anda bukan manusia.

    BalasPadam
  5. Kalau kesatuan orang cina sokong PH atas faktor penolakan Najib dan BN kenapa area pantai timur mereka undi PH yang sememangnya confirm susah nak menang? Sokongan Husam Musa banyak datang dari ras ini.. adakah faktor semangat caunavisnya tak boleh diterima pakai pada pandangan prof ahmad ghazali?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cina undi ph bkn sbb semata2 xmaw najib tapi ats sbb nak naikkan hak cina di mlysia ni. Mreka bersatu bwh dap ats sbb mnjaga hak cina lbih trjamin di bwh satu parti.
      Mreka pndai berpolitik bkn mcm mlyu. Politik mreka mnguntungkan kaum mreka.

      Padam