Header Ads

ads header

Flash News

PRK Sg Kandis: PAS belum ada perancangan bantu Umno


PAS belum membuat sebarang ketetapan dalam membantu gerak kerja Umno bagi pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis, meskipun parti itu bersetuju untuk tidak meletakkan calon, kata setiausaha agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Itu tak ada dalam perancangan kita, kita belum fikir dan tak ada apa-apa keputusan mengenainya lagi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas sama ada PAS akan turun membantu kempen Umno di Sungai Kandis pada PRK, Sabtu ini.

Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada sidang medianya di Kuala Lumpur hari ini berkata PRK Sungai Kandis mungkin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan Pakatan Harapan.

Kata Asyraf, ini kerana satu lagi parti pembangkang utama, PAS, sedia memberi laluan kepada Umno dan tidak akan meletakkan calon.

Mengulas lanjut perkembangan itu, Takiyuddin berkata tindakan PAS tidak meletakkan calon bagi bukan bermakna partinya akan bekerjasama dengan Umno.

“Kita tak bertanding sebagai mana dalam PRK sebelum ini seperti di Batu Talam, Pahang, jadi, bukan bermakna kita bekerjasama memberi laluan kepada Umno itu tak ada.

“Dalam kes ini kita putuskan tidak bertanding dan kebetulan Umno yang bertanding, jadi mungkin atas dasar-dasar lainnya kita rasa di DUN Selangor itu memerlukan wakil daripada pembangkang, jadi biar satu sahaja parti pembangkang yang masuk.

“Kita tak bertanding PRK Sungai Kandis atas beberapa sebab, justifikasi,” katanya.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

Pada pilihan raya umum ke-14, Mat Shuhaimi memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN daripada Umno, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Ogos ini sebagai hari pengundian, manakala hari penamaan calon pada 21 Julai ini.


MR : Untuk jadi pembangkang yang kuat PAS dan UMNO kena duduk semeja....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

7 ulasan:

  1. Setuju. Skrg bukan masa nak melayan fitnah Pakatun yg Pas nak UG. Lantaklah depa nak cakap apa. Skrg masa utk menunjukkan kpd Pakatun yg rakyat sudah semakin hilang kepercayaan kpd Pakatun...agenda Dap didahulukan, agenda rakyat dibakulsampahkan.

    BalasPadam
  2. orang kaya bertambah kaya...sst diperkenalkan...bertambah bnyak lubang tokey tokey sorok..duit lari dari cukai..kereta kena sst...helikopter..kapal terbang ..satelit...jet..tak ada sst..malayaia kini yng kata

    BalasPadam
  3. Betul tu. Biar depa nk fitnah ug ke apa. Yg sbnrnya kerjasama umno dan pas adalah prkara yg ditakuti oleh dap sbb bersatunya islam dan mlyu.
    Biar kita beri mereka2 ni msej yg jelas bhwa islam blh bersatu bila dimainkan.

    BalasPadam
  4. pas dan umnno duduk sameja? ini lah yg dinantikan ph memang peluang ph menganyang pas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko ni batu api kan? Machai mat sabu ni.Apa yang nak ganyang Pas? Tak de salahnya melayu dan islam bekerjasama demi melayu islam yang menentang kafir dap tuan besar dalam pakatan haprak.

      Padam
  5. Kenapa harus sentap dengat fitnah golongan kafir dan munafik?Demi islam bangsa melayu dan negara tanah melayu ni bekerjasama la untk kemenangan umat islam yang tertindas sejak pemerintahan pakatan hancing ini.

    BalasPadam
  6. Sy setuju..melayu & islam perlu bersatu

    BalasPadam