Header Ads

ads header

Flash News

PRK Sungai Kandis tanda aras perjuangan Melayu Islam


Pertandingan 3 penjuru di PRK Sg Kandis dengan PAS memberikan laluan kepada pembangkang untuk satu lawan satu dengan kerajaan adalah suatu signal untuk menguji sejauh manasikap rakyat terhadap 2 kelompok aliran politik negara.

Pilihan raya ini tidak memberi apa-apa signifikan kepada kerajaan negeri Selangor. Sesiapa kalah atau menang PKR (baca Pakatan harapan) tetap memerintah negeri.

Kalah atau menang BN juga Najib Razak bukan lagi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Pencalonan Lokman Nor Adam ini adalah satu ujian kepada orang Melayu sahaja yang kini sepertiga UMNO, sepertiga dalam PAS dan sepertiga lagi dalam Pakatan Harapan .

Jika undi Melayu banyak ke PKR (PH) bermakna mereka merestui segala tindak tanduk kerajaan hari dalam hal-hal membabitkan kepentingan Bumiputera dan agama Islam. Maka sukar untuk UMNO dan PAS (Baca 2 parti itu sebagai pembangkang)  terus bersuara lantang mempertahankan asas negara Malaysia ini.

Orang Melayu dan Islam dalam DUN Sungai Kandis harus membuat keputusan sama ada mereka mahu kepada PKR dan Mahathir tanpa mengira kepentingan Melayu Islam dalam masa hadapan negara atau memberi isyarat bahawa Melayu tidak rela Pakatan Harapan meruntuhkan kedudukan status quo Bumiputera dan Islam di negara ini yang telah dibina sejak 60 tahun lalu.

Abaikan dahulu sikap benci kepada pemimpin UMNO, BN dulu yang korup dan calon ada cacat cela. Hentikanlah cakap soal sejarah dan persepsi lampau. Ini soal masa depan. Jika PH boleh terima Mahathir yang semua sifat cacat cela UMNO dibina oleh 22 tahun daripada 60 tahun oelh Mahathir sendiri.

Isu di Dun Sungai Kandis ini hanya satu, apakah orang Melayu merelakan semua yang berlaku sejak Pakatan Harapan mengambil alih kuasa?

Tidak penting Lokman kalah atau menang. Kita hanya ingin seluruh undi Melayu pergi kepada Lokman supaya PH yang kini dikuasai DAP tidak menjadi terlalu berkuasa dan bermaharajalela dalam Pakatan. Jika signal ini tidak berlaku maka pengundi Melayu di DUN Sungai Kandislah yang memberi peluang DAP lebih menguasai Pakatan Harapan.

Pisau dan mentimun di tangan pengundi Melayu DUN Sungai Kandis! Sejarah akan menghakimi anda.

Diubah suai
drp Ab Jalil Backer


MR : UMNO perlu berubah, PAS perlu memikirkan satu cara bagaimana Melatyu islam boleh disatukan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

10 ulasan:

  1. Selagi belum terhantuk sukar untuk terngadah. Biarkan terhantuk!!!???

    Namun bila kampung sudah tergadai, 100 tahun belum tentu dapatkannya kembali.

    BalasPadam
  2. Banyak signal yg boleh terhasil dr prk sg kandis ni..antaranya:
    Jika ph menang/bn kalah
    1-umno perlu berubah utk mendpatkan kepercayaan rakyat.
    2-rakyat yg mengundi pas dulu memilih pkr sbg pilihan kedua.
    3-pas perlu menjadi penganti umno..
    Jika umbn menang/ph kalah
    1-pkr perlu lebih memainkan peranan mewakili rakyat terutama melayu.
    2-umno diterima sebagai pembangkang utk sheck n balance kerajaan.
    3-pas perlu mengatur strategi agar tidak berlaku 3penjuru di kawasan yg boleh dimenangi pembangkang..

    BalasPadam
  3. Kenapa pimpinan pas tak boleh bantu kempen bn demi menjatuhkan ph?
    Dah tiada ruang diskusi??

    BalasPadam
  4. Kenapa Parti Warisan tak bertanding...

    BalasPadam
  5. Kalau pimpinan Pas sendiri suruh ahli Pas undi BN, esok BN akan canangkan bhw ada UG antara Pas dan BN. Ahli Pas akan marah dan terus undi Pkr. Sbb tu Pas tak blh keluarkan arahan mcm tu. Jadi arahn yg betulnya ialah undilah selain Pkr. Yg ini sy faham.

    Lagipun Pas tak boleh kelihatan spt beria2 sgt nak dgn Umno. Org kata keep the distance. Sbb Umno tetap musuh Pas dr sg dasar.

    Pakatun pun musuh Pas dr semua segi malah Pakatun (baca: Dap) lebih militan dalam sikap anti islam dan melayunya. Sikap Dap inilah sebenarnya akan menentukan dasar Pakatun khususnya dlm isu Islam dan Melayu utk jangka masa panjang.

    Ini spt isu vote the devil you know, satu dilema yg pernah dihadapi org cina dahulu iaitu lebih baik undi BN drp undi pembangkang sbb kejahatan BN semua org dah tau.

    Tp Pas skrg mempunya dilema vote the lesser devil, sebab kedua2nya jahat tapi kejahatan BN tidak seteruk kejahatan Pakatun yg merangkumi isu agama dan bangsa. Dan dlm isu menunaikqn janji pun nampaknya Pakatun sudah ke laut. Sebab manifesto sudah bukan bible madey lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malas nk komen pnjg.
      Satu je nk ckp, selagi mlyu islam masih ego dgn parti masing2 hatta dlm isu mmpertahankan islam sekalipun dan takut hilangnya undi kerana bekerjasama sesama parti kerana islam, then jgn harap bumi malaysia ni akan bebas dari cengkaman liberal dan dakyah org kafir.
      Sekian

      Padam
    2. Sangat setuju dengan 10.54 ptg.aku hairan sangat cukup mudah untuk pihak pakatan hancing menghancurkan kerjasama pas dan umno.cukup dengan satu ejekan ug pas terus menafikan sekeras kerasnya.untuk kali ini buatlah kerana Allah jauhkan la sifat ego masing masing.Kampung sudah mula tergadai bertindak lah segera wahai pas dan umno.

      Padam
    3. Kenapa org kafir blh kuat bersuara dan bertindak di mlysia adalah krana org islam di mlysia x bersatu dlm isu yg sama..
      Hari2 brckp isu perpaduan dlm islam tp x dipraktikkan.
      Canang saja ug antara sama parti mlyu islam, maka akan ramai pnyokong prti melompat kepanasan.
      Hak rakyat akan terus ditindas sbb tiada kekuatan bersama utk bersuara.
      Ini semua trpakai utk semua prti mlyu islam baik umno atau pas.
      Mnakala cina kafir, bila mana mreka nak isu bangsa mreka diketengahkan, mreka akan bersatu ramai2 di bwh satu payung dap walau bukan semua sukakan pemimpin dap.
      Nampak betapa konsep perpaduan islam terpakai antara cina kafir berbanding mlyu islam yg ego.
      Akhirnya, rakyat yg merana yg majoriti susah adalah di kalangan mlyu islam.

      Padam
  6. Semua org melayu wajib sokong bn demi islam sebab cina 90% sokong dap sebab nak kuasai malaysia. Dap terang2 anti islam dan sapa org melayu yg tak kenal tun m dalam hal agama islam.

    BalasPadam