Header Ads

ads header

Flash News

Proses kelunturan agama Islam mula berlaku dalam kerajaan PH


KUALA LUMPUR: Novelis, Faisal Tehrani mencadangkan kerajaan menubuhkan Majlis Penasihat Agama bagi menasihatkan agensi Islam di negara ini.

Penulis 7 buku yang diharamkan kerajaan terdahulu atas alasan membawa pengaruh Syiah dan ancaman terhadap “keselamatan negara”, bagaimanapun enggan mendedahkan perkara yang dibincangkan lanjut dalam pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan hari ini.

“Pertemuan tadi sangat positif. Beberapa cadangan dipertimbangkan Majlis Penasihat Kerajaan.

“Reformasi penambah baik antara keperluan untuk Majlis Penasihat untuk institusi agama terdiri daripada beberapa (pihak), bukan saja agamawan, tapi ahli akademik, aktivis masyarakat, sosiologis dan teologis,” katanya selepas pertemuan lebih sejam dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham.

Faisal Tehrani ialah nama pena bagi Dr Faizal Musa, felo penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Faisal berkata, beliau turut membincangkan 7 buku yang diharamkan kerajaan terdahulu dengan Majlis Penasihat Kerajaan dan isu penindasan terhadap Syiah.

“Ya, hal itu dibincangkan. Tapi saya tak boleh berikan perincian mengenainya lagi.”

Faisal antara aktivis dan agamawan yang dipanggil Majlis Penasihat Kerajaan untuk mendapatkan maklum balas mengenai pembaharuan ke atas institusi agama Islam. Individu lain ialah Mufti Perlis, Pulau Pinang dan Johor.

Pada 10 Januari lalu, Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah pengharaman Kementerian Dalam Negeri ke atas 4 buku tulisan Faisal kerana melanggar hak kebebasan bersuara penulis.

Buku itu berjudul “Sebongkah Batu di Kuala Berang”, “Karbala”, “Tiga Kali Seminggu” dan “Ingin Jadi Nasrallah”.


MR : Ketegasan Rasulullah s.a.w. untuk tidak membenarkan Abdullah Ibnu Salam membaca kitab Taurat pada setiap malam Sabtu menunjukkan sumber Islam mestilah murni... Adakah Rasulullah s.a.w. jumud tidak terbuka sedangkan Taurat juga kita Allah?


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

11 ulasan:

  1. Siapa sebenarnya Panel Penasihat Kerajaan ini. Apakah mereka ini berautoriti dan layak bercakap mengenai Islam???

    BalasPadam
  2. Mereka ini adalah orang yng dilantik PM-7 dimana PM-7 dilantik oleh grup PH dimana grup PH dipilih oleh pengundi PH.

    Pengundi PH minat pada yang tak perjuangkan Islam jadi pengundi PH akan bertanggungjawab akan pemilihan mereka ini.

    Nanti dalam neraka, ada golongan yang minta Allah seksa pemimpin dua kali lipat sebab golongan ini diseksa di neraka asbab ikut pemimpin yang mereka pilih.

    BalasPadam
  3. Sebilangan pemimpin pakatan terdiri dari gabungan pemimpin parti sekular liberal dan pemimpin parti kafir harbi biaDAP telah bersekongkol menentang, menfitnah, memburuk-burukkan dan menghina ajaran Islam, fatwa, ulama Islam dan institusi Islam seperti JAKIM, jabatan agama Islam, mahkamah syariah dll dan menafikan hak umat Islam.

    Dan sikap dan tindakan abti-Islam mereka telah disokong oleh pelbagai NGO liberal dan kafir harbi seperti NGO Zionis dari dalam dan luar negara jelas menunjukkan campurtangan pihak asing untuk melemahkan atau menghapuskan Islam dan umat Islam.

    Walaupun jelas sebilangan pemimpin pakatan memusuhi Islam dan menafikan hak umat Islam, sebilangan Melayu jahil murakkab tetap menyokong dan mengundi pakatan dalam PRU14 dan akhirnya mereka hanya mampu menelan kahak sahaja setelah kera jaan pakatan memungkiri semua janji pakatan.

    Bahkan mereka terlalu naif menyebsbkan mereka terpedaya dengan pelbagai fitnah yang dicipta oleh pakatan untuk memburuk-burukkan parti Islam PAS.

    Maka kita tidak terkejut melihat musuh-musuh Islam menggunakan pelbagai cara dan tipu helah dan mendapatkan khidmat kepala bapak Syiah yang kafir atau sesat lagi menyesat dan mofti dan ularmak liberal untuk melemahkan atau menghapuskan parti Islam PAS pimpinan ulama, ajaran Islam, institusi Islam dll supaya musuh Islam boleh menyesatkan dan memurtadkan umat Islam tanpa sebarang halangan.

    Akhirnya ulama-ulama yang berkhidmat dalam kera jaan pakatan akan menjadi pembaca doa sahaja.

    Maka semua penyokong, pengundi pakatan dan ularmak dan ostad akan menanggung dosa besar setiap kali kera jaan pakatan melakukan kemungkaran, kesesatan, kezaliman, penyelewengan dan penindasan ke atas Islam dan umat Islam.

    Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud orang yang menyokong kezaliman adalah tidak tergolong kepada umat Rasulullah.

    Maka puak zalim seperti musuh Islam dan barua, penyokong dan pengundi mereka akan menjadi penghuni neraka.

    Malanglah manusia yang hanya melihat kebenaran selepas kematian mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      Dan sikap dan tindakan anti-Islam mereka telah disokong oleh pelbagai NGO liberal dan kafir harbi dari dalam dan luar negara seperti NGO Yahudi Zionis dan NGO Evangelis (Kristian Zionis) jelas menunjukkan campurtangan pihak asing untuk melemahkan atau menghapuskan Islam dan umat Islam.

      Padam
  4. Bab agama, tak blhlah majlis punasihat tu..

    BalasPadam
  5. Kumpulan liberal...hancurrr

    BalasPadam
  6. 1. Agensi2 tak perlukan majlis penasihat yang menambah perbelanjaan. Syarat2 perkhidmatan dan SOP sudah mencukupi.

    2. Pemimpin yang baik adalah yang membuka telinga kepada semua cadangan termasuk yang minor, yang songsang dan yang terpesong.

    3. Pemimpin yang hebat adalah yang mendengar tapi tidak ikut semua telunjuk, terutama yang minor, yang songsang dan yang terpesong.

    BalasPadam
  7. PH mmg terpesong itu sudah jelas drp make up pemimpin mereka, tp program pemesongan mereka takkan dilakukan serentak tapi secara tadarruj. Sikit demi sedikit akal liberal akan disuntik ke dalam minda pengikut2 naif mereka tapi mereka sentiasa berhati2 juga jangan sampai umat Islam sensitif spt Pas ini dapat mencium lalu mendedahkannya. Sebab itulah Faisal Tehrani takkan dedahkan semuanya sekaligus. Nak mampos..

    BalasPadam
  8. in sha allah islam akan bangkit kembali apabila hak2 umat islam makin di leraikan satu persatu..

    BalasPadam
  9. Orang bodoh sahaja percaya pada puak Syiah kerana puak Syiah mengamalkan Taqiyya iaitu berbohong untuk menipu umat Islam @ ahlus sunnah wal jamaah supaya puak Syiah boleh hidup dalam masyarakat ahlus sunnah wal jamaah dan menyebarkan dakyah Syiah.

    Maka kita tidak terkejut melihat kepala bapak Syiah di negara ini melakukan Taqiyya di negara ini berpura-pura ahlus sunnah wal jamaah sambil menyebarkan kesesatan Syiah di kalangan kaum Melayu Islam.

    Puak Syiah ini adalah seperti berbulu ayam yang cuba memusnahkan Islam dari dalam.

    BalasPadam