Header Ads

ads header

Flash News

Rais Yatim persoal kerajaan tak mampu turunkan harga barang


Bekas menteri penerangan, Tan Sri Rais Yatim berkata rakyat Malaysia kini gusar kerana harga barangan dan kos sara hidup tetap sama meskipun kerajaan telah bertukar.

Katanya, dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Pakatan Harapan (HARAPAN) menjanjikan kenaikan kos sara hidup akan dapat diatasi sekiranya mereka berkuasa.

Bagaimanapun, Rais berkata keadaan hidup rakyat pada tetap sama sepeti sebelum PRU lalu.

“Harga barang tak dapat diturunkan, tahap kos kehidupan belum nampak berada di paras selesa, harga minyak sedang digusarkan oleh rakyat juga tidak ada turunnya. Malah tak ada ansurnya dari kerajaan yang dulu, kena lihat dari mereka berkuasa.

“Tentang tol yang dihujahkan oleh rakyat, (mereka kata) kami sudah bayar cukai jalan dan cukai jalan itu nilainya berbilion setiap tahun, adakah ini tak dapat diambil kira oleh kerajaan,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini, Khamis lalu.

Rais yang disebut-sebut antara calon speaker Dewan Rakyat berkata rakyat tidak kisah siapa yang menjadi anggota kabinet kerajaan baru asalkan kos sara hidup dapat diatasi dan mengecapi kehidupan yang selesa.

“Yang mereka kisah sama ada kehidupan itu bertambah selesa, keamanan wujud, berniaga mudah, interaksi dengan kerajaan dalam keadaan menggalakkan,” katanya.

Pada kempen PRU14, HARAPAN melalui manifestonya berjanji akan menangani kos sara hidup dalam masa 100 hari pentadbirannya antaranya menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Selain itu HARAPAN juga berjanji akan menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar serta menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.

Kini masuk lebih 50 hari pentadbiran HARAPAN dan mereka sudah pun melaksanakan kadar sifar GST, 1 Jun lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut berkata hasil kajian pihaknya yang mendapati 70 peratus barangan pengguna mengalami penurunan harga sejak pelaksanaan kadar sifar GST.

Bagaimanapun pelbagai pihak mempersoalkan kenyataan Saifuddin itu termasuk Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Sufian Hamdan yang mendesak menteri berkenaan mendedahkan laporan kajian supaya rakyat dapat membuat perbandingan dengan realiti harga di pasaran.

Saifuddin bagaimanapun mempertahankan hasil kajiannya selain pemantauan oleh penguat kuasa KPDNHEP selama sebulan, beliau sendiri dimaklumkan mengenai perkara itu oleh peniaga ketika melakukan tinjauan termasuk di Pasar Bayan Baru, di George Town.

Sementara itu, Rais berkata menteri berwajib dalam HARAPAN seharusnya berterus terang kepada rakyat berkaitan kos sara hidup termasuk kewangan negara.

“Kita kena berterus terang dengan apa yang diluahkan sebenarnya berada di tahap rakyat hari ini, saya rasa keadaan paras kedudukan kewangan negara, pertukaran wang menampakkan matawang Malaysia turun, ini pun menjadi isu kepada rakyat biasa.

“Perlu juga menteri kewangan banteras keadaan ini kepada munasabah dan tak boleh dikatakan faktor itu ini sebab masa kita berkempen dulu, kita kata menang sahaja esok minyak turun, menang sahaja, esok tol mula kita redakan kedudukannya, yang itu nampak belum berlaku,” katanya.


MR : Kerajaan nampak lebih banyak memberi alasan daripada mencari ikhtiar untuk memastikan janji mereka dapat ditunai. Jangan sampai rakyat kena kencing... akhir tak ada perubahan yang berubah hanya daripada harimau kepada buaya....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

13 ulasan:

  1. Dah mula mengambil berat soal rakyat petanda tidak mendapat jawatan speaker la tu...wa ka kaaaaaa

    BalasPadam
  2. Atau lintah air kepada lintah darat.

    BalasPadam
  3. semoga lepas ni dia selalu vokal lah..alang2 seluk perkasam biar tak dpt terus hahaha

    BalasPadam
  4. GST 6%: sepeket cendawan berharga RM 2.00.

    GST 0%: sepeket cendawan berharga RM 2.20.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ekonomi putar alam pakatan. Jika mantri berkata harga barang turun, ia bermaksud harga barang naik.

      Jika mantri berkata hutang kerajaan RM1 trillion, ia bererti hutang negara hanyalah lebih kurang RM600 juta sahaja ('Hutang' RM1 trillion sebagai alasan bodoh untuk memungkiri janji pakatan).

      Jika pemimpin pakatan berkata "jika pakatan menang hari ini, esok harga minyak RM1.50 dan tol dihapuskan", ia bermaksud tunggulah janji PRU15 pakatan untuk dikencing sekali lagi.

      Padam
  5. Puak ph kata ph baru berkuasa biar pimimpim mereka kaya dulu baru pikir masaalah rakyat. Apa beza ph dengan bn.

    BalasPadam
  6. ini semua wayang

    BalasPadam
  7. tapi sekurang2 nya rakyat marhein zaman BN dpt Brim...ada banyak peluang kerja...ada bnyak projek besar..matawang pun ok boleh mkn angin keluar negara...kannnn....Kera jaan PH laknatullah ado...semua manifesto..tipu jer...yng heran tu...semua penyangak rasuah..yng dah terang2 ada bukti di bakul sampahkan oleh ketua sprm yng baru ..sedara Air mata syukri..dan AG Tommy a/l Thomas yng tak tahu berbahasa Melayu....ayoyo...dulu itu nenek atuk dtng Tanah Melayu..duduk estet bikin jalan keretapi..bikin jalan raya..sikarang...cucu cicit sudah pandai belajar...bahasa Melayu pun tak tahu cakap...tu bezanya pariah dgn brahmin..

    BalasPadam
  8. Cara pantas buat do-it ialah menerusi jual beli saham. Bila jatuh jual, bila naik beli. Ada pihak jual saham sebelum 9 mei dan buat untung, kini boleh beli semula saham kerana ianya murah. Seolah-olah semua itu mengikut skrip.

    BalasPadam
  9. Saipudin tu berckp mcm menteri kerajaan lama jer. Masa pembangkang dulu semua dia Tau. Dah jdi kerajaan lain pulak jdi nya. Turun lar siasat betul ke.... Npk kene juga lar Rakyat ni. Dah Naik atas mmg mcm tu ker? 2 x 5 jer. Kene kencing jugaklar npknya

    BalasPadam
  10. Ko salah seorang yang terpedaya dengan janji2 PH Rais ooi. Kena tanya le pakar/pensyarah ekonomi yang berkecuali yang berlambak ada kat IPT. Ko pakar sicobudaya memang le kena tipu dengan Tokdet, sudah berapa kali kenan tipu, orang Islam tak sepatutnya kena tipu dua kali.... Aku dengar ko dah bakar dan bina balik jambatan dua kali dah.

    BalasPadam
  11. ....akhir tak ada perubahan yang berubah hanya daripada harimau kepada buaya..... baik masuk dalam mulut rimau bang.....buaya duduk dalam air...lemas lagi.

    BalasPadam