Header Ads

ads header

Flash News

Ramkarpal MP diarah keluar dewan, Bung Moktar selamat


Ramkarpal Singh menjadi anggota parlimen pertama yang diarahkan keluar oleh speaker Dewan Rakyat yang baru dilantik, Datuk Mohamad Ariff Yusof.

Ramkarpal diarahkan keluar Dewan Rakyat selepas enggan menarik balik kenyataannya yang menggelar Pemuda Umno sebagai "samseng".

Ramkarpal sebelum itu mengimbas kejadia pada 2009 ketika mendiang ayahnya, Karpal Singh dikepung oleh sekumpulan anggota Pemuda Umno.

Anggota parlimen pembangkang membantah istilah "samseng" yang digunakan dan seterusnya Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) membuat tuduhan serupa kepada anggota parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN).

Mohamad Ariff kemudian mengarahkan Ramkarpal dan Bung Moktar menarik semula istilah "samseng" yang disifatkan tidak sewajarnya digunakan dalam parlimen.

"Untuk memendekkan perkara ini, supaya kita boleh mendengar perbahasan Sungai Petani (Datuk Johari Abdul), kedua-dua anggota parlimen perlu menarik kenyataan tadi.

"Jika tidak, saya akan gunakan seksyen 44(2) peraturan Dewan Rakyat," katanya merujuk peruntukan yang membenarkan speaker menghalang anggota parlimen menyertai persidangan selama dua hari.

"Ini cuma perkara kecil. Jangan guna perkataan yang tidak sewajarnya di dalam dewan, kita perlu lebih matang," katanya.

Bagaimanapun, Ramkarpal menjawab: "Saya mohon maaf, tapi saya tidak boleh tarik balik.

Mohamad Ariff kemudian mengeluarkan amaran dan apabila Ramkarpal bertegas dengan pendiriannya, speaker mengarahkan agar anggota parlimen Bukit Gelugor itu diiringi keluar dewan.

Sementara Bung Moktar kemudian menarik balik kenyataanya dan dibenarkan berada di dalam dewan.


MR : Hari menunjukkan bagaimana Speaker tak boleh kawal ahli, berat sebelah. Bukan halau keluar dewan si Ramkarpal tu, sepatutnya buang dearah sekali....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Kalau kepong tapi tak jadi apa2, tu bukan samseng. Kalau samseng yang kepong, semua yB tahu kesudahannya.

    BalasPadam
  2. Itulah perangai orang samseng,sombong,kurang ajar tak reti hormat orang. Buat malu diri kena halau keluar dewan tapi kalau jenis kulit gajah tak tau malu.

    BalasPadam