Header Ads

ads header

Flash News

Sekarang siasat kawan kamu, Taib Mahmud, aktivis beritahu Dr M


PETALING JAYA: Seorang aktivis hak asasi menggesa pihak berkuasa menumpukan pada kekayaan luar biasa Yang di-Pertua Sarawak, Tun Taib Mahmud, bagi menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memilih dalam kempen anti-rasuah.

Beliau juga berkata tindakan terhadap Taib Mahmud menunjukkan kerajaan juga akan bertindak terhadap orang-orang yang dilihat rapat dengan perdana menteri.

“Kerajaan PH menunjukkan jika ada iltizam untuk menyiasat skandal 1MDB hingga ke akar umbi, ada cara untuk membanteras rasuah dan kapitalisme kroni di Malaysia,” kata Kua Kia Soong hari ini.

Beliau berkata demikian selepas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa dengan 4 pertuduhan korupsi dan salahguna kuasa.

Bekas tahanan politik dan pengkritik Dr Mahathir ini berkata perdana menteri mesti tunjukkan kempen terhadap Najib bukan dendam peribadi dengan tidak mengabaikan “sekutu lamanya di Sarawak”.

Kua berkata Putrajaya mesti pertahankan imej tadbir urus yang baik dengan memaksa Taib, yang katanya mungkin “orang terkaya di Malaysia”, mengisytiharkan harta.

Taib adalah ketua menteri Sarawak selama 23 tahun, sebahagian besarnya ketika 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Dia dituduh mengumpul kekayaan dan kontrak kerajaan untuk manfaat ahli keluarga, termasuk dituduh oleh pengkritik di luar negara seperti Bruno Manser Fund (BMF) yang berpangkalan di Switzerland, yang menganggarkan kemewahannya bernilai berbilion dolar.

Aktivis dan ahli politik membuat beberapa laporan rasuah terhadap Taib di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas Dr Mahathir menepis seruan kepada kerajaan supaya menyiasat Taib kerana tiada aduan rasmi.

Kua berkata PH mesti memenuhi ikrar membasmi kleptokrasi, kerana janji itu yang memberi kemenangan kepada gabungan itu pada pilihan raya Mei lepas.

“Janganlah kecewakan rakyat terutama rakyat Sarawak yang menyaksikan kekayaan negeri disedut sehingga kering oleh ketamakan kleptokrat di sana,” katanya.


MR : Mahathir sejarahnya akan dakwa kepada yang dia dendam aje.. Taib Mahmud kawan kroni takkan dia nak dakwa? Takkan itupun pengundi PH tak boleh berfikir....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. diri sendiri ada masalah masa memerintah macam macam tomahan smuanya dilupakan rakyat sebab katakan dah taubat sama juga taib mahmud dah cuci tangan so forget and move on

    BalasPadam
  2. mcm mana madet nk arah utk dakwa..dia dakwa..taib akan tembak dia blk..x kan taib x tau rahsia madet kot?

    BalasPadam
  3. Ini semua pilihan puak ph yg buta faktar dan tiada ilmu dalam politik.

    BalasPadam