Header Ads

ads header

Flash News

ADUN Seri Setia meninggal dunia petang tadi


Anggota Dewan Undangan Negeri Seri (ADUN) Setia Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia sebentar tadi.

Setiausaha Kanannya Zafrullah Aris berkata allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6:28 petang tadi di Hospital Putrajaya.

Zafrullah berkata, jenazah exco kerajaan Selangor itu akan dibawa pulang ke rumah di Desa Pinggiran Putra dan urusan pengebumian akan dilakukan esok.

“Semoga almarhum ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” kata Zafrullah.

Sebuah akhbar Cina kelmarin melaporkan Shaharuddin menghidap barah kolon.

Susulan kematian itu, pilihan raya kecil harus diadakan di kawasan itu.

Pada pilihan raya umum ke-14, Shahruddin menang besar dengan mendapat 29,250 undi.

Beliau mengalahkan calon BN Yusoff M Haniff yang memperoleh 9,878 undi, calon PAS dengan 4,563 undi dan calon bebas S Vigneswaran dengan 217 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 11, Seripah Noli Syed Hussin daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat undian sebanyak 16,911. Beliau menewaskan Mastura Muhammad dari Barisan Alternatif yang beroleh 5,770 undi.

Nik Nazmi Nik Ahmad (Pakatan Rakyat ) menang pada Pilihan Raya Umum Ke 12, dengan mendapat undian 13,838 menentang Seripah Noli Syed Hussin dari Barisan Nasional yang mendapat 10,975 undi.

Sementara itu, Pilihan Raya Umum Ke 13 kerusi berkenaan dimenangi Nik Nazmi Nik Ahmad (Pakatan Rakyat ) dengan mendapat undian 18,692. Nik Nazmi Nik Ahmad ketika itu menentang Abdul Halim Samad daripada parti Barisan Nasional yang beroleh 14,029 undi dengan majoriti 4,663.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Shaharuddin Badaruddin daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 29,250 undian ketika menentang Yusof Hm Haniff daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 9,878 undi. Majoriti undi sebanyak 19,372.


MR : PAS boleh berikan kepada BN untuk mengunji kekuatan BN selepas PRU Sg Kandis....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :


2 ulasan:

  1. Apa yg kita penyokong pas nak takut sangat klu d sebut pas bekerja sama dgn umno dalam prk ni?ini memang strategi musuh islam dan melayu supaya islam tak bersatu padu jd musuh islam duk ulang "pas cinta umno,pas nak u.g dgn umno,pas nak bekerjasama dgn umno" ni supaya orang pas dan orang umno jadi alergik untk bekerjasama d antara satu sama lain walaupun demi islam sekalipun..ini mantra yg d ulang2 dari tahun 2008 lagi bg kes d bentuk kerajaan d perak sampai evangelist dap dapat keuntungan yg besar dalam pkatan rakyat perak,melayu islam jd boneka.

    BalasPadam
  2. Betul apa perlu malu ubtuk bekerjasama sesama melayu islam?Kerjasama Pas dan Umno perkara yang paling ditakuti puak pakatan hancing.Penyatuan melayu islam akan jatuhkan kafir, liberal dan golongan munafiq.

    BalasPadam