Header Ads

ads header

Flash News

Anwar bakal tandingi kerusi Pekan?


 KUALA LUMPUR - PKR tidak menolak kemungkinan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Pekan, bagi membolehkan beliau menyertai semula arena politik negara.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, namun perkara ini bergantung kepada perkembangan semasa kes mahkamah yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak, yang kini penyandang kerusi berkenaan.

"Buat masa ini belum (buat keputusan) tapi kita tengok apa yang berlaku dengan Parlimen Pekan (kerusi Najib).

"Saya rasa mungkin akan berlaku dalam bulan-bulan akan datang di mana banyak daripada kes-kes yang mungkin di mahkamah atau akan masuk di mahkamah akibat daripada siasatan SPRM mungkin kita boleh lihat keadaan bagaimana nanti," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan isteri Anwar mengesahkan bahawa suaminya akan bertanding merebut kerusi Parlimen.

Bagaimanapun, jelas Wan Azizah, kerusi Parlimen yang mana menjadi pilihan itu terpulang kepada Anwar.

Rentetan itu, Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen sedia mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada Anwar  jika diminta berbuat demikian.

Bagaimanapun, menurut William sehingga kini beliau masih belum diberitahu atau berbincang berkenaan pengosongan posisinya di Selayang demi  membuka jalan kepada Anwar.

Dalam perkembangan terbaharu isu ini, sehingga kini Anwar masih belum membuat keputusan kerusi parlimen mana yang mahu ditandingi.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata  Anwar kini  sudah bersedia untuk pergi ke mana-mana kerusi Parlimen.

"Itu satu kepastian kerana saya percaya bukan sahaja sudah bersedia ke Parlimen malah rakyat Malaysia juga bersedia nak melihat Anwar sebagai pemimpin dalam persada politik.

"Saya percaya banyak tempat yang ada buat Anwar, Parlimen Lembah Pantai ada Selayang ada Setiawangsa, Pekan pun ada," katanya.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pekan kini berhadapan dengan pelbagai kes.

Terbaharu beliau hadir bagi memberi keterangan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, hari ini.

Najib akan hadir bagi memberi keterangan bagi kes SRC International Sdn Bhd di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2011 (AMLA).

Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa buat kali pertama di Mahkamah Kuala Lumpur berhubung pemindahan wang RM42 juta ke dalam akaun peribadi beliau yang dipercayai diseleweng dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Najib pada PRU14 meraih majoriti besar sebanyak 24,859 undi menewaskan pencabar terdekatnya Ahiatudin Daud dari Pas yang memperoleh 18,995 undi, Zahid Mat Arip  dari PKR (7,662 undi) dan calon bebas, Datuk Padukan Abd Kadir (103 undi) dalam pertembungan empat penjuru.


MR : Mampukah Anwar berhadapan dengan Azmin dan Mahathir?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



4 ulasan:

  1. Selain Pekan, pilihan lain adalah kerusi Langkawi. Ini bersandarkan kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri sendiri seperti dilaporkan dalam FMT.

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/26/ph-akan-tubuh-suruhanjaya-siasat-dr-m-jika-menang-pru14/

    BalasPadam
  2. Pekan susah nak menang... majoriti undi BN 24,000.

    Kalau BN tarik diri, konfem kerusi dapat kat Pas.

    Langkawi senang sikit nak menang, ia kerusi milik PH.

    Pikio masak-masak. Kot2 yang dikejar tak dapek yang mengandung..

    Muahahaha

    BalasPadam
  3. Semakin lama semakin susah kamu nak menang. Kalau Anwar tandinh Sg. Kandis ari tu memang akan menang tapi dah terlambat.

    Momentum PH semakin hari semakin lemah. Tak sampai setahun nanti habis. SST masuk aje gerenti habis. Orang dah mula benci PH.

    BalasPadam
  4. Apa semua pemimpin pakaturn harporn ni berlagak macam ahli nujum?macam dah sah2 sangat yg najib bakal ke penjara? Apa pejabat peguam negara ni sayap parti dap ka?konon undang2 perlu bebas dari campurtangan orang politik,biar org yg arif undang2 yg handle?pala but...ptuiiihh

    BalasPadam