Header Ads

ads header

Flash News

Aurat isu berkait Hak Asasi Manusia


ISU aurat adalah merupakan satu isu besar yang berkaitan Hak Asasi Manusia. Di samping ia adalah tuntutan wajib dalam agama Islam, ia juga bersesuaian dengan Rukun Negara yang dimulai dengan Kepercayaan kepada Tuhan.

Selain itu, dalam konteks Malaysia juga, agama Islam yang menjadi agama Persekutuan sepatutnya mengutamakan tuntutan Islam menjadi sebahagian daripada syarat berpakaian di tempat kerja.

Amat malang sebahagian masyarakat sekarang khususnya pembuat dasar dan penguasa tidak melihat isu ini secara lebih meluas. Kebiasaannya apabila disebut isu aurat, lebih ditekankan seolah-olah berlaku paksaan terhadap kaedah berpakaian.

Saya mahu tekankan di sini, berapa ramai ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mereka menutup aurat tetapi disebabkan peraturan di tempat kerja yang tidak membenarkan maka hasrat mereka tidak tercapai. Berapa ramai pula suami yang juga mahu isteri mereka menutup aurat tetapi akibat peraturan di tempat kerja tidak membenarkan maka hasrat mereka tidak tercapai. Bukankah ini juga satu pencabulan hak asasi manusia? Hak ibu bapa dan suami yang tidak dapat dipenuhi.

Sesiapa yang yakin dengan hukum dan peraturan Allah, semuanya sesuai dengan fitrah dan kehendak manusia.

Masyarakat, majikan dan pembuat dasar sepatutnya berlaku adil khususnya pada umat Islam. Lebih-lebih lagi dalam konteks kehidupan kita di Malaysia. Jangan terlalu prejudis dengan ajaran Islam. Saya juga berharap pembuat dasar dan penguasa jangan sekali-kali memperkecilkan hukum dan peraturan Islam.

DR ALIAKBAR GULASAN
Setiausaha PAS Sabah


MR : Tapi malang Hanipa Maidin kata pejuang kebebsan dan hak asasi tak faham....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :


1 ulasan:

  1. Pakatan liberal-kafir harbi adalah kepala bapak munafik @ hipokrit kerana mereka mendabik dada kononnya merekalah pejuang hak asasi manusia tetapi pada waktu yang sama mereka menafikan hak wanita Islam untuk menutup aurat !

    Bahkan mereka menghina ajaran Islam seperti hukum menutup aurat walaupun Perlembagaan Persekutuan perkara 3(1) telah menyatakan dengan jelas bahawa Islam (bukan kristian, hindu, buddha, evangelisme, liberalisme dll ) adalah agama bagi persekutuan (Malaysia). Bukankah ini juga bererti pakatan ini juga telah menghina Perlembagaan Persekutuan?

    Ini membuktikan pemimpin-pemimpin pakatan mempunyai lidah biawak (lidah bercabang) yang tidak boleh dipercayai kerana mereka bercakap tidak serupa bikin @ Easier said than done.

    BalasPadam