Header Ads

ads header

Flash News

Batal ECRL umpama menghukum rakyat Pantai Timur


SHAH ALAM - Pemuda Umno menyeru Kerajaan PH agar mengenepikan ego politik untuk kembali ke meja rundingan dengan Kerajaan China bagi mencari solusi terbaik agar projek projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dapat diteruskan.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebarang terma yang didakwa tidak menguntungkan boleh sahaja dirundingkan kembali agar rakyat tidak jadi mangsa pembatalan projek yang sudahpun bermula.

Bahkan menurutnya, Pemuda Umno tidak mahu generasi mendatang terpaksa mewarisi beban pembayaran pampasan yang tinggi akibat pembatalan projek yang sudah bermula dek kerana keegoan pimpinan hari ini menghapuskan ‘legasi infra-rakyat’ yang dicetuskan kepimpinan terdahulu.

“Pengumuman pembatalan projek ECRL oleh Kerajaan PH sejurus Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali dari lawatan kerja ke China amat mengecewakan.

”Keputusan berkenaan seolah-olah satu hukuman kepada rakyat di negeri-negeri Pantai Timur khususnya Kelantan, Terengganu dan Pahang hanya kerana mereka tidak memilih Kerajaan Pakatan Harapan,” katanya dalam laman sosial facebook miliknya, hari ini.

Asyraf berkata, keperluan untuk satu infrastruktur pengangkutan awam darat yang pantas dan moden bagi menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung adalah penting untuk menjadi pemangkin pertumbuhan yang memungkinkan kesan gandaan ekonomi (economic multiplier effect), selain kemasukan pelaburan domestik da
Labels n asing.

“Ia secara tidak langsung dapat merancakkan ekonomi tempatan dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

”Kerajaan BN dahulunya melancarkan Projek ECRL bernilai RM55 billion (kini RM66.7 billion) sebagai satu inisiatif berimpak tinggi di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

Menurutnya, projek rel membabitkan dua fasa sepanjang 688 km berkenaan akan menyambungkan Pelabuhan Klang dan Pengkalan Kubor, Kelantan yang dijangka siap pada 2024 akan dapat menambah 1.5 peratus kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan dijangkakan mewujudkan lebih 80,000 peluang pekerjaan.

”Tidak semuanya legasi kepimpinan terdahulu harus dihapuskan hanya kerana dendam politik sehingga ‘memangsakan’ rakyat Pantai Timur yang berhak menikmati kesaksamaan pembangunan ekonomi dan tidak hanya berpusat di sebelah Pantai Barat.





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



Tiada ulasan