Header Ads

ads header

Flash News

Cubaan “beli” MP Batu RM25 juta oleh ‘geng’ Anwar


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen paling muda dalam sejarah negara, P Prabakaran menyangkal dakwaan beliau dibayar RM25 juta untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Batu.

Wakil rakyat berusia 22 tahun itu menyifatkan dakwaan berkenaan sekadar khabar angin.

“Itu tidak benar dan saya tidak boleh ulas perkara yang tidak betul.

“Mereka suka sangat kepada saya, mungkin sebab itu mereka buat cerita ini,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Desas-desus tersebar di media sosial mendakwa beliau dibayar sejumlah wang demi memastikan Anwar yang baru menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR, Ahad lalu, boleh memasuki Parlimen dan seterusnya menjadi perdana menteri ke-8.

Semalam, Ahli Parlimen Selayang, William Leong menyuarakan kesediaan melepaskan kerusinya untuk memberi laluan kepada Anwar, selepas isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya, Nurul Izzah enggan melepaskan kerusi Parlimen Pandan serta Permatang Pauh.


MR : Kali ni bukan sahaja Rafizi menangis, tapi Anwar pun turut menangis sama....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



3 ulasan:

  1. LIRIK DIMANA KERUSI

    Hendak kunangis
    Tiada berair mata
    Hendak kusenyum
    Tiada siapa nak teman
    Kalaulah nasib
    Sudah tersurat
    Begini hebat
    Apa nak buat

    Di mana kan kucari KERUSI
    Serupa dengan yang DULU
    Tak sanggup ku berpisah
    Dan berhati patah - hidup gelisah

    Alangkah pedih rasa hati
    Selama kau pergi
    Tinggalkan sendirian
    Tiada berteman dalam kesepian

    Dunia terang menjadi gelita
    Cahaya indah tiada bergema
    Keluhan hati membawa derita
    Kini kau jua tak kunjung jelma

    Di mana kan kucari KERUSI
    Mungkinkah di BATU
    Untuk kawan berduka
    Menangis bersama - selama-lamanya

    BalasPadam
  2. Sabar lah ,kerusi pekan kat hujung tanduk,mahkamah tunduk kepala Pok jib masuk dalam,kosong lah kerusi pekan tu.Atau tak yakin dipejam? Atau tak yakin kes Pok jib tu rekaan macam kes Sukma dan Munawar?😀😀😀😀😀😀

    BalasPadam
  3. Untungla,muda2 dh menang parlimen... boleh dapat 25 juta jalau kosongkan kerusi macam adun kajang cina pkr tu dapat duit berjuta utk kosongkan kerusi dun bg anwar masuk bertanding.semua duit tu bukan duit pak hangpa,duit rakyat!!!

    BalasPadam