Header Ads

ads header

Flash News

Cybertropper PH sebar “Kabinet Pembangkang” untuk alih isu janji manifesto


PETALING JAYA: Pembangkang hari ini menafikan poster “Kabinet bayangan” Umno-PAS yang tersebar di laman sosial, memaparkan gandingan pimpinan parti Melayu dan parti Islam memegang portfolio kerajaan.

Poster tersebut memaparkan semua bernaung bawah Datuk Seri Zahid Hamidi selaku ketua pembangkang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula bertanggungjawab untuk pertahanan, portfolio yang disandang Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Hal ehwal ekonomi diserahkan kepada Datuk Ahmad Maslan, untuk berdepan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

Pembikin poster itu menyerahkan Lim Guan Eng, yang memegang portfolio kewangan, kepada Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Tiada pemimpin Umno atau PAS diberi portfolio keselamatan dalam negeri, yang disandang Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata poster itu kerja “tentera siber” yang mahu melaga-lagakan parti-parti pembangkang.

“Tidak perlu layan ‘cybertrooper’,” katanya.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri berkata tiada Kabinet bayangan sekarang ini.

“Tidak betul. Tidak ada Kabinet bayangan,” katanya.

Pemimpin lain, seperti Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dari PAS diletakkan di posisi belia dan sukan, Datuk Bung Moktar Radin sebagai menteri pertanian dan Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai menteri komunikasi.


MR : Fitnah itu adalah cara Pakatan Harapan mendapat sokong, tak hairan bila pimpinan Amanah pun pandai buat fitnah sekarang ini...


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



3 ulasan:

  1. Pada ruang komen tu..tulis je " mana janji 100 hari?"

    Pakat komen ramai2..

    hehehe

    BalasPadam

  2. دولو كراجأن داچيڠ
    سكارڠ كراجأن كنچيڠ
    جنجي مانيفيستو چاكف فوسيڠ٢
    سلوروه نگارا برباو هنچيڠ

    BalasPadam
  3. Nak menang kena janji hebat2.mesti pandai tipu rakyat.dulu umno bn menipu, skrg yg tubuhkan umno baru tu jd perdana menteri pakaturn...sah cara yang sama d gunakan.susah sangat ka nk senangkan hidup rakyat?kenapa senangkan kroni,proksi dan ahli keluarga sendiri daripada rakyat?seronok sangat ka tengok rakyat terbeban,merana?kena ingat doa org2 yg d zalimi ni ALLAH makbulkan.

    BalasPadam