Header Ads

ads header

Flash News

ECRL batal : Keputusan tepat Tun M?



Berita malang yang diterima ketika umat Islam berpuasa pada hari wukuf 9 Zulhijah bersamaan 20 Ogos 2018 untuk rakyat Malaysia terutamanya rakyat Melayu / Bumiputera di Pahang, Kelantan dan Terengganu, Pembatalan projek Laluan Keretapi Pantai Timur atau ECRL yang telah dibina hampir 20% dan dijangka akan siap pada 2024 tinggal angan- angan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah membuat perkiraan politik yang tepat apabila dengan berani dan bersahaja membatalkan projek ini, dalam pandangan politik beliau tidak rugi apa- apa dari segi sokongan, 3 negeri majoriti orang Melayu ini bukanlah negeri yang menyokong Pakatan Harapan (PH) terutama Kelantan dan Terengganu yang tidak ada satu pun kerusi Dun atau Parlimen yang dimenangi oleh PH dan Pahang pula negeri dikuasai oleh BN, maka buatlah rusuhan dan marah macam mana sekalipun oleh rakyat 3 negeri ini ia tidak langsung menjejaskan kuasa kerajaan pusat PH. Jika diteruskan projek ECRL ini kerajaan pusat PH hanya dilihat kurang cerdik bukan sahaja membazirkan perbelanjaan tetapi memberi kelebihan kepada imej kerajaan lalu dan akan dilihat memperakui jasa BN. lebih baik jika belanjawan tersebut diberi kepada kawasan – kawasan yang dimenangi oleh PH. Kelantan juga Terengganu telah merasai episod penderaan yang lama kerana tidak memihak kepada Persekutuan.

Dari segi ekonomi pula ECRL didakwa tidak memberi pulangan yang setimpal kepada negara, Jika ini diambil kira bolehlah kita perkirakan juga landasan Keretapi Tanah Melayu atau KTM yang menghubungkan Kota Bharu- Gemas- Kuala Lumpur juga tidak memberi manfaat kepada ekonomi dan perlu dihentikan, Keretapi yang dibina pada zaman British tersebut bolehlah diibaratkan tidak memberi kebaikan kepada ekonomi Tanah Melayu waktu itu, dan British membuat satu projek yang bodoh serta sia- sia, terlebih bodoh lagi KTM itu turut memberi peluang kepada rakyat di pedalaman sebagai pengangkutan awam. Pemikiran bagaimanakah Tun Dr Mahathir ini, tidak adakah di sudut benak fikirannya suatu projek untuk kemudahan rakyat, kemudahan yang kadangkala tidak terlalu melihat kepada keuntungan negara semata tetapi lihatlah kepada keperluan rakyat, pemimpin yang bertanggungjawab dan menjiwai kesusuhan rakyat akan rela berhabisan sumber negara, membuat pinjaman yang besar dari luar semata- mata untuk menyenang kehidupan dan membanggakan rakyat luar bandar, bukan seperti Perdana Menteri ke 4 yang setiap projeknya memikirkan keuntungan kepada negara dan kroni negara seperti lebuhraya yang hendak dibina mesti bertol, Projek mega negara mesti diusahakan melalui pihak ketiga, penswastaan terpilih GLC juga perlu berjaya biarpun sebenarnya menyusutkan perolehan. Apa gunanya menjadi rakyat negara kaya jika seumpama mendapat ayah yang kukuh ekonomi tetapi anak terbiar tidak cukup makan.

Kata Tiong Lai yang merupakan sebahagian daripada delegasi Malaysia, termasuk menteri-menteri Kabinet lain yang mengiringi Najib dalam lawatan empat hari ke China “Projek kereta api ini akan membawa kepada banyak pembangunan ekonomi ke Pantai Timur (semenanjung). Ia boleh mencungkil banyak potensi,” China juga telah berjanji untuk memindahkan teknologi kereta api ke Malaysia, dan ini akan membantu Malaysia dalam membangunkan sistem rel, satu cara yang memberikan manfaat kepada pengangkutan awam. “Akan ada banyak aktiviti ekonomi … Malah, kita kini menikmati hasil hubungan erat dua hala yang dibina oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak.” “Kita adalah sebuah negara yang kecil tetapi China memberikan kita banyak bantuan dan sokongan. Ini adalah baik untuk rakyat Malaysia. “Lawatan ini akan menyaksikan banyak ‘kali pertama’ antara Malaysia dan China. Kami akan menandatangani 16 MoU G2G dan lebih daripada 15 Mou perniagaan-ke-perniagaan.”

Keputusan pembatalan ECRL oleh Kerajaan Malaysia Baru digembar gemburkan dengan alasan antaranya

1. Kos Terlalu Tinggi

Pihak yang menyatakan kos terlalu tinggi adalah kerajaan baru PH bukannya kerajaan lama BN. Kalaupun benar kos terlalu tinggi mengapa kerajaan lama BN mampu untuk melaksanakanya dengan mendakwa kos keseluruhannya adalah RM55 billion. tetapi Kerajaan PH mendakwa kos adalah RM81 Billion, kerajaan mana yang terlalu mahal? Katakanlah kos pebinaan adalah seperti diumum oleh kerajaan baru tetapi mengapa perlu dibatalkan projek rakyat ini dan sanggup membayar pampasan RM20 Billion kepada China untuk benda yang sikit pun tidak ada hasil. Tetapi Tun Mahathir tidak teragak- agak telah mengistihar RM30Billion untuk Projek Bandar Baru di Parlimennya Langkawi, bolehkah dikatakan bahawa sudah RM50 billion bajet ECRL telah dirompak

2. Wang Dibayar Tanpa Mengambil kira kemajuan Projek

Ini satu lagi situasi yang pelik, Sudah dinyatakan dengan jelas bahawa projek akan selesai pada 2024, maka pembayaran secara harian, pembayaran ikut kemajuan projek atau berkala masih tetap dalam bajet asal RM55 Billion dan ia sudah dimaklumkan juga di Parlimen. Untuk bayaran, sebenarnya Kerajaan belum keluarkan belanja dan ia sebagaimana kebiasaan projek- projek yang dilaksanakan bersama pihak bank sebagaimana dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan pada waktu itu. “Setakat yang saya tahu, ini adalah tawaran terbesar tunggal yang Malaysia akan tandatangani dengan China,” kata Tiong Lai, yang telah bekerja keras untuk mendapatkan pelaburan dari China bagi pelabuhan, penerbangan dan kereta api sejak beliau mengambil alih portfolio pengangkutan pada Jun 2014. Dalam syarat-syarat pinjaman mudah yang akan diberikan oleh EXIM Bank China, Tiong Lai berkata kadarnya sangat kompetitif dan pembayaran balik adalah lebih 20 tahun. “Dan dalam tempoh tujuh tahun pertama Malaysia tidak perlu membayar apa-apa, faedah dan pembayaran balik”.

3. Bahan dan pekerja adalah dari China Rakyat Malaysia tidak mendapat manfaat

Matlamat asal pembinaan ECRL adalah untuk kemudahan perniagaan, perhubungan juga pengangkutan kepada rakyat setelah siap pembinaanya pada 2024, itulah tujuan utama, disebabkan itu ia perlu kepada jangka masa siap yang pantas untuk dinikmati dan bukannya tertumpu kepada fasa pembinaan. Sekiranya fasa pembinaan diambil kira juga, dakwaan tersebuat amat tidak benar sama sekali kerana laporan pada 5 April 2018 menyatakan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menyasarkan pengambilan 70% pekerja tempatan daripada jumlah tenaga kerja diperlukan manakala 30% lagi akan dipenuhi oleh tenaga kerja dari China dan negara Asia lain. Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mengambil sejumlah 1,718 orang bagi tenaga kerja pembinaan. “Daripada jumlah itu, bilangan tenaga kerja dari China hanya 311 orang atau 18% daripada keseluruhan tenaga kerja pembinaan ECRL pada masa ini,” MRL adalah pemilik projek ECRL, manakala China Communications Construction Company Ltd (CCCC) merupakan kontraktor utama projek tersebut. Jurucakap MRL berkata dianggarkan sebanyak 80,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung akan ditawarkan sepanjang tempoh pembinaan ECRL.

“Pihak kontraktor utama ECRL akan terus memberi keutamaan kepada penggunaan bahan-bahan binaan dari syarikat tempatan di Malaysia.” “Bagaimanapun, beberapa mesin dan peralatan khas seperti mesin pengorek terowong, perlu dibawa masuk dari China dan dikendalikan oleh pakar untuk melancarkan kerja pembinaan terowong di lokasi tertentu,” setakat Februari 2018, sebanyak 215 syarikat tempatan terlibat dalam pembinaan projek infra-rakyat ECRL, yang terdiri daripada 26 syarikat perunding, 99 syarikat pembekal dan 90 kontraktor tempatan. Dalam dakwaan ini kita mungkin jelas bahawa ECRL tidak membabitkan kroni atau pihak pihak yang berkepentingan dengan pemimpin dalam Kerajaan Malaysia Baru, sangat mudah untuk mentafsirkan alasan ini, yang pernah menjadi pemimpin atau penjawat tinggi akan cenderung membatalkan projek yang dia atau orang disisinya tidak mendapat hasil, yang jelasnya Tun Daim Zainuddin masih berkata ECRL boleh dilaksana oleh pihak swasta.

Perdana Menteri Tun Dr mahathir adalah sangat pakar dalam meraih kepercayaan rakyat tetapi beliau perlu ingat bahawa rakyat pantai Timur terutama Kelantan tidak pernah mampu dijinak olehnya.

Sumber : 1Media Online




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



2 ulasan:

  1. Barangkali kroninya tiada ruang dan peluang dlm projek ecrl. China tak ikut telunjuk beliau. Lalu dibakar perjanjian.

    BalasPadam