Header Ads

ads header

Flash News

Ekonomi Negara Terus Merudum Di Bawah PH


Bank Negara Malaysia (BNM) menyuntik sebanyak RM66 billion semenjak dua bulan lalu bagi menyelamatkan Ringgit Malaysia agar tidak terus merosot menjadi RM4.50 berbanding USD 1.

Demikian ditegaskan oleh Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Ini bermakna kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memperjudikan wang rakyat di pasaran matawang antarabangsa di mana BNM menjadi salah satu pedagangnya.

Kenyataan Shamsiah tersebut mengingatkan saya pada kenyataan mantan Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz bahawa BNM juga mengalami kerugian sebanyak RM35.009 billion sepanjang 1988-1994.

Kedua-dua kerugian terbesar dalam sejarah kewangan negara tersebut berlaku di era pentadbiran Perdana Menteri Malaysia Keempat dan Ketujuh, Dr. Mahathir Mohamed. 

 Suntikan sebanyak RM66 billion bagi menyelamatkan Ringgit Malaysia jauh lebih besar dari sebelumnya, malah ringgit terus merudum dan tidak mendapat kepercayaan masyarakat perdagangan antarabangsa SEMENJAK KERAJAAN PAKATAN HARAPAN MENTADBIR MALAYSIA.

Apakah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak tahu mengurus ekonomi dan kewangan negara?

Apakah peranan dan tanggungjawab yang telah dimainkan oleh jemaah kabinet dalam perkara ini?

Apakah RAKYAT MALAYSIA harus terus berpeluk tubuh dan menanti sehingga lima tahun lagi untuk menukar kerajaan?


MR : Pakatan Harapan nampak cantik tapi berulat, apataknya PKR dulu UMNO, BERSATU sah memang UMNO, DAP kita tahu dah lama Cina yang tak bersyukur dan AMANAH semua juga tahu pengkhianat perjuangan Islam. Serah negara kepada PH maknanya serah kepada penyangat juga lah....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



6 ulasan:

  1. admin..tolong sIkit...Umno tu nama pertubuhan...yng memimpin Umno tu..yng patut admin salahkan..cuba jer ckp waktu Mahathir perintah..kan mudah..waktu Ds Najib perintah..ada kah Bank Negara terpaksa menyuntik duit utk mnstabilkan ringgit... tak kan..so admin bila admin kata umno mcm tu semua salah DS Najib sedangkan zaman mahathir jer..Bank Negara rugi berbillion dgn kes forex now dah berulang lagi..so PMnya sapa masih mahathir so salah Umno ke salah Pm... admin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. From now on ikut cakap dia ni. Memang jangan salahkan UMNO salahkan yang memimpin UMNO.

      Padam
    2. BNM yang sentiasa menjaga nilai Ringgit di zaman Najib. Mengikut fakta dan angka, dalam 2013 reserve berjumlah US$134.9 billion berbanding tahun 2015 dimana reserve hanya berjumlah US$95.3 billion iaitu sebanyak US$39.6 billion mungkin digunakan untuk mempertahankan nilai Ringgit. Untuk rekod, pada 15 Nov 2018 sekarang reserve berjumlah US$102.1 billion. (Nilai ringgit tahun 2013 dalam RM3.1 = US$1, dan tahun 2015 dalam RM4.4 = US$1, berbanding sekarang Nov 2018 RM4.2 = US$1)
      Anda boleh cari maklumat jika anda rasa saya salah.
      Tengok nie dari zaman Najib.
      https://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/12/08/reserves-surprise/

      Padam
  2. Totok PH mempertahankan isu perjudian Forex di era PM4 hingga BNM rugi 30 bilion sebagai kerugian pelaburan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelaburan rugi kerna tiada perancangan yang baik, tiada kepakaran/pengalaman dan ada penyelewengan.

      Bila penjawat tak ikut bidang tugas yang ditetapkan ia satu penyelewengan/pecah amanah.

      Bersabit kes Forex ia sama kes 1mdb, penjawat diberikan kuasa berlebihan. Kaboom.

      Bezanya ialah dalam kes Forex kambing hitam yang kena, MOI lepas tangan dan kini diberikan diberikan semula lencana MOI.

      Dalam kes 1mdb, MOI tak dapat lepas tangan. Lencana MOI ditarik.

      Bukan sedikit ahlul2 hope-hope yang competent, anehnya ahlul yang terbukti tak kompeten juga yang naik ke puncak.

      Makanya dalam mulut buaya lah setelah termengah lelah lari dari mulut tiger.

      Padam
    2. Kerugian Rm 35 billion tersebut adalah hasil dari aktiviti spekulasi semata mata dan bukan utk melindungi kejatuhan Rm.

      Padam