Header Ads

ads header

Flash News

Equanimity menjadi bangkai biawak kerana kebodohan Mahathir & PH


Dulu semasa isu tuduhan liwat kepada Anwar Ibrahim, tilam menjadi bahan bukti untuk dijaja bagi menunjukkan kesungguhan atau benarnya apa yang diperkatakan. Kini untuk Najib, kapal mewah Equanimity pula dipertontonkan untuk menunjukkan Najib telah menjahanamkan harta rakyat.

Sedar tak sedar, rakyat pula menjadi mangsa untuk membiayai kos Equanimity yang tak sepatutnya rakyat terbeban dengan mainan POLITIK BODOH DAN KOTOR PAKATAN HARAPAN. Anda boleh baca tulisan Timmy Say dalam isu ini di bawah..

.....

Kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kos penyelengaraan kapal Equanimity mencecah RM 2 juta sebulan dan oleh sebab itu kerajaan bercadang menjualnya secepat mungkin.

Tambah beliau lagi, kapal mewah itu perlu dijaga dengan baik dan tidak dibuka kepada umum supaya ia dapat dijual kepada pembeli yang berminat.

Kapal Equanimity yang didakwa milik Jho Low yang dibeli dengan menggunakan duit 1MDB diserahkan kepada Malaysia oleh pihak Indonesia pada 7 Ogos lalu setelah kapal itu disita oleh pihak polis negara jiran itu pada 26 Februari 2018 atas permohonan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Ini bermakna sudah 5 bulan kapal itu berada di bawah jagaan kerajaan Indonesia sebelum diserahkan kepada kerajaan Malaysia. Tidak diketahui siapakah yang membiayai kos penyelengaraan Equanimity selama 5 bulan yang lepas sejak ia disita oleh kerajaan Indonesia.

Terdapat juga ura-ura yang menyatakan kerajaan Indonesia tidak sanggup membelanjakan duit untuk menyelenggara Equanimity lalu diserahkan kapal mewah ini kepada Malaysia untuk dijaga. Namun perkara ini tidak dapat disahkan.

Apapun kini Equanimity sudah berada di tangan Malaysia dan sudah menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia untuk menjaganya dengan perbelanjaan RM2 juta sebulan.

Persoalannya apakah Equanimity dapat dijual dengan mudah?

Pada bulan April lalu, hakim Mahkamah Daerah Jakarta Selatan mendapati kapal layar berkenaan merupakan milik sah Equanimity (Cayman) Ltd dan memerintahkan supaya kapal terbabit dikembalikan kepada pemohon (Equanimity Cayman) selaku pemiliknya.

Tiga bulan kemudian, polis Indonesia sekali lagi merampas Equanimity pada bulan Julai yang lalu juga atas permohonan DOJ sebelum diserahkan pada Malaysia pada 7 Ogos yang lalu.

Persoalannya, bolehkah kerajaan Malaysia menjual Equanimity sebelum proses mahkamah menentukan siapa pemilik sebenar Equanimity selesai?

Jika Equanimity (Cayman) Ltd terus menfailkan tuntutan balas terhadap hasil jualan Equanimity, berapa lamakah proses ini akan berlangsung dan siapakah yang akan membiayai kos penyelenggaraan kapal mewah itu yang kini berada di Pulau Indah sepanjang waktu tuntutan ini? Apakah duit rakyat akan digunakan untuk membiayai kos tersebut?

Persoalan lebih besar ialah dengan latar belakang proses undang-undang yang sebegitu rumit, dan nama Equanimity yang sudah diburukkan seluruh pelosok dunia bersama skandal 1MDB, maka siapakah yang sanggup memiliki kapal mewah yang terlalu sensasi beritanya itu meskipun ia ditawarkan pada harga yang sangat murah?

Ini kerana pembeli kapal mewah juga bakal berhadapan dengan kes tuntutan terhadap kapal ini oleh Equanimity (Cayman) Ltd yang mungkin panjang proses undang-undangnya.

Lebih teruk, peribadi pembeli dan sumber duit yang digunakan untuk membeli kapal mewah ini juga terdedah kepada perhatian media yang tidak perlu.

Diharap Equanimity tidak menjadi bangkai biawak yang perlu dipikul rakyat Malaysia buat satu tempoh yang panjang hanya kerana ada pihak yang ingin terus meraih mata politik terhadap BN dan Datuk Seri Najib Razak secara berpanjangan bagi menutup kegagalan menunaikan janji-janji pilihanraya.

TIMMY SAY


MR : Agaknya 100 hari nanti rakyat masih sedar atau tidak bahawa mereka sudah basah dan hancing dengan kencingan Pakatan Harapan?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



5 ulasan:

  1. Ini bukan dukung bewak mati, kos penjagaan bewak mati tersangat-sangatlah murah, maka itu lebih tepat dikatakan yang penjagaan Equaminity adalah seumpama kos dukung bewak hidup: kos penjagaan sedikit tinggi. Cumanya cakaran bewak hidup tidaklah mengakibatkan kompkikasi sepertimana rumitnya komplikasi litigasi Equanimity.

    Perbandingan setara kos penjagaan Equaminity per bulan yang melangit tinggi, yang lebih dari cukup untuk membiayai 300 gelandangan setiap hari berterusan selama sebulan adalah kos dukung bewak komodor atau atau lebih sinis ialah king kong.

    Bukan saja kos mendukung bewak komodor iaitu cicak paling besar dan king kong iaitu mamalia screen paling besar adalah paling mahal bahkan gigitan bewak komodor atau cengkaman king kong pasti mengakibatkan komplikasi dan berakhir dengan fataliti.

    BalasPadam
  2. Pedra Branca yang tak bergerak pun tak larat nak reposes, inikan pulak kapal mewah yang bergerak dilautan. Elok2 kapal mewah ini di kaitkan dengan kleptopirate, persepsi baru pulak muncul: pirate of the Selat melanun harta kleptopirate. Lalu ia bakal jadi tajuk filem terbaru Jholowood diprodusikan oleh The Batu Granite Putih. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni mgkn drama episod terakhir.. Lps tu tamat.. Masuk la drama pru15 plk..

      Padam
  3. Kerajaan pakaturn badut memang suka berdrama,ingat rakyat bodoh sangat ka? Mahkamah mana yg sah kan kapal mewah ni di beli dgn duit 1mdb?mahkamah mana yg sah kan kapal ni milik jho lo? Mahkamah mana yg benarkan kapal ni di jual? Kalau betul ada kes,kapal ni dh jadi barang bukti...sejak bila barang bukti boleh di jual sebelum kes di bicarakan? Kami rakyat majoriti di malaysia tak bodoh dan bengap macam penyokong pakaturn badut,jadi jangan letakkan kami sama taraf dgn penyokong pakaturn badut.ini satu penghinaan!!

    BalasPadam
  4. Rakyat sentiasa mahukan wang yang dicuri/disalahguna/diseleweng dikembalikan sejak dari dulu lagi.

    Barry Waine dalam bukunya mendedahkan 100 bilion wang rakyat hilang dari era 1980-2000, bukan sekali harung tapi berulang kali.

    Ini bermakna rakyat sejak sedari dulu berusaha mendapatkan semula wang mereka namun ianya tidak semudah yang disangka.

    Yang mudah sebenarnya ialah bila cempedak hendak menjadi nangka.

    BalasPadam