Header Ads

ads header

Flash News

Ezam pertikai pelantikan Bakke sebagai pengerusi MPOB


Pengerusi NGO Hisbah Centre For Reform (Hisbah), Datuk Ezam Mohd Nor mempertikai pelantikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh sebagai pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang baru.

Ini kerana menurutnya, Bakke merupakan salah seorang ahli lembaga 1MDB suatu ketika dahulu dan namanya turut dinyatakan beberapa kali dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung skandal syarikat berkenaan.

"Mengekalkan kedudukan beliau sedia ada dalam GLC sementara siasatan menyeluruh terhadap 1MDB dituntaskan boleh diterima tetapi membuat pelantikan baru dalam sebuah agensi kerajaan adalah salah dan tidak boleh diterima sama sekali," kata Ezam dalam satu kenyataan.

Ezam berkata pada April 2017, beliau memfailkan saman sivil terhadap perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak dan kesemua ahli lembaga pengarah 1MDB termasuk Bakke sendiri.

Kes itu katanya masih berjalan di Mahkamah Rayuan.


"Saya menuntut penjelasan daripada menteri yang berkuasa dan terlibat dalam pelantikan ini.

"Komitmen kerajaan baru untuk melakukan koreksi terhadap kesalahan lalu khususnya 1MDB mesti menyeluruh dan tidak hanya membabitkan Najib dan beberapa kuncu tegarnya sahaja.

"Adalah bodoh dan tidak masuk akal sekiranya kita boleh mengandaikan puluhan billion wang negara yang dicuri hanya membabitkan 2-3 kerat penyamun sahaja," tegasnya.

Semalam MPOB mengumumkan Mohd Bakke dilantik sebagai pengerusi baru lembaga berkenaan untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 31 Julai 2018.

MPOB menjelaskan Mohd Bakke yang kini berkhidmat sebagai timbalan pengerusi eksekutif dan pengarah urusan Sime Darby Plantations Bhd, dilantik berdasarkan mempunyai pengalaman luas dalam industri minyak sawit.

Pelantikan itu juga kata MPOB berdasarkan pembabitannya dalam beberapa syarikat perladangan termasuk presiden dan ketua eksekutif kumpulan Sime Darby.

Sementara itu Ezam berkata Hisbah juga meneliti "kelakuan" beberapa pemimpin kerajaan baru yang "memberi muka" malah memberikan layanan VIP kepada mereka yang jelas terlibat dalam skandal 1MDB.

Ini katanya, termasuk adik kepada Najib yang terpalit dengan skandal berkenaan secara langsung tetapi masih mendapat "layanan istimewa".



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



3 ulasan:

  1. Nampak sangat ada perbezan dari sudut pandang NGO dan politikus sebenar. NGO boleh berubah platform tapi sudut pandang kekal sama.

    Contohnya kalau NGO pandang dari sudut yang negatif maka ia akan kekal dengan pandangan itu meskipun sasaran yang dipandang telah berubah dari negatif jadi positif.

    Sedangkan politikus boleh mengubah sudut pandang berdasarkan keadaan dan kepentingan. Waima air mata buaya mampu mengubah nilai negatif menjadi positif, mantan jadi mantul.

    BalasPadam
  2. Gajah dalam bangalo tanpa swimming pool buat2 tak nampak, kulat kat flat PPRT dipinggir bandar pulak yang dikisahkan. Awatlah mamat ni.

    BalasPadam
  3. Mana dia kotak ?
    Dahulu nak tubuh parti tapi tak jadi.


    BalasPadam