Header Ads

ads header

Flash News

Ibrah al-Kahfi: Jadilah umat yang digeruni


KETIKA Ashabul Kahfi ditidurkan oleh Allah selama 300 tahun, mereka dikurniakan kehebatan yang menyebabkan sesiapa pun akan merasa jika terserempak dengan mereka:

وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌ ۚ وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَذَاتَ الشِّمَالِ ۖ وَكَلْبُهُم بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ ۚ لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا

"Dan kamu mengira mereka itu bangun sedangkan mereka sedang nyenyak tidur. Dan kami membolak-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri. Sementara anjing mereka menghulurkan kedua kakinya di depan pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu berpaling melarikan diri daripada mereka. Dan tentulah hati kami diselubungi ketakutan terhadap mereka"

(al-Kahfi 18)

Kurniaan kepada penegak kebenaran

Imam Ibnu Kathir mengulas, Allah mencampakkan aura kehebatan yang dahsyat kepada Ashabul Kahfi menyebabkan mereka terpelihara dan tidak boleh disentuh oleh musuh.

Kita sedia maklum bahawa Ashabul Kahfi tidak mempunyai kekuatan fizikal mahupun material. Dalam keadaan serba lemah, mereka tegar mempertahankan iman. Sikap Ashabul Kahfi yang cukup menghargai iman, menyebabkan Allah mengurniakan kehebatan kepada mereka walaupun dalam keadaan sedang nyenyak tidur.

Dengan kaki anjing yang terhulur di luar pintu gua, Ashabul Kahfi dilihat sentiasa bersiap menghalau sesiapa sahaja yang mahu mengganggu mereka.

Aura Nabi dan umatnya

Nabi S.A.W dikurniakan kehebatan yang dahsyat, sehingga musuh-musuh Islam cukup gerun dengan Baginda walaupun dari jarak yang jauh. Baginda memperakui kurniaan Allah kepada dirinya:

نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيرَةَ شَهْر

"Aku dibantu oleh Allah dengan rasa gerun (musuh terhadapku) sebulan perjalanan"

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah telah menjelaskan bahawa pertempuran antara iman dan kufur akan membuahkan rasa gerun musuh terhadap golongan yang beriman:

سَنُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ بِمَا أَشْرَكُوا بِاللهِ

"Kami akan campakkan kepada hati-hati golongan yang kufur dengan rasa gerun kerana mereka mensyirikkan Allah"

(ali-'Imran: 151)

Umat yang ditertawakan

Nabi S.A.W turut mengingatkan bahawa umat Islam yang asalnya sangat digeruni oleh musuh, bakal dipermainkan dan menjadi korban ratahan musuh:

يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا، فَقَالَ قَائِلٌ: وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟ قَالَ: بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمُ الْوَهْنَ، فَقَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ؟ قَالَ: حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ

"Akan berlaku kamu dikerumun oleh kelompok-kelompok manusia seperti makanan dikerumuni di bekasnya. Maka ada yang bertanya: Dan adakah ketika itu kami sedikit? Nabi menjawab: Bahkan kamu ketika itu ramai tetapi kamu ibarat buih di lautan. Dan ketika itu Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu. Allah menimpakan ke atas hati kamu semua penyakit Wahn. Maka ada yang bertanya: Apakah itu Wahn? Nabi menjawab: Cintakan dunia takutkan mati"

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Dari Hadis ini, Nabi telah mengingatkan senario umat Islam yang hilang jati diri lalu menjadi mainan musuh. Itu semua merupakan akibat dari:

●     Tidak serius berpegang dengan Islam.

●     Cintakan dunia, takutkan mati syahid. Tamak, pentingkan diri sendiri dan penakut menguasai jiwa.

●     Dari penyakit itu, umat Islam sanggup memperdagangkan prinsip lalu mudah dibeli oleh musuh.

Utamakan maruah iman

Pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah Ashabul Kahfi, mereka sanggup kehilangan segalanya asalkan maruah iman mereka terpelihara. Dari perspektif material keduniaan, mereka kelihatan seperti 'loser'.

Namun hakikatnya Allah mentabalkan merekalah perwira kebenaran. Dunia gerun dengan mereka sungguhpun ketika mereka tidur. Persoalannya, sanggupkah kita bersusah di dunia dan hilang segala kepentingan semata-mata kerana prinsip iman? Selagi Islam tidak diletakkan sebagai keutamaan hakiki, ramai bagaimana sekalipun dan gegak gempita slogan yang dilaungkan, tidak akan boleh menakutkan musuh. Mereka tahu, umat Islam boleh dibeli berdasarkan 'tag' harga masing-masing.

ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang


MR : Pemuda yang menyelamatkan agama sanggup buat apa sahaja demi perjuangan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



2 ulasan:

  1. Anjing kalau diberi makan adalah haiwan yang berupaya menjaga aspek keselamatan. Itulah antara kebaikan anjing pada manusia.

    Kalau bertembung anjing yang merayau2 dan anjing itu menyerang itu adalah kemungkinannya anjing liar atau anjing berpenyakit.

    Anjing kategori ini tidak diberi makan oleh manusia. Ia berdikari. Justeru ia tidak membeza2kan manusia semua akan di salaknya.

    Kalau ternampak anjing meleperkan kepala atas tanah dan kedua kakinya dihulur ke depan dan ia berada di depan sebuah rumah, ia bukan tidur sebaliknya menjaga keselamatan rumah tersebut.

    Anjing yang diberi makan dan di berikan kepercayaan untuk jaga keselamatan tuan dan jiran yang berdekatan adalah anjing yang tahu membezakan antara penghuni dan penceroboh.

    Anjing yang diberi makan ini jinak terhadap tuan dan jiran2 tuannya tetapi teramat garang terhadap penceroboh.

    Kalau ada yang jadikan anjing sebagai penghuni rumah atau rakan sebilik, bolehlah dianggap itu bukan hubungan dan fungsi natural manusia-anjing.

    BalasPadam
  2. Kini membalik-balikan badan dalam posisi tidur yang lama sudah menjadi satu SOP wajib dalam penjagaan pesakit kronik yang terlantar sepenuhnya sama ada di rumah atau di hospital.

    BalasPadam