Header Ads

ads header

Flash News

Isu Transgender: Apakah Rasulullah Tidak Rahmah?


1. Dalam memberi ruang kepada kumpulan transgender, Menteri Agama menjelaskan bahawa prinsip asas dalam berhubung dengan manusia adalah rahmatan lil alamin. Iaitu kita bersikap rahmah kepada semua.

2. Dalam isu ini, ada beberapa situasi yang saya lihat Rasulullah sangat bertegas bagi mengelakkan kemungkaran dan kerosakan berleluasa.

3. Ada situasi yang Rasulullah arahkan supaya lelaki yang menyerupai wanita ini diasingkan supaya penyakit ini boleh dirawat (HR Abu Daud). Apakah tindakan Rasulullah ini tidak rahmatan lil alamin?

4. Ada situasi yang Rasulullah minta supaya mereka yang menyerupai wanita ini dikeluarkan dari rumah (HR al-Bukhari). Ini bagi mengelakkan pengaruh negative berada di dalam rumah Muslim. Ketika arahan ini berlaku apakah Rasulullah tidak rahmatan lil alamin?

5. Ada situasi Rasulullah melaknat kumpulan pengamal LGBT ini sebanyak 3 kali. Sehingga Ibn al-Qayyim menyatakan bahawa Rasulullah tidak pernah melaknat pelaku dosa besar sebanyak 3 kali sebegini seperti yang dilakukan kepada pengamal LGBT. Ketika laknat ini diucapkan, apakah Rasulullah tidak rahmatan lil alamin?

6. Saya fikir, adakalanya kita harus nyatakan pendirian tegas kita dalam membanteras kemungkaran. Kita tidak mahu anak muda kita faham bahawa perbuatan menyerupai wanita ini adalah amalan yang diterima dalam Islam.

7. Selama ini setahu saya tiada atau tidak banyak pun angka ahli golongan ini didiskriminasi sehingga tidak dapat ke sekolah atau tidak dapat ke hospital. Mereka bebas belajar, mendapat rawatan malah menjadi jutawan sekiranya mereka berusaha.

8. Untuk pengetahun anda, Nisha Ayub ini adalah aktivis yang memperjuangkan hak transgender. Pada tahun 2015, beliau telah menerima anugerah dari Asia LGBT Milestone Awards (ALMA) sebagai Hero of the Year. Dan pada tahun 2016, beliau telah menerima anugerah dari kerajaan Amerika Syarikat atas nama International Women of Courage Award, dikatakan sebagai transgender pertama yang menerima award ini secara terbuka. Jelas Nisha adalah pejuang hak LGBT. Apakah kita menerimanya atas nama rahmatan lil alamin?

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Rujukan:

1. https://asiancorrespondent.com/2016/03/nisha-ayub-women-of-courage-award/#vbE7piV4IxVchdKk.97
2. https://www.hrw.org/news/2015/08/10/nisha-ayub-malaysia
3. https://en.wikipedia.org/wiki/Nisha_Ayub


MR : Kadang kala ada alim ulama dalam PH yang rujuk undi lebih daripada rujuk kitab....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



5 ulasan:

  1. Kalau ada perlanggaran hak asasi, SUHAKAM sedia menanti. No hal.

    Kalau mahukan hak baru individu walhal hak itu tidak diberikan sebelum ini, ia layak dipertimbangkan sekiranya:

    1. Tidak mencabar rahmat

    2. Meningkatkan kerahmatan

    Ia tidak layak dipertimbangkan kalau hak baru yang dipohon tidak menghargai keujudan rahmat atau mengundang penarikan balik rahmat.

    BalasPadam
  2. JANGAN BIARKAN PUAK MUNAFIK LIBERAL MENYESATKAN UMAT ISLAM

    Kesesatan puak munafik liberal menjadi semakin jelas apabila mereka menyalah-gunakan istilah-istilah dalam Islam seperti mendakwa konon Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin bersikap bertolak ansur (bertoleransi) terhadap segala bentuk kemungkaran dan kesesatan sedangkan kita semua mengetahui di antara tujuan Islam diturunkan kepada manusia adalah untuk menghapuskan semua bentuk kemungkaran dan kesesatan.

    Bahkan puak munafik liberal tersebut memutar-belitkan ajaran Islam untuk menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal untuk kerana puak munafik ini mahu mendapatkan undi dan keredhaan dari puak kafir bukan keredhaan Allah.

    Allah telah menjelaskan bahawa puak kafir tidak pernah redha terhadap agama Islam dan umat Islam:

    "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu." (Al-Baqarah 2:120)

    Pernyataan bahwa Islam adalah agama rahmatan lil ‘alamin sebenarnya adalah kesimpulan dari firman Allah Ta’ala:

    وَما أَرْسَلْناكَ إِلاَّ رَحْمَةً لِلْعالَمِينَ

    “Kami tidak mengutus engkau, Wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh manusia” (QS. Al Anbiya: 107)

    (1) Penafsiran Ibnu Qayyim Al Jauziyyah dalam Tafsir Ibnul Qayyim:

    (i) Pertama: Alam semesta secara umum mendapat manfaat dengan diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam.

    Orang yang mengikuti beliau, dapat meraih kemuliaan di dunia dan akhirat sekaligus.

    Kedua: Islam adalah rahmat bagi setiap manusia, namun orang yang beriman menerima rahmat ini dan mendapatkan manfaat di dunia dan di akhirat. Sedangkan orang kafir menolak Islam @ rahmat.

    (2) Ibnu Zaid berkata:

    أراد بالعالمين المؤمنين خاص

    “Yang dimaksud ‘seluruh manusia’ dalam ayat ini adalah hanya orang-orang yang beriman”

    Kita juga mesti ingat bahawa Islam tidak pernah bertolak ansur dengan segala bentuk kemungkaran dan kesesatan. Bahkan Islam berusaha menghapuskan semua bentuk kemungkaran dan kesesatan. Ini dibuktikan oleh prinsip asas Islam iaitu Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.

    Allah telah berfirman yang bermaksud:

    "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah 9:71)

    Ini jelas membuktikan puak munafik liberal adalah pendusta yang berusaha menyesatkan umat Islam dengan menyalah-gunakan isitilah-istilah Islam seperti rahmatan lil alamin dan memutar belitkan ajaran Islam. Dan sekarang puak munafik liberal telah mendedahkan kejahatan, kezaliman dan pengkhianatan mereka terhadap Islam dan umat Islam dengan berkerjasama dan bersekongkol dengan puak kafir harbi seperti parti ultra kiasu biaDAP menentang, menfitnah, memburuk-burukkan dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam di negara Islam.

    BalasPadam
  3. Ayyooyo macha,jgn bising la.ini lbgt pakaturn harporn punya fixed deposit undi la.jgn jauhkan dari pakaturn harporn la....nanti itu mujahid hanipa marina siti kassim ada marah la macha. Itu worang lagi takut lgbt marah dari tuhan punya marah la.itu amerika israel zionis soros sudah kasi wang la,kasi tunduk patuh la hak2 kemanusiaan ciptaan manusia.

    BalasPadam
  4. ITU MENTERI INGAT DIA SUDAH PANDAI, MNA MUFTI SUNYI SEPI, MNA PENASEHAT AGAMA, X SEHATKE.. .
    INILAH ISLAM LIBERAL MKN DEDAK IRI.... MCM DULU GAK.. ISLAM HADHARI...TINGGAL KRETA NAIK LORI AYAM... .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebilangan mofti dan tuan punahsihat sibuk makan gula-gula. Mereka takut jika mereka buka mulut, gula-gula jatuh ke tanah maka rugilah mofti dan punahsihat kerana gula-gula berharga 50 sen.

      Kita menghormati mufti Kelantan, Pahang, WP dan Perak kerana mereka berani menentang kemungkaran dan kesesatan.

      Padam