Header Ads

ads header

Flash News

Jangan pertikai kerjasama MCA, PAS


KAJANG: MCA akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang merestui mereka bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Sehubungan itu, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mempertikai dan memperlekehkan kerjasama parti itu dengan PAS.

Katanya, PAS merestui MCA bertanding di Balakong begitu juga UMNO dan GERAKAN.

“Justeru, MCA akan terus bekerjasama dengan parti pembangkang lain yang bersetuju dan merestui kita.

“Kalau orang sokong kita, pasti dialu-alukan (sokongan) mereka. Perjuangan kita jelas, tidak sama macam DAP yang selalu lupa sejarah, kutuk kerjasama kita dengan PAS sedangkan mereka pernah bekerjasama membentuk kerajaan negeri di Selangor,” katanya ketika berceramah membantu kempen calon MCA, Tan Chee Teong di Taman Megah di sini, malam ini.

Ka Siong turut menegur pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang bertindak seperti pembangkang dalam ceramah PRK.

Katanya, beliau melihat kebanyakan pemimpin PH mengorek kes membabitkan BN bukannya menumpukan kepada usaha menunaikan janji Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Sebagai kerajaan sepatutnya tidak perlu lagi buat kerja mengorek kesilapan orang... buatlah kerja,” katanya.

Beliau juga menegaskan MCA sebuah parti yang mengakui kesilapan dan menerima kekalahan pada PRU-14 dan bersedia membuat perubahan dan transformasi.

“Kita mahu menjadi pembangkang yang baik supaya menjadi kumpulan yang boleh semak dan imbang kerajaan.

“Semalam pemimpin DAP, Lim Kit Siang minta MCA tidak perlu jadi kumpulan semak dan imbang sedangkan beberapa minggu lalu dia yang kata kerajaan perlukan teguran dan pemantauan daripada penyokong kerajaan, pembangkang, media dan masyarakat umum.

“Inilah sikap pembangkang selalu lupa, buta sejarah dan cakap tidak serupa bikin, ” katanya.

MR : MIC dah jumpa Presiden PAS, MCA maybe akan jumpa Presiden PAS selepas PRK untuk elak menjadi isu....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



3 ulasan:

  1. Saya menyokong cara PAS agar bebas belenggu persepsi parti racists. Tonjolkan parti Islam sbg mesra-alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.. Semoga dipermudahkan oleh Allah S.W.T... Aamiin .

      Padam
  2. Pakatan munafik liberal-kafir harbi mula panik dan menjerit histeria kerana parti Islam PAS mempunyai persefahaman dengan UMNO, MCA dan MIC untuk menggulingkan pakatan yang sedang menghina dan mengancam Islam dan menafikan umat Islam.

    Pakatan munafik liberal-kafir harbi sedang panik dan menjerit histeria kerana pakatan terpaksa menghadapi satu lawan satu dalam PRK, PRN dan PRU yang akan datang sedangkan semasa PRU14 pakatan menang kerana pakatan berjaya menipu rakyat dengan pelbagai janji bulan dan bintang palsu dan fitnah sehinggakan menyebabkan umat Islam berpecah belah dan menjadi lemah.

    Rakyat sudah mula sedar selama ini mereka telah di'kencing hancing' oleh pakatan maka pakatan akan lingkup dalam PRU15 ! Ini kalilah !

    BalasPadam