Header Ads

ads header

Flash News

Kerjasama lebih erat Umno-PAS di Seri Setia, amaran buat PH, kata penganalisis


PETALING JAYA: Umno mungkin telah membalas budi PAS apabila ia mengumumkan akan memberi laluan kepada parti Islam itu untuk pilihan raya kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia kelak, tetapi 2 parti pembangkang terbesar itu masih jauh daripada membentuk sebuah kerjasama rasmi, kata seorang penganalisis.

Bagaimanapun Dr Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya bersetuju bahawa dengan tidak bersaing antara satu sama lain dalam PRK Sungai Kandis hari ini, kedua-dua parti menunjukkan tanda awal ke arah kerjasama.

“Ini tidak bermakna mereka akan membentuk sebuah gabungan seperti parti komponen dalam Pakatan Harapan,” katanya dan menambah kerjasama itu kelihatan lebih bersifat bermusim dan berasaskan isu seperti perbahasan berkaitan kepentingan orang Melayu dan Islam di Dewan Rakyat.

Semalam, Umno mengumumkan tidak bertanding dalam PRK DUN Sungai Setia yang bakal diadakan berikutan kematian wakilnya dari PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan itu diambil bagi membalas keputusan PAS tidak bertanding dalam PRK DUN Sg Kandis.

PAS sebelum ini menyebut parti itu tidak mahu memecahkan undi pembangkang, dan memberi isyarat kepada penyokongnya bahawa mengundi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam akan mewujudkan semak dan imbang di dalam DUN Selangor yang dikuasai parti komponen PH.

Awang Azman berkata, PH bakal berhadapan cabaran lebih besar daripada serangan bersama Umno dan PAS.

Beliau mengingatkan bahawa kedua-dua parti itu menerima kira-kira 70% undi orang Melayu dalam pilihan raya umum 9 Mei lepas berdasarkan angka bancian Merdeka Center.

“Selain itu, pengundi Melayu kelihatan lebih ‘bersatu’ dalam isu agama, bahasa dan kaum yang semakin dipolitikkan kini, yang menurut Umno dan PAS, tidak diendahkan oleh PH,” katanya.

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, sekiranya BN dan PAS dapat memastikan berlakunya situasi satu lawan satu dengan PH dalam pilihan raya pada masa depan, maka pakatan pemerintah itu bakal berhadapan masalah besar.

“Kerjasama sedemikian akan memaksa PH membuat lebih banyak konsesi kepada masyarakat Melayu-Muslim kerana kedua-dua Umno dan PAS akan membawa agenda Melayu-Muslim serta bersatu suara mengkritik PH.

Namun Kamarul juga percaya adalah terlalu awal untuk menjangka sama ada BN dan PAS akan membentuk sebuah gabungan rasmi.

Katanya, pada ketika ini hanya pemimpin Umno kelihatan lebih berminat bekerjasama dengan PAS.

Beliau berkata, sokongan PAS kepada calon Umno dalam PRK Sg Kandis disebabkan kebencian bersama mereka terhadap PH, dan tambahnya, faktor itu tidak boleh menjadi asas kukuh bagi sebuah kerjasama politik.

“Ramai ahli PAS tidak akan bersetuju untuk bekerjasama dengan Umno, terutamanya ketika bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak masih aktif,” katanya, dan menambah Umno di bawah Najib ditolak di Kelantan, Terengganu dan sebahagian Kedah – 3 negeri yang menyaksikan PAS mendapat sokongan bertambah dalam pilihan raya lepas.

Kamarul berkata, sekiranya Najib tidak lagi berada dalam Umno, ia boleh membuka jalan kepada kerjasama rasmi antara 2 parti utama orang Melayu itu.


MR : Pimpinan PAS dan UMNO nampak macam tak serius dalam gabungan ini tapi ahli serta rakyat sangat bersemangat untuk melihat 2 parti Melayu besar ini bersama kerana sydah jelik dan benci kepada PH....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :


11 ulasan:

  1. Semoga kerjasama antara parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dan UMNO boleh melingkupkan pakatan liberal-kafir harbi yang sangat jelas bersikap anti-Islam dan anti-umat Islam dan menumbangkan KERAjaan pakatan pimpinan abang besar kafir harbi DA-Pig yang mengutamakan hak kaum minoriti kafir dan menafikan hak umat Islam termasuk kaum Melayu Islam yang menjadi rakyat majoriti.

    Pakatan wajib dikalahkan dalam setiap PRK, PRN dan PRU supaya pakatan tidak boleh menindas agama Islam dan umat Islam dan menipu rakyat dengan pelbagai alasan, dolak dalih dan u-turn bodoh berlapis-lapis untuk membodohkan rakyat.

    Wahai umat Islam marilah kita semua berkerjasama untuk menggulingkan pakatan dalam setiap PRK, PRN dan PRU supaya Islam dan umat Islam boleh terus wujud di negara ini.

    BalasPadam
  2. Moga gerakan gabungan melayu islam bersatu demi agama islam. Puak ph semakin takut dan terbukti atas serangan2 berterusan pada pas dan tuan guru haji abdul hadi awang siang dan malam.

    BalasPadam
  3. Harap berlaku kejutan di sg.kandis insyaallah.. kalau tak dapat kalahkan PH sekalipun jika dapat minimumkan majoriti hingga bawah 3 ribu pun sudah cukup baik bagi kita.. kempen bn masih belum betul2 optimum di sana jadi tak mengharapkan suatu yang menggunung kecuali dengan kuasa Allah s.w.t.

    BalasPadam
  4. Tak perlu gabungan. Tapi perlu kerjasama.
    Kerjasama sesama Islam adalah bukan perintah manusia tetapi perintah Allah. Ia ada dalam Al Quran.

    Lihatlah MCA dan DAP. Mereka tidak bergabung tetapi sentiasa bekerjasama di belakang tabir.

    Berapa ramai penyokong MCA yang menyokong DAP kali ini sehinggakan MCA terus hilang pengaruh dan hanya menang 1 kawasan ?

    Satu hal lagi : Saudara Kamarul Zaman Yusoff perlu kekal menjadi penganalisis daripada bertanding mana-mana kawasan. Kalau dia bertanding dia akan buat banyak judgement error dan jangkaan dia menjadi kurang tepat.

    Dan jikalau dia bertanding , dia perlu hentikan tugas menjadi penganalisis politik dan letakkan sepenuh fokus untuk berkempen dengan baik, dan hujah yang dikemukakan dalam berkempen adalah bagaimana manifesto PAS akan dapat dilaksanakan , dan bukannya tentang analisis trend jangkaan politik.

    BalasPadam
  5. Kalau UMNO nak bersama Pas, dia kena ambil Qur'an dan Hadith sebagai asas. Adakah UMNO berani buang asas bangsa dari perjuangannya ? Penganalisa2 ni tak sentuh pun bab asas ini. Mereka tidak tahu ke pendiriaj Pas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu masa bersama dg PR, PAS tak cakap apa pun. Ko yang pandai2 bagi syarat....
      Ko siapppaaaaa

      Padam
  6. Sewajibnya seluruh umat Islam bersaru. Cari titik persamaan dahulu, kemudian cari penyelesaian ttg perbezaan...

    BalasPadam
  7. Pas tidak akan bergabung dgn UMNO selagi dia tidak ambil Qur'an dan Hadith sebagai landasan. Inilah pegangan Pas dari zaman Nik Aziz lagi. Penganalisa2 ini tak sebut perkara ini langsung. Kenapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ChapPakLang dah ketar lutut bila UMNO fan PAS bekerjasama .... Steady le bro.


      Padam
  8. Birau-hijau, biru-hijau, biru-hijau !
    Gelombang biru-hijau sudah mari !

    Tolak Merah ! Merah Fail !

    BalasPadam
  9. Apa salahnya umno dan pas bekerjasama? Bukannya nk kerjasama utk keburukan negara tapi utk kebaikan org2 islam dan islam itu sndiri.

    Janganlah islam sudah dimainkan dan hak umat islam sudah dipijak, parti masih lg ego utk kerjasama. Yg mnjdi mngsa politik ialah umat islam sendiri. Org2 yg bnci islam senyum ketawa melihat senangnya utk pecahkan perpaduan antara umat islam.

    BalasPadam