Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir baru sedar PH terlebih janji


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) menghadapi kesukaran menunaikan janji pilihan rayanya kerana ia “membuat terlampau banyak janji” kerana percaya ia tidak akan memenangi pilihan raya umum 9 Mei lepas.

Dalam erti kata mudah difahami Mahathir berkata mereka (PAKATAN HARAPAN) sengaja menipu rakyat dengan JANJI-JANJI PALSU yang tidak dapat dilaksanakan bagi menekan kerajaan BN pimpinan NAJIB. Dengan janji ini mereka harap rakyat akan berkeyakinan untuk menjatuhkan Najib.

Akhbar Straits Times Singapura (ST) melaporkan Dr Mahathir berkata demikian kepada Ahli Parlimen PH dan Parti Warisan Sabah dalam satu pertemuan tertutup Isnin lepas.

“Sebenarnya kita tidak menjangka akan menang, jadi kita sediakan sebuah manifesto yang tebal dengan pelbagai janji.

“Kita perlu berkorban bagi menunaikan janji kita. Jika kita tidak dapat menunaikannya, maka kita perlukan alasan kuat yang boleh diterima oleh rakyat,” Dr Mahathir dipetik berkata oleh akhbar itu yang menyebut beberapa sumber yang hadir.

Makna mudah PAKATAN HARAPAN perlu manipulasi data dan maklumat untuk menunjukkan kerajaan tak boleh tunai janji berkenaan misalnya NEGARA BANYAK HUTANG DILUAR JANGKA, Jika tunai JANJI Kerajaan terpaksa tangung itu dan ini.

INI kira menipu rakyat juga. Bahasa sekarang "kencing rakyat".

PAKATAN HARAPAN juga akan menyebar luas satu kefahaman penyokong dan pengundi PAKATAN HARAPAN pada PRU-14 sebelum  ini tidak kisah pun dengan janji manifesto asalkan BN dan PAS tak boleh memerintah.

Pakatan Harapan akan membesarkan penyelewengan wang semasa BN memerintah dengan membesar angka dan sebagainya sehingga rakyat tertumpu kepada kleptorasi daripada janji manifesto.

PH berhadapan kritikan keras pelbagai pihak yang berkata kerajaan baru itu gagal menunaikan janji manifestonya dalam tempoh 100 hari selepas mengambil alih kuasa seperti dijanjikan.

Bagaimanapun semalam, Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Ismail mempertahankan pakatan politik itu dan berkata ia tidak perlu meminta maaf atas kegagalan menunaikan sebahagian daripada janji yang dibuat.

“Tidak mudah, kerana sewaktu kami mengambil alih kerajaan kami tidak mempunyai cukup maklumat tentang masalah sebenar yang dihadapi.

“Saya tidak memberi alasan. Saya tahu kami tidak boleh menyerah kerana kami gagal mencapai sasaran, tetapi kami bekerja bersungguh-sungguh,” katanya.

Setakat ini PH berjaya menunaikan beberapa janjinya seperti menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan pengenalan program caruman i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah.

Janji lain termasuk subsidi petrol bersasaran, pelupusan hutang peneroka Felda, menyamaratakan gaji minimum, mengembalikan hak Sabah dan Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), menangguhkan pembayaran balik pinjaman Perbadadan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk peminjam berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan, menyediakan skim penjagaan kesihatan untuk semua rakyat, menyiasat skandal dan mengkaji semula projek mega.

Menurut sumber, Dr Mahathir mengemukakan contoh janji PH untuk memberikan status menteri kepada ketua pembangkang.

Beliau berkata, PH membuat janji itu kerana menjangka tidak akan menang pilihan raya.

“Tetapi kita menang, dan kini kita berasa tidak selesa untuk memberikan status menteri kepada ketua pembangkang,” beliau dipetik sebagai berkata.


MR : Biasa bagi penipu, setelah menipu kali pertama mereka akan menipu lagi untuk menutup penipuan pertama dan seterusnya akan menipu kali ketiga nak tutup penipuan ke-2. Akhirnya rakyat kerajaan PH akan senti kena tipu (KENA KENCING)....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



1 ulasan:

  1. Rindu zaman Mahathir kah kah kah. Padan muka kau rakyat Malaysia. Kamu telah memilih Firaun !

    BalasPadam