Header Ads

ads header

Flash News

MCA tak setuju, DAP menentang Ini pun machai PH bodoh nak faham


Saya terbaca di blog AkhbarRakyat yang menyiarkan semula artikel Ustaz Nasharuddin Tantawi pada 14 Oktober 2012 yang bertajuk "MCA Anti-Islam". Lucu ulasan dan artikel blog ini yang didokong beberapa orang bekas wartawan Harakah yang mengkhianati perjuangan PAS kini bersama dengan parti AMANAH.

Penulis blog dan juga ramai machai PH yang berfikiran macam ini, hanya mengolah isu kini dengan fakta lama yang dah lapuk. Mereka hanya melihat PAS tetapi mereka membuta mata dalam isu Anwar Ibrahim atau Tun Mahathir.

Kalau nak berhujah kononnya MCA anti Islam dengan petikan ucapan MCA yang lama. Kenapa pula tak ambil ucapan dan teks tulisan Anwar atau Tun Mahathir yang lama? Patutnya mereka siar apa kata Anwar kepada sikap tamak dan kroni anak beranak Mahathir dan apa kata Mahathir kepada Anwar yang mana bukan lelaki baik dengan tabiah liwat.

Mahathir tangkap Anwar, seksa dan porak perandakan keluarga Anwar pun mereka boleh bersama. Apa sangat PAS dengan UMNO, Atau PAS dengan MCA dan terbaru PA dengan MIC? Ada MCA tuduh Hadi liwat Mat Sabu?

Bodoh cara mereka berfikir.
Lagi bodoh machai PH yang sebar artikel daripada blog AkhbarRakyat ini.

Itu poin pertama, kenyataan lama bukan hujah. Hanya sejarah untuk dikaji dan dianalisis.

Semalam Presiden PAS berkata "Sikap MCA yang tegas tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tanpa menyerang PAS antara sebab parti Islam itu sedia bekerjasama."
Presiden PAS berkata lagi sikap MCA berbeza dengan DAP yang menentang hudud sambil menyerang PAS, walaupun ketika bersama dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Sangat buruk sikap DAP kerana walaupun dia bersama dengan PAS mereka menyerang PAS dalam isu Islam dan Hudud. MCA pada masa itu bukan bersama PAS kalau dia serang PAS pun ada logik sebab memang tugas BN masa itu nak jatuhkan PAS atau pembangkang. Jadi isu RUU 355 adalah satu alasan kukuh mereka serang PAS. Tapi yang pelik sepatutnya DAP bersama PAS membantu PAS tapi dia lebih teruk serang PAS. DAP tu bukan rakan sepasukan tapi celaka yang patut dihumbam dalam longkang.

Tapi penyokong Islam dalam Pakatan Harapan bodoh nak faham beza antara MCA dan DAP. Bila bodoh nak faham memang mereka akan mudah ditipu dengan DAP dan Mahathir.

Itu poin kedua. Tak tahu nak beza lawan dan rakan sepasukan. MCA lebih baik daripada DAP tak serang UMNO secara terbuka walaupun mereka ada banyak perkara yang mereka tak setuju dengan UMNO.

Tak setuju dan Menentang ada banyak perbezaan. Kita boleh rai orang tak setuju dengan kita dan jangan kita rai orang menentang kita. Machai PH fajam tak apa saya perkata ini?

Jadi kerjasama dengan MCA sebagai suatu perkara positif dan PAS yakin kerjasama itu akan dan boleh dipertingkatkan.

Kerjasama biasa atas titik persamaan menolak titik perbezaan. Cari persamaan antara MCA dengan PAS. Misalnya sekarang ini MCA dan PAS kedua-dua adalah pembangkang dan PH adalah kerajaan.

Poin ketiga ialah kerjasama atas titik persamaan.
Engkau penyokong PH faham tak apa yang saya tulis?
Saya harap jangan berhujah bodoh kononnya PAS bersama dengan MCA anti Islam.


SemutApi @ FireAnt
http://semutapi-fireants.blogspot.com/


MR : Penyokong PH bukan menyerang PAS kerana nak hilang aib kena kencing....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



Tiada ulasan