Header Ads

ads header

Flash News

Musa Aman ditahan di KL


KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din mengesahkan penahanan bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman di Kuala Lumpur hari ini.

“Musa ditahan pada jam 10 pagi tadi. Polis sudah memohon perintah reman, tetapi ditolak majistret,” katanya ketika dihubungi.

Ramli bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu.

Adun Sungai Sibuga itu dikehendaki polis untuk membantu siasatan susulan laporan dibuat Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin pada 14 Mei lalu ke atas Musa berkaitan ugutan jenayah selepas upacara angkat sumpah jawatan ketua menteri.

Sebaik sahaja membuat laporan polis itu, percakapan Juhar turut diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri di depan Juhar pada 10 Mei lalu, selepas memperoleh majoriti mudah.

Bagaimanapun, Datuk Seri Shafie Apdal yang juga presiden Parti Warisan Sabah dilantik sebagai ketua menteri dan mengangkat sumpah di depan Juhar 2 hari kemudian selepas beberapa Adun Barisan Nasional berpaling tadah.



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



Tiada ulasan