Header Ads

ads header

Flash News

Netizen persoal Mat Sabu sertai majlis Syiah


Pemergian Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ke salah sebuah markas Syiah di Selatan Thailand, tiga hari lalu, menjadi persoalan netizen media sosial di Malaysia, khususnya Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menolak fahaman itu.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dikatakan menyertai majlis korban di masjid Zainabiyyah di Phatthalung, yang menjadi markas Syiah di wilayah itu.

Kehadiran beliau yang turut memberi ucapan pada perhimpunan di masjid berkenaan dimuat naik dalam akaun Facebook pemimpin dan pengikut Syiah di markas berkenaan.

Antara yang turut hadir pada majlis berkenaan ialah pegawai polis dan tentera Thailand. Pada majlis itu, Mat Sabu turut menyembelih seekor lembu kurban.



Netizen media sosial mempertikaikan sama ada pemergian Mat Sabu ke majlis berkenaan dilakukan secara diam-diam sebagaimana beliau ke Syria, sebelum ini.

Pada 2013 lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan bahawa semua ajaran atau fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.

Malah, Jakim juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan ada fahaman Syiah yang mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.

Jakim yang menjalankan kajian mendapati, dakyah Syiah sebagai sebuah mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979.



Mat Sabu sebelum ini didakwa mengikut fahaman Syiah.

Malah, pada 2013 lalu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika itu, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi mengesahkan bahawa Mat Sabu yang ketika itu Timbalan Presiden PAS, adalah pengikut fahaman Syiah.

Abdul Rahim pada sidang media di Putrajaya, pada 12 Disember 2013 berkata, kenyataan itu berdasarkan kepada 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh KDN, termasuk keterangan daripada Mohamad sendiri.

Antaranya, Mat Sabu pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk ‘Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni’ dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.

Mat Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Julai 2011.



Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrallah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.

Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, di wilayah Satun, Selatan Thailand serta melakukan kunjungan ke atas pemimpin Syiah di sana pada tahun 2011.

Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang dikendalikan ustaz berfahaman Syiah pada 2011 di Bukit Merah, Semanggol, Perak.

Selain itu terdapat saksi di mana seorang tok guru yang melihat Mat Sabu sendiri menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya, yang merupakan amalan sinonim dengan golongan Syiah sekali gus membuktikan Mat Sabu adalah salah seorang penganut Syiah.

Bagaimanapun, sehari selepas kenyataan KDN itu, Mat Sabu menafikan bahawa beliau adalah pengamal fahaman Syiah.

Beliau mengakui memuji kepimpinan dan perjuangan ulama Syiah Iran, Imam Khomeini yang juga ikon mazhab, tetapi menafikan ia bermakna beliau pengikut Syiah.

“Tuduhan mengatakan saya amalkan Syiah, saya tetap nafikan. Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih.

“Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh membawa orang Islam berdiri sendiri. Saya juga kagum dengan Setiausaha Agung Hezbollah Sayyid Hassan Nasrullah,” katanya yang menjelaskan akan mengambil tindakan terhadap, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu menjadi Naib Presiden UMNO, kerana menuduhnya Syiah.

Mat Sabu juga berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Abdul Rahim kerana didakwa mengemukakan bukti yang memfitnahnya.

Sumber : https://www.ismaweb.net

MR : Dr Rozaimi, Maza tutup mata telinga atas isu ini.....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



4 ulasan:

  1. orang syiah ini kelebehan mereka adalah dibolehkan takiah

    BalasPadam
  2. Walaupun puak Wahabi dan puak Syiah bermusuhan dan berbunuh-bunuhan, kita dapati satu 'anomaly' berlaku di negara kita iaitu ularmak wahabbi dan ularmak Syiah berkerjasama menyokong pakatan munafik liberal-kafir harbi (yang memusuhi Islam dan umat Islam) menfitnah, menghina dan memburuk-burukkan perjuangan Islam Ahlus Sunnah wal Jamaah yang diperjuangkan oleh parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

    Akibatnya hari ini kita telah menyaksikan pembentukan KERAjaan pakatan yang dikuasai oleh puak kafir dan pemimpin Melayu liberal menjadi boneka puak kafir.

    Ulama su' adalah ulama berhati serigala yang jahat dan sesat lagi menyesatkan kerana mereka menjual agama untuk mendapatkan sedikit habuan dunia yang sementara ini.

    BalasPadam
  3. Barua-barua Syiah dan liberal dan puak NGO musang berbulu ayam 'ikelam' mengamalkan taqiya(penipuan @ pembohongan) untuk merampas kepimpinan parti Islam atau melemahkan dan menghapuskan parti Islam dari dalam supaya mereka boleh menyesatkan umat Islam.

    Oleh sebab barua-barua ini bersikap munafik dalam parti Islam yang memperjuangkan Islam maka mereka menjadi cacing kepanasan @ cacing kena air panas kerana sifat munafik mereka semakin lama semakin jelas !

    Akhirnya puak munafik ini keluar dari parti Islam dan bernaung di bawah parti kafir harbi biaDAP yang amat memusuhi Islam dan umat Islam. Dan sekarang mereka menjadi khadam biaDAP untuk menfitnah, melemahkan dan menghapuskan parti Islam semata-mata untuk mendapatkan sesuap dedak cap roket !

    Merekalah pengkhianat yang sangat berbahaya kepada Islam dan umat Islam kerana mereka berusaha menyesatkan umat Islam dan menghapuskan ajaran Islam dengan menggunakan pelbagai bentuk penipuan dan putar belit !

    BalasPadam
  4. Puak Syiah berjaya memerintah negara ini dengan berkerjasama dengan musuh Islam seperti parti munafik liberal dan parti kafir harbi. Kita perlu ingat puak Syiah ini menghalalkan zina (mut'ah) di mana puak Syiah ini akan bebas berzina dengan anak dara dan bini orang. Maka kita tidak akan terkejut jika mereka menggubal undang-undang untuk menghalalkan zina (mut'ah).

    Jika kita mahu menjaga maruah keluarga kita dan benci kemungkaran seperti zina, marilah kita semua umat Islam menolak parti Syiah, parti munafik liberal dan parti kafir harbi !

    Marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam untuk menentang parti Syiah, parti munafik liberal dan parti kafir harbi yang sedang mengancam dan menghina Islam dan menindas umat Islam.

    BalasPadam