Header Ads

ads header

Flash News

Pelaksanaan Polisi Gaji Minimum Antara Sebab Dr Mahathir Serang Najib


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan isu gaji penjawat awam yang mempunyai kaitan dengan pelaksanaan gaji minimum merupakan salah satu sebab mengapa Tun Dr. Mahathir Mohamad melawan beliau sebelum ini.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa Dr. Mahathir kurang senang dengan polisi tersebut yang diperjuangkan oleh kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN).

“Dr. Mahathir telah berkata sebelum ini bahawa beliau dipaksa untuk keluar daripada persaraan untuk melawan saya kerana rakan-rakan perniagaannya tidak senang dengan keputusan polisi kerajaan saya. Gaji minimum merupakan salah satu polisi yang tidak disukai beliau dan rakan-rakannya.

“Malah, Dr. Mahathir menulis mengenai ketidakpuasan beliau terhadap gaji minimum dalam blog Chedet pada 2 Mei 2012 dengan menyatakan negara sudah pun mempunyai gaji yang tinggi di ASEAN setelah Singapura dan menaikkan gaji minimum menyebabkan pelabur serta orang asing memindahkan kilang mereka keluar dari Malaysia,” katanya menerusi catatan dalam laman Facebook beliau, hari ini.

Catatan itu sebagai reaksi terhadap kenyataan Dr. Mahathir yang juga Perdana Menteri bahawa tiada kenaikan gaji penjawat awam dan pelaksanaan gaji minimum dalam masa terdekat kerana kekangan kewangan dihadapi kerajaan.


MR : Kalau dah benci semua sebab boleh jadi alasan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



1 ulasan:

  1. Mahathir jaga tokey2,mana boleh susah kan tokey2 nak jadi kaya dgn naik kan gaji pekerja.ini salah bagi kerajaan pakaturn badut,"tokey2 always come first,rakyat always in the last place"."apa jasa rakyat kepada kerajaan badut ni?!tokey2 ada jugak masuk duit dalam akaun!!!"

    BalasPadam