Header Ads

ads header

Flash News

Pemuda Pas Kelantan lulus usul tergempar kutuk usaha iktiraf LGBT


KOTA BHARU - Muktamar Pemuda Pas Kelantan Kali Ke-59 hari ini meluluskan satu usul tergempar mengutuk sebarang usaha untuk mengiktiraf golongan LGBT.

Muktamar berlangsung di Hotel Grand River View itu sekali gus menyatakan solidariti  bersama Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang telah mencetuskan fenomena alam maya dengan surat terbukanya kepada Marina Mahathir baru-baru ini.

Usul tersebut dibawa oleh perwakilan dari Machang, Abdullah Hassan dan disokong oeh perwakilan dari Pasir Mas, Muhammad Saiful Adli Sulaiman.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, usul yang diluluskan sebulat suara itu menandakan keprihatinan pihaknya terhadap semua pihak yang sedang berusaha menentang budaya songsang LGBT daripada menular ke tengah masyarakat.

Menurutnya, fenomena tersebut dikhuatiri semakin merebak apabila melihat kenyataan demi kenyataan dikeluarkan pihak kerajaan melalui para menterinya kelihatan seolah-olah ke arah mengiktiraf tuntutan golongan itu.

“Apa yang mengejutkan kita ialah apabila surat terbuka yang ditulis oleh Dr Nur Ilyani telah dipadamkan oleh pihak pengurusan Facebook di atas alasan ia menganggu hak komuniti lain.

“Ia sekali gus membayangkan bahawa golongan ini mempunyai suara yang cukup berpengaruh sehingga tulisan tersebut dipadamkan hanya selepas beberapa jam sahaja disiarkan di media sosial,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam masa sama, Ahmad Fadhli Shaari turut mendesak  kerajaan melalui Kementerian Kesihatan agar tidak mengenakan apa-apa tekanan kepada pegawai berkenaan yang jelas tidak melanggar sebarang peraturan dalam perkhidmatan awam semasa menulis surat berkenaan.

“Kita berikan amaran, jika sebarang tindakan dikenakan, pihak kerajaan berdepan dengan kebangkitan besar-besaran dari seluruh umat Islam di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Abdullah Hassan yang membangkitkan usul berkenaan turut menyatakan tuntutan agar pihak kerajaan bertindak ke atas golongan yang sedang mempromosikan budaya songsang berkenaan.

“Kita mendesak kerajaan mengambil tindakan sesuai yang tegas terhadap usaha-usaha pihak tertentu yang cuba memperomosikan LGBT dan menuntut hak yang tidak munasabah di atas nama hak asasi manusia,” katanya.

Katanya, aktiviti tersebut sekiranya tidak dibendung akan menjadi ancaman kepada amalan hidup masyarakat Islam di Malaysia.



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



1 ulasan:

  1. Kita sokong tindakan parti Islam PAS membela Dr Ilyani menegakkan kebenaran dan menentang LGBT !

    BalasPadam