Header Ads

ads header

Flash News

Pendedahan Abu Kassim jelas menunjukkan Najib dan Rosmah disabotaj Kastam dalam isu cincin RM24 juta


Abu Kassim Mohamed selaku bekas Ketua Pencegah Rasuah Malaysia telah mendedahkan dengan terang dan terperinci berkaitan dengan isu cincin yang giat diperkaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor sebelum pilihanraya umum ke-14 (GE14).


Bekas pengarah SPRM mengaku pihak Kastam memperkenakan Najib dalam isu cincin berlian rujuk laman http://pakdin.my/videobekas-pengarah-sprm-mengaku-pihak-kastam-memperkenakan-najib-dalam-isu-cincin-berlian/

Menurut beliau, pihak Kastam-lah yang membocorkan dan mengedar dokumen yang dikenali sebagai Borang Kastam kepada pihak tertentu untuk disalah gunakan dan menfitnah Dato’ Sri Najib Tun Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor.

Pakatan Harapan hanya memainkan separuh cerita isu cincin tersebut dengan mengatakan bahawa cincin itu kepunyaan Datin Sri Rosmah, walhal cerita sepenuhnya ialah ianya bukan kepunyaan Datin Sri Rosmah dan beliau tidak pernah memiliki ataupun membelinya. Cincin itu hanyalah untuk ditontonkan dan diterbangkan balik ke New York.

Punca Dato’ Sri Najib Razak disabotaj oleh Pihak Kastam adalah kerana SPRM telah menyiasat Pihak Kastam berkaitan dengan kes RM 3 bilion. Mereka mendesak dan mengadakan perjumpaan dengan Peguam Negara agar kes tersebut diberikan pengecualian terhadap mereka namun Abu Kassim Mohamed menasihati Dato’ Sri Najib Razak agar tidak terlibat untuk menjaga dan mempertahankan identiti dan tindakan SPRM yang tegas terhadap Pihak Kastam.

Disebabkan Dato’ Sri Najib enggan berkerjasama mahupun berjumpa dengan pihak Kastam, maka pihak Kastam bangkit marah dan terus mendedahkan serta mengedarkan dokumen tersebut kepada pihak yang tertentu.

Dokumen yang diedarkan itu memberi tanggapan yang salah, seolah-olah Datin Sri Rosmah-lah yang mengimport cincin tersebut untuk membelinya. Sebaliknya, cincin itu tidak dibeli dan dihantar ke New York dan juga bukan Datin Sri Rosmah yang ingin ditonton lihatkan cincin tersebut tetapi adalah keluarga menantunya dari Kazakhstan. Mengapakah kesemua ini tidak pernah didedahkan?

Malang sekali di dalam negara ini semua dipolitikkan.


 https://youtu.be/3AlxxAbxxOg
Penjelasan fitnah cincin RM24 juta Rosmah Mansor

Pembaca boleh membuat rujukan:

“SPRM menahan seramai 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram serta pelbagai kesalahan lain. Pelabuhan Klang menyaksikan tangkapan teramai iaitu 48 orang”

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm



‘Dua pegawai kanan kastam ditahan’
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Kamaluddin Idrus


MR : Ramainya rakyat Malaysia beragama Islam menjadi muflis diakhirat nanti, solat mereka amalan baik mereka sia-sia untuk membayar fitnah disebarkan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



10 ulasan:

  1. Bukan sahaja di akhirat , di dunia ni pun Allah akan bayar "cash".
    Lihatlah tak lama lagi apa yang akan berlaku kepada penjaja fitnah. Rafizi especially. Akan disingkirkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah berlaku pun. Nasib baik diselamatkan dek DSAI. Kalau tak, duduk sebagai mahacai PKR saja le si kepoh ni!!

      Padam
  2. Moga Allah pimpin kita...takutnya muflis disana

    BalasPadam
  3. Pakaturn fitnah berjaya dgn serangan persepsi dan fitnah.tahniah kepada minorit 95% dan melayu bodoh tak ada akai nak cari kebenaran 25%.janji manis pakaturn fitnah tidak akan d tunaikan bukan sebab dongeng hutang rm 1trilion, tp sebab prinsip kalau b.n boleh kebas, takkan pakaturn fitnah tak boleh kebas jugak....

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Merekandah cuba sedaya upaya mempertahankan kebenarnnya tp tetap ditolak mentah 2 oleh rakyat dgn alasan undang2 ditangan mereka...ada hikmah disebaliknya mungkin Allah swt menguji mereka utk ditinggian martabatnya.

      Padam
  5. Apa sahaja ketika kita hidup di dunia ini kita merasakan kita berjaya. Biarpun kita melakukan fitnah, hasutan,pembohongan,penyelewengan,pembohongan dan sebagainya. Kita boleh berbangga kerana itu semua kerana kita boleh mempengaruhi sesiapa sahaja sesama manusia samada melalui sogokan wang ringgit dan hartabenda atau menakut2kan atas ketinggian kuasa dan jawatan kita. Namun jangan sekali kali kita lupa bahawa Allah SWT itu mempunyai sifat yang kamil MAHA MELIHAT,MAHA MENGETAHUI, MAHA ADIL DAN MAHA BESAR sebagai pentadbir seluruh alam. Disana..di Padang Mahsyar kelak, setiap anggota badan kita akan menjadi saksi yang sahih yang tidak akan membohongi setiap perkara yang kita lakukan. Bertaubat dan memohonlah keampuan sebelum ajal menjemput kita. Dosa kita dengan Allah, Allah akan ampunkan. Tetapi dosa kita sesama manusia, perlu dilangsaikan sesama manusia terlebih dahulu sebelum Allah SWT berikan keampunan

    BalasPadam
  6. Rakyat yg kalau dah jd Macai PH x akan terima apa pun penjelasan sbb hati dah gelap dgn fitnah walau pun dah terang penjelasan.. Kesian org melayu yg tertipu dgn ultrakiasu dan pemakan gudumbuk.. XBoleh pulih dahh.. ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu,buatlah macamana pun klu dh taksub sgt dgn PH apa bukti sekalipun dorang tak percaya...

      Padam