Header Ads

ads header

Flash News

PH perlu jelaskan hubungannya dengan IRI, kata Tawfik Ismail


PETALING JAYA: Seorang bekas Ahli Parlimen menggesa pemimpin Pakatan Harapan (PH) menjelaskan hubungan 15 tahun mereka dengan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) yang berpangkalan di Washington dan mendedahkan sama ada hubungan itu mempengaruhi keputusan dasar yang dibuat oleh pakatan politik itu.

Tawfik Ismail, bekas ahli Umno dan Ahli Parlimen Sungai Benut dari 1986 ke 1990 berkata, kenyataan Presiden IRI, Daniel Twinning, baru-baru ini mengenai hubungan itu merupakan suatu “cerita yang menarik”.

“Berdasarkan pengakuannya sendiri, IRI bekerja bersama-sama dengan pembangkang semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Twinning membuat kenyataan itu dalam satu forum diadakan di Washington bulan lepas. Beliau berkata usaha IRI membuahkan hasil dalam pilihan raya umum Mei lepas, dan ia memberi manfaat kepada Amerika Syarikat dari sudut persainganya dengan China sekarang.

Tawfik memberitahu FMT bahawa rujukan kepada China itu menunjukkan Malaysia “membantu dan bersubahat” dengan satu kuasa politik di AS dan “mengesahkan kebimbangan bahawa pihak tertentu di negara itu menggunakan parti politik tempatan”.

Beliau mengingatkan tentang dakwaan PH bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan dirinya digunakan oleh China, sekali gus menunjukkan PH kini boleh dituduh bermuka-muka.

“Kumpulan sivil yang mempersoalkan BN berhubung keputusan dasarnya mengenai China, perlu bertanyakan soalan yang sama tentang kerajaan PH dalam konteks hubungannya dengan AS,” kata beliau.

Penganalisis keselamatan, Lam Choong Wah bercakap tentang yayasan asing – bukan sahaja Barat, tetapi juga Timur Tengah – yang beroperasi di Malaysia dan beliau mengesyaki sebilangan daripadanya bekerja ke arah penerimaan ideologi politik mereka.

Beliau berkata, ini merupakan sebab kenapa undang-undang berkaitan pendanaan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan politik tertentu perlu digubal.

Berikutan laporan media tempatan tentang kenyataan Twinning, IRI berkata ia sentiasa bebas daripada politik partisan dalam kegiatannya di Malaysia dan ia bekerja dengan PH dan juga BN.

Terdahulu, ketua publisiti DAP, Tony Pua berkata semua parti politik di Malaysia pernah terlibat dalam sesi latihan dianjurkan IRI.

Beliau enggan memberi komen berhubung dakwaan bahawa IRI mula bekerja dengan pembangkang pada 2002 bagi melemahkan kerajaan BN.


MR : PH jadi kura-kuran sorok kepala. Ada tuduhan PAS terima RM90 juta bising, kena batang hidung sendiri diam seribu bahasa....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



6 ulasan:

  1. Takpa, mana PH mau lari, tunggu sesi parlimen seterusnya, tibai PH cukup2

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Ini suatu pengkhianatan terhadap DYMM YDP Agong . Setiap pimpinan PH boleh dan patut dihukum mati.

    BalasPadam
  4. Bila terkena batang hidung sendiri, apa yang Dap boleh hujahkan ialah: "Two wrongs make a right". Hampas.

    BalasPadam
  5. Hujah defensif:

    "IRI juga ada hubungan dengan SEMUA PIHAK makanya terlepaslah PH dari dakwaan bersetongkol dengan kuasa asing"

    Analogi:

    Dalam kata lain kalau semua pihak pernah bergambar atas kapal Equaliti makanya terlepaslah Jiji dari tuduhan bersetongkol dengan John Taek!

    Kesimpulan:

    Tak ada apa yang boleh dibanggakan dengan Pakar Strategi yang dilahirkan menerusi pembiayaan dana luar melainkan kebengapan.

    BalasPadam
  6. Anti islam macam tawfik ismail ni boleh buat2 berlakon tanya hubungan dgn iri? Apa kebendanya ni?bukan setakat parti politik dpat dana,ngo2 termasuk lgbt liberal anarki dan banyak lagi pun dpat dana dari amerika jugak.ada dana dari soros open society.

    BalasPadam