Header Ads

ads header

Flash News

Puluhan ribu Melayu akan muflis dalam tempoh enam bulan


Melihat kepada perkembangan semasa melalui arus pemerintahan kerajaan baru iaitu Kerajaan Pakatan Harapan, kebajikan rakyat nampaknya bukanlah menjadi keutamaan. Keutamaan mereka adalah mencari kesalahan dan menunding jari kepada pihak lain. Tujuannya adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat dari kegagalan mereka mentadbir urus Negara ini dengan lebih baik dari kerajaan terdahulu. Mereka terbukti gagal untuk memenuhi janji 100 Hari Manifesto Pakatan Harapan yang akan tamat tempoh 100 hari pada 18hb Ogos 2018 ini.

Kemelut ekonomi berlansung secara berterusan. Puluhan billion Ringgit di bawa keluar oleh para pelabur akibat ketidakyakinan terhadap pimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad mentadbir urus ekonomi Negara. Kegagalan di dalam memperbaharui rundingan perniagaan dengan China menerusi agen kerajaan iaitu Tun Daim menambahkan lagi kekalutan ekonomi.

Terkini bangsa Melayu pula akan menjadi mangsa seterusnya. Puluhan ribu bangsa Melayu akan di isytihar muflis dalam tempoh enam bulan dari sekarang. Kenapa? Geliga Naga di maklumkan bahawa ratusan ribu pekerja bertaraf kontrak yang bertugas di Jabatan Kerajaan, GLC Kerajaan telahpun ditamatkan kontrak. Dengan kata lain mangsa-mangsa ini diberhentikan kerja. Tindakan memberhentikan kerja bukan setakat pekerja bertaraf kontrak sahaja tetapi ianya juga melibatkan semua jawatan lantikan politik termasuklah Duta-duta Malaysia di luar Negara.

Kumpulan-kumpulan yang disebutkan di atas ada membuat pinjaman kewangan dari institusi perbankkan melalui pinjaman kenderaan, kad kredit, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan sebagainya. Bagaimana mereka mampu untuk membuat bayaran semula sedangkan mereka kini tidak mempunyai pendapatan ekoran penamatan kontrak pekerjaan. Maknanya mereka akan menghadapi tindakan mahkamah menerusi bank-bank berkenaan dan akhirnya mereka akan diisytiharkan muflis.

Selain dari mangsa-mangsa di atas, para petani yang membuat pinjaman menerusi institusi kewangan turut menghadapi risiko yang sama. Mereka membuat pinjaman untuk menjalankan pertanian tanaman semula sawit, ladang durian, program pertanian burung walit dan program-program pertanian yang lain, yang melibatkan pinjaman kewangan. Kesemua modul pertanian yang disebutkan di atas kini tidak mempunyai nilai pasaran. Oleh yang demikian pembayaran pinjaman gagal dibuat. Di jangkakan kumpulan ini akan menghadapi tindakan mahkamah ekoran dari kegagalan pembayaran ansuran pinjaman pada Disember 2018 atau Januari 2019. Maka bertambahlah jumlah bangsa Melayu yang akan diisytihar muflis.

Kesemua golongan yang disebutkan di atas adalah bangsa Melayu. Jika kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir peka dan prihatin pastinya semua ini tidak berlaku. Bangsa Melayu menjadi mangsa sekali lagi. Bukan setakat ditipu di dalam janji Manifesto 100 Hari Pakatan Harapan tetapi keadaannya lebih parah dengan penambahan jumlah individu yang akan di isytiharkan muflis pada akhir 2018 atau awal 2019. Soalnya apakah “harapan” yang boleh diharapkan oleh rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan terutamanya menentukan masa depan bangsa Melayu di Negara ini.

Geliga Naga


MR : Cara ekonomi yang dilakukan oleh PH adalah untuk menyusu kera di hutan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



5 ulasan:

  1. Balasan kerana percaya kepada fitnah golongan kafir dan munafiq.Golongan kafir dan munafiq mendapat kemenangan sementara dalam menghancurkan melayu isla.Pas dan umno masoh belum bersatu...bertindaklah segera.Jangan terpedaya dengan fitnah dan hasutan musuh musuh islam.

    BalasPadam
  2. lantikan politik.dah rasa besar kepala bila dapat kuasa.buat loan sana sini.haramjadah apa nak salahkan kerajaan baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerajaan baru maksum, tak pernah silap. yang silap kerajaan lama jeee. especially kalau kene tu melayu. melayu ni apa le sangat. yang penting kene jaga hati cina n india. betul tak.

      Padam
    2. Apakah salahnya lantikan politik! Bukankah Tommy Thomas pun lantikan politik ?
      Yang kamu tu yang sibuk menulis. Kamu pun ada kena mengwna dengan lantikan politik.
      Saya adalah salah satu pensyarah perubatan bahagian Surgery Klinikal dan Vaskular gred 53 + dibekukan kerana lantikan politik.

      Ini demi kesejahteraan negara dan tanah air , politik memang politik , tapi politik digunakan untuk menjamin dan menaik taraf sistem servis perubatan.

      Padam
    3. Barua-barua ternakan DA-Pig yang sudah kenyang makan dedak cap roket tidak akan memperdulikan agama Islam dan umat Islam termasuk kaum Melayu Islam yang sedang ditindas oleh puak munafik liberal dan puak kafir harbi.

      Padam