Header Ads

ads header

Flash News

Suara mirip Anwar gelar Azmin 'barua Mahathir' benar atau palsu kena tanya Husam


Rakaman suara mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengkritik keras Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Tun Dr Mahathir Mohamad kini mula beredar.

Ia muncul ketika wujud spekulasi mendakwa Mahathir dan sekutunya cuba menekan kemajuan politik Anwar, bakal penggantinya untuk jawatan perdana menteri.

Antara lain, rakaman itu menunjukkan suara (bawah) seorang yang mirip Anwar menyifatkan Azmin, menteri kanan dalam kabinet, sebagai “barua Mahathir”.

Sila liha di sini

Bagaimanapun, pemimpin-pemimpin PKR berkata rakaman itu palsu.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu Malaysiakini bahawa Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail telah mendapati ia bukan suara Anwar.

“Ini bukan (suara) suami saya,” menurut Azizah, seperti diceritakan kembali oleh Fahmi.
Tiga rakaman berasingan itu, yang masing-masing tidak sampai 10 saat, diedarkan di aplikasi borak telefon bimbit WhatsApp.



Dalam rakaman pertama, individu itu berkata dia menyuruh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli melawan Azmin dalam pemilihan parti kerana Azmin didakwa telah menjadi “barua Mahathir”.

Rakaman kedua mengkriti Mahathir kerana melantik diri sendiri sebagai pengerusi syarikat negara Khazanah Nasional.

Rakaman ketika membangkitkan skandal pertukaran wang asing (forex) pada 90-an yang ketika pentadbiran Mahathir ketika pertama kali menjadi perdana menteri.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution, Rafizi, Naib Presiden Tian Chua, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Ketua Pemuda Afif Bahardin turut menolak keaslian rakaman itu.




Fahmi Fadzil

Saya bukan anggota keluarga tetapi saya sering bercakap dengan Anwar. Dalam rakaman pertama ada sikit bunyi macam beliau, tetapi masuk saja rakaman ketiga, kamu tahu itu bukan dia. Loghat dia lain.




Rafizi Ramli

Tidak sama sekali (Anwar tidak arahkan sama lawan Azmin). Bukan tradisi kita pemimpin atasan campur tangan. Saya memang ada beritahu Anwar niat saya, tetapi tidak benar dia arahkan saya bertanding.

Ini keputusan saya sendiri selepas berbincang dengan kawan-kawan dan anggota akar umbi parti.




Tian Chua

Jangan bawa masuk budaya budaya memburuk-burukkan dan berita palsu dalam PKR.

(Menjawab soalan sama ada dibuat oleh pihak dalaman PKR) Saya tidak tahu, tetapi saya harap tidak.



Saifuddin Nasution

Apa pun, ia jelas cuba mewujudkan kecurigaan tentang perhubungan Anwar dengan Mahathir.
Kita sudah bazirkan 20 tahun (sejak reformasi 1998). Sekarang kedua-dua mereka sudah berbaik-baik, berdamai dan sedia bekerjasama.

Anwar sudah berulang kami beritahu pemimpin PKR bahawa beliau menyokong kepimpinan Mahathir.



Afif Bahardin

Rakaman itu cuba membantutkan kemajuan kombinasi Anwar-Azmin sebagai dynamic duo untuk memimpin parti.


MR : Kenapa Malaysiakini tak tanya Husam Musa dia kan pakar suara, dia kata 130% suara Nik Abdul dalam isu sebelum ini, walaupun pakar dan Sarawak Report pun belum buat kata putus....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :


7 ulasan:

  1. Masa pru14 kecoh canang2 suara rakaman Ustz Nik Abduh tali barut CIA & terima dana 1mdb..husam musa & PH aka parti Amanah penyebar fitnah..skg PH kena balik padan muka

    BalasPadam
    Balasan
    1. The pakatan's shit has hit the fan !

      Padam
  2. Bukan suara Anwar tu tapi suara Nik Abduh sebenarnya......dulu bukan main fitnah Nik Abduh sekarang dah kena kat batang hidung terus kata PALSU.....

    BalasPadam
  3. Masakan pokok bergoyang jika tiada angin. KERAjaan pakartun mesti mesti menyiasat towkay audio yang telah menfitnah N Abduh kerana towkay audio tersebut adalah suspect utama dalam kes audio terbaru !

    BalasPadam
  4. Azmin kena mintak husam dgn mat sabu bawak rakaman audio tu utk d analisis d london. Konon nya rakaman ustaz nik abduh pun d analisis d sana.jangan lupa rakaman audio mat sabu dgn normah halim,juga rakaman video anwar dgn pompuan tgh projek.bawa semua skali la....(tapi yg pasti anwar skrg memang lagi bençi dgn azmin sejak ayah angkat azmin jd p.m ke tujuh.awas,jgn ingat mahathir dgn azmin ni tak ada pelan a,pelan b,pelan c,tunggu masa saja d antara kem yg mana tersilap langkah.kem anwar-wan azizah @ kem mahathir-azmin )

    BalasPadam
  5. Kalau perasan ini strategi political psychology nak tarik kepercayaan pengundi.... So kena hati2 ... Kalau benar umno yang buat kerja memang umno nak bunuh diri dalam political mileages mereka... Harap pihak pimpinan PAS dan akar umbi PAS kena jaga-jaga

    BalasPadam