Header Ads

ads header

Flash News

7 Faktor Yang Membuatkan Anwar Gusar di PRK PD


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya beliau berpotensi memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson kata penulis di Malaysiadateline akhbar parti Amanah.

“Rekod itu sangat jelas dan saya percaya pengundi boleh mengaksesnya. Saya juga akan turun padang untuk berjumpa dan menawarkan perkhidmatan saya kepada pengundi,”
katanya kepada media selepas selesai prosiding kes saman fitnah difailkannya terhadap bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh Datuk Dr Mazlan Ismail di Mahkamah Tinggi hari ini, lapor Bernama.

Mengulas mengenai tindakan seorang pengundi di kawasan Parlimen Port Dickson memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi memohon perintah mahkamah bahawa peletakan jawatan Datuk Danyal Balagopal Abdullah sebagai anggota Parlimen kawasan itu adalah tidak sah dan terbatal, Anwar berkata ia tidak akan menjejaskan proses pilihan raya itu.

“Itu hanya usaha kalangan tertentu untuk menghalang saya dan pihak tertentu juga telah berusaha selama 20 tahun untuk menghalang saya secara berterusan. Tapi saya yakin, Insya-Allah, pengundi akan membuat keputusan yang bijak,” katanya.

Tapi ada 7 faktor yang membuatkan Anwar gusar dan bimbang kedudukan pengaruhnya di PD.


Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.

Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14, perkara yang paling ketara ialah peratusan keluar mengundi yang tidak sampai 50% dan ini memberi makna rakyat tidak lagi berminat dengan pilihanraya selepas melepaskan geram kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang lalu.

Majoriti mereka yang tidak keluar mengundi ialah daripada kalangan pengundi Pakatan Harapan dalam pilihanraya lalu dan bakinya adalah penyokong BN (Balakong & Seri Setia) selain sangat sedikit daripada penyokong PAS.

Kalau dalam pilihanraya kecil yang di buat kerana kematian wakil rakyat pun pengundi tidak peduli dengan pengundian, apakah pilihanraya kecil yang sengaja di adakan untuk memenuhi hasrat Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri pengundi akan teruja untuk turun mengundi?

Makanya faktor pengundi tidak keluar mengundi akan sudah pasti menjadi antara penyumbang kepada Anwar akan tenggelam lemas di Pantai Port Dickson.


Faktor 2 - Undi tentera memihak kepada pembangkang

Walaupun menteri Pertahanan baru YB Haji Mohammad sabu di lihat popular di kalangan anggota tentera tetapi keputusan PRK Seri Setia baru-baru ini telah melihatkan undi tentera berpihak kepada parti pembangkang di semua saluran kecuali di saluran 1.

Di Port Dikson terdapat hampir 10 ribu undi tentera yang boleh di jadikan faktor penentu kepada kemenangan BN ataupun PKR dan sekiranya Seri Setia boleh di jadikan rujukan momentum undi tentera maka PKR akan kehilangan jumlah undi yang besar dalam pilihanraya ini.

Apatah lagi PAS mencalonkan bekas tentera yang mempunyai rekod baik.



Faktor 3 - Jika Calon adalah Melayu

Kerusi Port Dickson atau Teluk Kemang sebelum ini adalah kerusi tradisi yang di berikan kepada MIC, namun terdapat hanya lebih kurang 20% pengundi India sahaja di sini berbanding dengan lebih 40% pengundi melayu.

PKR menjangka BN meletak calon MIC setelah UMNO cuba di Sg. Kandis, PAS di Seri Setia dan MCA di Balakong. Jika BN letak calon Melayu iaitu UMNO, PKR mungkin mendapat tentangan lebih.

Tiba-tiba UMNO tak bertanding yang bertanding adalah PAS.

Daripada 40% (lebih kurang 25ribu) pengundi melayu tersebut pula 6 ribu telah memberi undi kepada Pas dalam PRU yang lalu.  Jika semua undi Pas adalah datang dari undi melayu) maka PAS perlu undi UMNO.

Sekiranya Pas mampu untuk mengerakkan separuh daripada pengundi UMNO untuk memberi undi kepada PAS atas faktor calon PAS ialah dari orang Melayu makanya PAS akan dapat menambah lagi 3-5 ribu undi dari penyokong UMNO sahaja.

PAS cuma perlu meraih separuh daripada 20 ribu undi melayu termasuk yang telah pun memberi undi kepada BN dan PAS sebelum ini.

Adakah kedatangan Isa Samad untuk pecah undi PAS atau undi Anwar. Ini buat Anwar dan PKR pening.

Faktor 4 - Sabotaj dalaman

Pertembungan team Rafizi dan Azmin Ali akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada undi PKR di dalam PRK ini. Semua orang tahu banyak rahsia parti didedahkan oleh Rafizi adalah dengan keizinan Anwar. Misalnya Azmin tuntut jawatan Presiden PKR.

Adakah Azmin akan membiarkan Anwar dan Rafizi pijak kepala dia. Kalau Amin tak bertindak pun takkan orang-orang Azmin berdiam diri?

Faktor 5 - Mahathir

Tun Mahathir pun ancaman paling besar kepada Anwar. Mahathir umur sangat tua dan kebanyakkan orang macam dia ni dah nyanyuk "tak kenal dan nak bezakan najis'. Tapi dia tuhan bagi kekuatan. Entah rahmat atau bala. Politiknya masih ligat.



Ada orang kata Tun M memberikan sokongan kepada Anwar di PD. Tapi yang hairan SetPol Mahathir alih-alih muncul dicelah-celah Isa Samad istihar mahu bertanding di PRK PD?

Apa muslihatnya kalau bukan 'strategi' TunM mahukan Anwar 'dikuburkan'. Apakah dengan menjadi calon BEBAS merupakan 'khidmat' Isa utk tidak didakwa dlm kes rasuah Felda?

Kenapalah ahli dan penyokong PKR beriya-iya sangat percaya Anwar akan mendapat sokongan TunM utk menang dan seterus bersedia ambilalih next PM?? Gambar ini membuktikanya dan biasanya gambar tidak berbohong.


Faktor 6 - Siti Kasim dan LGBT

Siti Kasim semua orang tahu dia memang tak setuju Anwar bertanding.Peguam kontroversi, Siti Kasim mahu pengundi di Parlimen Port Dickson mengajar PKR dan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil (PRK) itu nanti.

Menulis di Instagram, Siti Kasim berkata, keluarga Anwar tidak sepatutnya berfikir boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahukan.

"Jangan undi Anwar. Biar pembangkang menang. PKR dan keluarga Anwar mesti diberi pengajaran. Mereka lakukan perkara ini sebanyak tiga kali.

"Tidak boleh lagi! Mereka fikir mereka boleh lakukan apa sahaja yang mereka mahu atas tanggungan kita? Tidak!" kata Siti Kasim.

Malah bukan itu sahaja dia juga persoalkan Anwar layak atau tidak bertanding.


Lagi dia marah apabila Anwar serang LGBT






Siti Kasim membalas “Anda fikir menjadi super liberal adalah sesuatu yang memalukan dan ia adalah jenayah? Saya sangat kecewa dengan kenyataan anda wahai perdana menteri yang menunggu! Anda mengishtiharkan perang terhadap mereka yang akan mempertahankan hak anda dalam jenayah yang tidak bermangsa!

Walaupun golong LGBT taklah ramai sangat tapi sekurang-kurang undi Anwar berkurang daripada berapa faktor berkurang.


Faktor 7 - Takdir.

Kalau sudah takdir tertulis Anwar tak akan menjadi Perdana Menteri

Namun begitu saya merasakan BN dan Pas akan memberi laluan kemenangan percuma kepada Anwar kerana ianya akan melunaskan dendam bersama Umno, Pas dan Anwar terhadap Dr Mahathir dan seterusnya menamatkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Itu fikiran logiknya Tapi PAS dah berubah tak bagi laluan mudah kepada Anwar.

Makanya Port Dickson akan melihatkan tamatnya imipian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri atau beliau akan menang percuma dan di nobatkan sebagai perdana menteri atas sokongan Umno dan Pas.

Adakah takdir Anwar menjadi malang kerana dia antara yang banyak menyeleweng jalan dakwah, sama-sama kita tunggu

3Z



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan