Header Ads

ads header

Flash News

Adun PAS cabar Pahang ubah cuti hujung minggu ke Jumaat


KUALA NERUS: Perwakilan PAS Pahang, Zuridan Mohd Daud mencabar kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) menukar cuti hujung minggu di negeri itu ke Jumaat bagi membuktikan keikhlasan mereka untuk bekerjasama dengan parti Islam itu.

“Kita cuma ada satu permintaan, kalau betul Umno hendak bersama kita, kami Adun PAS di Pahang bersepakat menuntut Jumaat (dijadikan) hari cuti sepertimana Kelantan, Terengganu dan Johor.

“Kita mohon kepada pemimpin di Pahang supaya berusaha menjadikan Jumaat hari cuti sebagai tanda, bukti kesungguhan untuk kerjasama kita dan Umno-BN.

“Kita mesti meneliti sejauh mana keikhlasan Umno dan BN dalam menerima dasar-dasar kita dan tidak menentang usaha kita untuk mengeratkan syariah Allah,” kata Adun Damak itu ketika membahaskan ucapan dasar presidennya pada Muktamar PAS ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak, malam tadi.

Pada 27 Julai lalu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar dilaporkan berkata, parti itu bersedia menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam usaha menjadikan Jumaat sebagai cuti hujung minggu.

Katanya, cadangan menukar cuti hujung minggu di Pahang kepada Jumaat dan Sabtu berbanding Sabtu dan Ahad ketika ini dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat.

Beliau berkata, PAS Pahang akan membuat pungutan suara dan mengumpul tandatangan rakyat yang menyokong cadangan itu sebelum menghadap Tengku Abdullah.



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan: