Header Ads

ads header

Flash News

Anwar Perli Azmin, Jangan rebut jawatan PM daripada saya



KUCHING: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku kerusi Parlimen akan dikosongkan untuk memberi laluan kepada beliau bertanding dalam pilihan raya kecil.

“Ya ada 2 atau 3 kerusi dalam senarai tetapi saya tidak tahu yang mana satu…tunggu sehingga diumumkan,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis bersama penyokong PKR di sebuah hotel petang tadi.

Anwar yang menang jawatan presiden PKR tanpa bertanding sebelum ini mengetepikan kemungkinan akan bertanding kerusi Pandan yang kini dipegang oleh isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau kerusi Permatang Pauh, kerusi yang pernah beliau duduki dan kini dipegang anak beliau Nurul Izzah.

Mengenai perpaduan parti, Anwar tidak bersetuju dengan tanggapan pihak tertentu kononnya PKR kini perpecah kepada 2 kumpulan menjelang pemilihan parti itu.

Sementara itu, Anwar meminta penyokong PKR supaya bersabar menunggu beliau mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata rakyat perlu memberi peluang kepada Dr Mahathir untuk menyelesaikan banyak masalah negara, khususnya berkaitan kewangan.

Katanya, Dr Mahathir sudah berjanji akan melepaskan jawatan perdana kepada beliau apabila sampai masanya dan sambil berseloroh beliau berkata: “Jangan pula ada orang lain yang rebut jawatan itu daripada saya.” (Ramai membuat anggapan ini perli kepada Azmin)

Turut berucap pada majlis itu ialah Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Julau Larry Sng.



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan