Header Ads

ads header

Flash News

BERSATU Port Dickson Senarai Hitam Rafizi, Abdullah Sani



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Port Dickson memberi amaran kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid supaya tidak turun berkempen di kawasan itu.

Penyelaras BERSATU bahagian itu, Ramli Awang, mendakwa pihaknya tidak dapat menjamin sokongan lebih 2,000 ahli parti di kawasan berkenaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika kedua-dua pemimpin PKR terbabit berdegil.

“Kami mengalu-alukan Ketua Umum PKR (Anwar) bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson tidak lama lagi, namun Rafizi dan Abdullah Sani tidak perlu datang berkempen di sini.

RAMLI Awang (duduk tiga dari kanan) bersama sebahagian pimpinannya selepas sidang media di Port Dickson. – Foto Mohd Khidir Zakaria
“Kami tiada masalah dengan PKR tetapi amat terkesan dengan dua individu ini yang kerap membuat tuduhan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin mahu menjatuhkan Anwar secara tidak bermaruah.

“Oleh itu, kehadiran kedua-dua mereka hanya akan memburukkan keadaan kerana sebahagian ahli BERSATU sudah terguris hati dengan tuduhan terhadap pemimpin kami selama ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pengosongan kerusi Port Dickson diumumkan penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada sidang media khas di Ibu Pejabat PKR di Kuala Lumpur, kelmarin, bagi membolehkan Pakatan Harapan (PH) mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan.

Mengulas lanjut, Ramli bagaimanapun memberi jaminan, pihaknya akan membantu kempen PKR untuk memastikan kemenangan Anwar.

“Pada dasarnya, sebagai parti komponen PH, kami akan membantu PKR untuk mengekalkan kerusi itu yang dimenangi sejak tiga penggal lalu,” katanya. — BH ONLINE



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Hahahaha...bersatu = umno. tak ubah...versi umno lama juge.

    BalasPadam